Pkp.Yr2.Day119
[*Pkp.Yr2.Day119*]
•Ustz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. Uruskan lah berdasarkan narative alquran. Jangan pula jadi toxic sensitevity. (Final Part)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Alhamdulillah. Jumaat dah berlalu, hebat menentang teguran syaitan, paginya seusai subuh berjemaah, duduk bersama Tokku Pasir Gudang di FB. Tengaharinya pula, sempat raikan “feel” solat jumaat bertazkirah di pejabat sebelum zohor dan bersimpuh disurau pejabat sebelum azan zohor. Apa2 pun penutup hari tasyrik semalam ditutup dengan takbir seusai solat asar. Jumpa lagi tahun depan.
Tak nak lengahkan masa, jom sama sama hayati apa ulasan Ustaz Abdul Mu’izz berkenaan cara berdepan tekanan perasaan menurut narrative al quran dan hadis.
*Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. [Final]*
Nabi saw: setiap amalan kerja buat manusia ada waktu semangat ada waktu futur (hilang daya upaya), siapa yang waktu futur dia kembali pada jalan ku dia akan berjaya, kalau tak dia akan musnah”
Ketika nabi tertekan di awal dakwah, saat dituduh tukang sihir dan macam macam, waktu ini Allah puji nabi saw. Perkara perkara tentang bangun malam ada dinyata dalam surah muzamil. Pesanan pesanan ini adalah untuk saat cognitive kita stabil. Kalau waktu tertekan nasihat gini tak sesuai. Jadi yang terbaik hendak nasihat orang yang berada dalam tekanan adalah memuji. Saat nabi saw tertekan, Allah swt turunkan suruh al qalam yang memberi berita berita gembira tentang apa yang di lalui nabi, surah al qalam memuji nabi saw memujuk hati nabi. Ini pedoman nya.
Inilah yang patut kita lakukan pada mereka yang sedang tertekan, puji dan sebutlah kelebihannya. Bila dah stabil baru lah suruh dia solat lebih, solat malam, dan zikir.
Nabi saw ketika balik dari gua hira’ terasa sangat tertekanan jiwa dan takut sehingga bila balik rumah baginda di tenang kan oleh khadijah. Khadijah tidak guna ayat ayat yang lagi tambah tekanan pada nabi, sebaliknya khadijah puji nabi dengan segala kelebihan - Allah tak akan aniya engkau, engkau orang baik suka sambung silaturahim.
Dengan senarai kualiti baik nabi saw ia menstabilkan pemikiran nabi saw.
Manusia yang sampai tahap hendak bunuh diri kerana merasa dirinya tidak ada harga sudah tidak boleh hargai diri sendiri. Waktu inilah pujian perlu diberikan. Dalam alquran, bila kita lihat seseorang itu berada dalam kecemasan, kita kena tunjuk perihatin dan mendengar apa masaalahnya. Ini berlaku pada musa dan harun ketika fikir tentang saat hendak berdepan dengan firaun. Meraka risau dan takut lalu Allah nyatakan bahwa “Aku sentiasa bersama kamu, Allah selalu mendengar dan melihat”. Inilah saranan kalau tertekan, ingat yang Allah itu ada tapi itu kalau orang yang tertekan stabil, kalau tidak stabil, orang yang sekeliling kena dengar apa orang yang tertekan hendak nyatakan. Jangan tak hormat masaalah nya dengan kata masaalah ni kecil jer, tapi dengar tunjuk prihatin. Jadi bila saja kita berdepan dengan orang yang tertekan, dengar lah masaalahnya. Jangan pula jadi toxic sensitevity.
Bila ada yang tertekan, kita kena lunas kan keperluan nya. Dalam kes maryam, Allah swt nyatakan supaya goyang pohon kurma yang akan berikan makanan dan bersenang hatilah. Jadi, bila. dalam keadaan manusia tertekan, al quran ajar kita berikan apa yang mereka kurang saat itu secara fizikal . Seperti makan minum. Biarkan mereka gembira.
Itu beberapa formula yang disentuh al quran untuk berdepan tekanan.
Secara terapi dari hadis pula, bila kita tertekan, kita kena lihat orang lebih malang daripada kita. Hadis nabi: lihatlah orang yang lebih rendah dari kamu. Kalau kita kena potong gaji, lihat orang yang kena buang kerja. Saat ini, jangan lihat orang yang tinggi secara duniawinya. Begitulah waktu sukar ini.
*[Alhir kalam]*
Kesimpulannya, tekanan perasaan yang sampai nak bunuh diri itu adalah gejala akhir zaman.
“Demi diri ku ditanganNya, tak akan berlaku kiamat, sehingga lah seorang lalu di alam kubur dan dia berkata :“alangkah baik kalau aku berada di dalam kubur (sebab bala dan musibah bukan sebab nak jumpa tuhan)”
Ini panduan al quran dan hadis untuk kita sebagai manusia hendak uruskan manusia. Uruskan lah ianya berdasarkan narative alquran.
Ya Allah aku telah sampaikan saksi kan lah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Pencatat,
*[ncs@seriminang]*
Comments
Post a Comment