Pkp.Yr2.Day121

 [*Pkp.Yr2.Day121*]

•Psikospiritual: Tekanan pandemik dapat diatasi. In shaa Allah.


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan


Ratapan pada nasib kita dalam pada berdepan dengan covid19 tidak mgkn tamat dalam masa terdekat ini, meski ramai yang telah berusaha menyiapkan diri  berdepan dengan norma baharu, tapi masih ramai juga, insan yang terkesan dgn situasi ini. Apatah lagi, semalam pula mencapatkan jumlah kes tertinggi. Sama sama lah kita cari sesuatu kaedah yang boleh diguna pakai setiap individu dalam mengharungi era pandemik yang penuh cabaran ini.


Dalam satu artikel, saya ada terbaca, Psikospiritual Islam gabungan antara elemen psikologi dan kerohanian yang berasaskan kepada prinsip Islam; in shaa Allah, adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk  menangani masalah dalaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Ianya dengan cara menerapkan nilai kerohanian agar jiwa manusia sentiasa tenang dan cekal berdepan ujian dengan sentiasa mengingati Allah swt. Elemen tauhid dijadikan “ground” merawat penyakit berkaitan rohani manusia. Kerohanian ini selalunya akan membawa manusia kearah memelihara akhlak dan tingkah laku yang baik walau apa perubahan yang berlaku di persekitaran. 


Dibicarakan juga, antara Sunnah Nabi saw dalam memantapkan rohani dan membentuk kekuatan dari segi peribadi adalah seperti yang dinyatakan di dalam Surah al Muzzammil ayat 1 hingga 8.


Antaranya, solat malam (qiyamullail) walaupun hanya sedikit dan baca alQuran dengan tertib dan berzikir. Kalau difikirkan, kerohanian adalah ibarat raja dalam diri manusia yang menentukan baik atau buruknya individu. Hadis nabi pun ada sebut, dalam jasad manusia ada seketul daging yang bila baik daging itu, baiklah jasad seluruhnya tapi jika rosak, rosaklah jasad seluruhnya, itulah dia hati.


Dalam artikel Itu juga, ada menyebut antara kaedah psikospiritual Islam menurut alGhazali dalam membentuk insan kamil’, boleh beramal dengan perkara dibawah : 


Pertama, tazkiyyah al nafs iaitu proses penyucian jiwa daripada perkara yang keji hasil perbuatan yang jahat. Kedua, mujahadah alnafs. Bersungguh dalam melawan nafsu dan syahwat. Hal ini   termasuklah lawan nafsu diri sendiri dari berbuat maksiat dan juga  melawan manusia yang kafir dan syirik kepada Allah. Ketiga, riyadah al nafs, selepas menyucikan diri, kita hendaklah bermujahadah daripada melakukan yang dilarang oleh Nya dengan melatih jiwa mempraktikkan amalan kerohanian yang disyariatkan dalam Islam. Ini satu usaha yang susah, senang cakap susah buat. Tetapi bila sudah menjadi satu kebiasaan, manusia akan berpegang  kepada kebiasaan tersebut. Ini dilaksanakan dengan mengutamakan ibadah wajib diikuti sunat, kemudian kekalkannya  secara berterusan.


Antara amalan amalan yang boleh dipraktikkan ialah:


1. Menunaikan solat sunat taubat dan tahajjud

2. Memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah)

3. Mendirikan Qiamullai

4. Membaca al Quran

5. Meningkatkan ilmu menerusi ceramah atau tazkirah di media massa

6. Mendampingi orang orang soleh

7. Sentiasa melazimi diri dengan bersedekah


Marilah kita pakat pakat mantapkan jiwa dengan perkara kerohanian yang  sebenarnya boleh memberi kekuatan pada kita spiritual dan fizikal dalam usaha menerus kan kehidupan yang penuh cabaran hari ini. Ini juga menjadikan diri sebagai insan yang gembira setiap hari. 


Teingat satu terjemahan dari al quran, boleh faham secara direct, tak perlu baca tafsir pun:  "Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari kejahatan, dan menjaga hukumhukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.” (Surah atTaubah:112)


Semoga bermanafaat..


*Akhir kalam*


Alhamdulillah. Seusai solat isya berjemaah semalam, saya sempat menyeru kepada ahli ahli saya untuk terus kekal dengan segala apa yang wajib dan sunat disisi syariat islam sepanjang pkp yang tidak tahu bila kesudahanya. Pesanan ini adalah supaya akan ada perhatian, kasih dan kasihan dari Allah kepada kami yang berada dalam kawasan yang mangsa positif covid seramai 186 orang sekitar satu km radius. Sesungguhnya kita hanya ada Allah untuk kita bergantung, inilah yang pertama dan terutama, yang lainnya datang selepas itu - sop ke, vaksin ke. Tapi kena buat usaha usaha ini juga. 


Korbankan cinta kita pada hal yang lain demi untuk  mengutamakan Allah. Bukan saja soal solat dan urusan perintah Allah sahaja, tapi bahkan soal rezeki, segala hal yang lain.Tiada ruang untuk kita menyerahkan pada yang lain selain Allah dalam kehidupan ini.


Allahuakbar! Allah Maha Besar - selari dengan ungkapan takbir yang baru saja berlaku, jom kita memuhasabah diri untuk terus membesarkan Allah.


Moga Allah memandu hati kita.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Secebis dari,

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S