Pkp.Yr2.Day118
[*Pkp.Yr2.Day118*]
•Kuliah Ustaz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. #Benarkah Nabi Muhammad SAW Cuba Membunuh Diri Ketika Wahyu Terhenti? (PART 2)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Alhamdulillah. Selamat saya serahkan empat unit POC semalam jam tiga petang di perkarangan KECEMASAN HCTM. Dato’ Pengarah dan ketua Jabatan HCTM pun ada bersama. Semoga ini semua akan membantu frontliners menjalankan tugas mereka lebih mudah. Mereka pun stress, rakyat pun tertekan juga. Kita yang sihat buatlah sesuatu untuk membantu.
Wabak Covid19 kini menguji kekuatan fizikal, mental dan spiritual manusia. Ramai orang meluahkan perasaan tentang tekanan yg dihadapi sepanjang PKP ini. Ada yang ditimpa ketakutan berlebihan setelah proses kuarantin di Hospital. Ada juga yang fobia bertemu orang lain. Ada pula pelajar yang terperangkap di asrama. Belum kira lagi, yang terganggu ekonomi hingga merasakan jiwa kosong dan pemikiran menjadi buntu dan terbelenggu
Jangan anggap isu ini remeh kerana ini satu permasalahan psikologi. Ini kerana, setiap manusia ada kapasiti yang berbeza dalam berdepan dengan tekanan dalam hidup masing masing.
Untuk itu, pagi ini saya suka sambung sharing nota dari kuliah ustaz Abdul Mui’iz yang meneroka isu ini dari sudut Al Quran dan Hadis.
[Ustaz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis]( PART 2)
Merujuk pada perjalananan dakwah nabi, banyak situasi kekeliruan yang menbawa pada tekanan perasaan. Kalau nabi saw ada juga saat saat gini, apatah lagi kalau kita. Tekanan jiwa pada nabi saw hadir seawal ketika perlantikan nabi sebagai nabi. Selepas ayat iqra’, nabi tidak didatangi wahyu lain dalam tempoh agak lama. Hingga nabi saw merasakan bahawa betul ini dari Allah. Dalam satu Hadis nabi saw , ada di gambarkan keresahan sehingga baginda naik ke tanah tinggi dan ketika di puncak nabi nak terjun ke bawah, sehingga jibrail datang muncul memaklum kan memang dia adalah nabi dan rasul yang sebenar. Baru lah nabi tenang. Hadis ini di katakan sahih. Bukhari dan tabari meriwayatkan.
Takkan nabi saw bersifat begitu? Surah kahfi ada juga menyebut kisah tekanan perasaan hingga terfikir nak bunuh diri. Surah kahfi turun nya adalah di zaman fitnah. Bersedia lah kita hadapi tafsir tafsir sebegini dari para ulamak. Ketika itu baginda saw berdepan dengan soalan dari kaum musyrik tentang ashabulkahfi, tentang Zulqarnaian dan roh. Nabi saw terlupa menyebut in shaa Allah ketika bagind memaklum yang dia akan jawab semua soalan itu. Lalu Allah tegur nabi dengan tiada wahyu sehingga nabi jadi bahan tohmahan bahawa Allah sudah tinggalkan nabi oleh kaum musyrik. Nabi saw tertekan sehingga terasa seperti hendak bunuh diri.
(RUJUKAN:Penelitian Sirah: Benarkah Nabi Muhammad SAW Cuba Membunuh Diri Ketika Wahyu Terhenti?)
Al kahfi : 6
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka jangan jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
بَاخِعٌ نَّفْسَكَ
Ertinya membunuh diri. Tafsir juga menyatakan maksud yang sama.
Secara fitrahnya inilah kita manusia yang akan terkena tekanan perasaan.
Dalam surah maryam, siti maryam diuji dgn tekanan ketika dia berseorangan melahirkan nabi Isa as, sudahlah dia ditohmah oleh kaum yahudi. Maryam benar benar tertekan sehingga rasa lebih baik mati. Ini ada terakam dalam dialog nya di rakam ayat 23 surah Maryam
فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang kenang!”
“Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini ” ini satu kenyataan yang menyatakan betapa hebat tekanan ketika itu. Inilah fitrah manusia yang sudah tak mampu berdepan dengan tekanan.
Inilah cerita sahih tentang masaalah tekanan perasaan adalah fitrah bagi manusia. Islam mengajar pula kita cara bagaiman menghadapinya bukan sekadar menceritakan masaalah ini. Kita yang masih stabil sepatutnya tahu bagaiamana stabilkan emosi kita dan orang lain.
Jumpa esok... cara atasi tekanan ikut islam.
*Akhir kalam*
Alhamdulillah, pagi semalam juga saya sempat membantu seorang sahabat surau yang agak kritikal juga kedudukan ekonominya semenjak covid 19 hadir. Ini semua. Biiznillah.
Semua orang akan dilanda pelabagai jenis ujian hidup, ada kala kita akan dihimpit tekanan. Namun, ujian ini semua harus diambil sebagai iktibar dan dijadikan sebagai pengajaran.
Ujian yang diberi adalah untuk mematangkan kita semua. Menjadi manusia yang kuat dan tabah itu bukan pilihan tetapi keperluan.
Maka jangan berhenti lah kita semua berdoa kerana
dalam berdoa sebenarnya kita akan bertemu kekuatan. Kerana pada waktu itu kita sedang meminta pada yang Maha Kuasa agar kita diberi kekuatan untuk terus hidup.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Tulisan,
#ncs@SeriMinang
Comments
Post a Comment