Pkp.Yr2.Day120

 [*Pkp.Yr2.Day120*]

•SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA ANJANG AKI. Tinggallah kita untuk ambil ibrahNya. Sharing is caring: Nota kuliah Tokku pasir gudang. Adab adab dengan Allah swt.


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.


Salam takziah pada keluarga Allahyarham Datuk Baharuddin omar atas perginya antara satu watak tersohor dalam masyarakat di bidang drama TV tanah melayu kepangkuan Illahi. Tiada lah doa yang terbaik selain dari doa Ummu Salamah saya hulurkan disini.


“Ya Allah kami hanya menghitung pahala musibah ini di sisiMu, maka berikanlah kepada keluarga arwah pahala itu, dan gantikanlah kepada mereka dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini.”


Daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah SAW bersabda:  “Jika ada diantara kamu tertimpa musibah, hendaklah dia berkata :


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي، فَآجِرْنِي فِيهَا، وَأَبْدِلْ لِي بِهَا خَيْرًا مِنْهَا


“Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali padaNya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi Mu, maka berikanlah kepadaku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini.” (Riwayat Abu Daud, 3119)


Begitulah pengakhiran sebuah kehidupan. Dan situasi kematian ini amat mulia kerana ianya diistihar kan melalui kebanyakan media utama Malaysia, termasuk TV. Ertinya satu kematian yang di istirja’ kan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Betapa beruntung nya, satu kematian yang didoakan kebaikan begitu ramai orang. 


Alhamdulillah. 


Bagaimanapula dengan takdir kematian kita? Akan kah ada selain dari kaum kerabat kita dan masyarakat setempat tahu dan mendoa kan kebaikan? Sudah tentu kita tidak tahu, tapi kita akan tempuhinya saat saat yang kita tidak boleh kawal ini. Semasa inilah terdedahlah siapakah kita disisi Allah. Tidak ada orang yang tidak inginkan sebuah kematian yang baik semua dari kita nakkkan kematian yang baik.

Didoakan semua yang membaca tulisan pagi ini akan meninggalkan dunia dalam keadaan penuh mulia. 


Malam semalam juga, tertonton sebuah movie melayu tersohor seawal tahun 1985 , Ali Setan. Didalam filem tersebut ada tiga orang yang saya tahu mendahului kita bertemu sang pencipta. - Dato Jins Samsudin, Izi Yahya dan Azmil Mustapha. Begitulah takdir kita terkenal tara mana pun kita pasti akan di jemput nya. Sama sama lah kita mendoakan satu kematian yang terbaik untuk kita semua. 


Untuk itu pagi ini, tiadalah harapan lain selain dari harapan semoga Allah beri kan kita termasuk dalam manusia yang diredhaiNya sebagai hambaNya dan kita termasuk sebagai hamba hamba yang sentiasa menjaga adab kita dengan Allah swt.


Nota kuliah Tokku Pasir Gudang pagi Jumaat - kitab Sheikh Qadir AlJelani. 


•Serulah berbuat baik, cegah mungkar dan bantulah perkara yang baik. Minta keperluan pada Allah, jangan pada makhluk. 


•Sesiapa yang benar penghambaan nya pada Allah dia tidak akan minta dunia dan akhirat tapi dia akan hanya berkehendakan dekat dia dengan Allah. 


•Pesanan wasiat sheikh abdul qadir al jelani - kita perlu jaga adab dgn Allah, berbuat baik lah kepada Allah. Tidak mungkin sama berbuat baik pada allah dgn manusia. Adab kita dengan Allah, jaga ketaatan kita pada Allah. Ini akan terhasil bila kita kenal Allah. 


•Kalau beradab dgn makhluk, manusia tidak akan lupa kita apa lagi kalau kita beradab dengan Allah. 


•Adab kita dgn Allah, kita tolonglah agama Allah. Intasurullah, kamu tolong agama aku aku tolong kamu. Sukar nak uji keikhlasan, kecaman dan tuduhan akan dtg dan jika kita berhenti dari terus tolong agama itu beerti kita tewas. Sedangkan nabi saw berdepan bermacam macam tuduhan. 


•Bila bantu agama Allah orang akan kecam, ini adalah kebiasaan. Kecaman ini adalah baja pada keikhlasan kita. 


•Tahi lembu kalau kita tidak peduli ianya akan jadi baja, kalau kita peduli kita akan bau busuknya


•Dia bersama kamu walau dimana, bahkan Allah dekat kamu, Kamu jaga Allah Allah jaga kamu.


•Tak jaga adab dgn Allah sehingga: 1.kenal Allah dgn segala sifat dan nama Nya 2.kenali syariat Allah kenali agama Allah yang kebaikan dan kebahagian untuk kita juga dengan ikut syariat agamaNya 3.buat apa yang Allah suka tinggal apa yang dilarang


•Dalam bergurau pun kena berhati hati. Kerana guraun boleh membawa musibah. Terutama bergurau dalam bab hukum hakam. April fool contoh nya di larang dalam agama. Hati hati dengan prank yang terkenal di kalangan masyarakat hari ini.


•Adab dgn Allah juga kena jaga 10 perkara / membenarkan apa yang di beritahu Allah, terima semua hukum hakam Allah tanpa ada objection, redhah dgn segala ketentuan Allah semua pasti baik untuk kita, sentiasa bertawajjuh berdoa pada Allah, pakai pakaian paling baik ketika mengadap Allah ( hatta matipun kita akan dikafan dengan kain putih - kalau ke pasar boleh pakai lawa, apalagi jumpa dengan Allah, Allah tak pernah kensel pertemuan denganNya), sentiasa berusaha khusuk dalam solat dan ibadah lain, membesarkan nama Allah dengan swt taala azzawajalla dengan sebut nama , bersyukur pada Allah walau sekecil mana nikmat, Taat nabi saw, jangan buang air mengadap kiblat ludang jangan ke arah kiblat


Semoga bermanafaat.


*Akhir kalam*


Rahsia kematian sering diabaikan. Yang Pertama, kematian memutuskan kesempatan beramal lagi. Ketika kematian menjemput, maka tiadalah kesempatan  mengumpulkan amal lagi kerana kesempatan telah tertutup. Kedua, adanya fitnah kubur dan azab kubur. Fitnah kubur ialah ujian ujian pertanyaan pertanyaan di dalam kubur kepada si mayat mengenai siapa Tuhannya, agamanya, dan nabinya. Bagi orang yang beriman, Allah mudahkan nya menjawab. Ketiganya, pertanggung jawaban di hadapan Allah. Siapa kata ketika kematian menjemput, kehidupan juga berakhir? Ternyata tidak. Kehidupan tidak hanya berhenti di alam kubur/barzakh.  


Semuanya akan Allah perlihatkan mulai dari yang amal baik ataupun dosa dosa yang diperbuat. Maka, Tunggu lah saat itu wahai manusia. 


“Sesungguhnya kepada Kamilah kembali mereka, kemudian sesungguh nya kewajiban Kami lah yang menghisab mereka.” (alGhasyiyah: 25-26) 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Catatan,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S