Pkp.Yr2.Day122
[*Pkp.Yr2.Day122*]
•PESANAN HALUS DARI USTAZ DR FAIRUZ, NAZIR MASJID BTHO Perihal: KESALAHAN HALUS, Bahaya Lidah Ke 19. IHYA ULUMUDDIN.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, moga semua nya dalam rahmat Allah selalu.
Alhamdulillah. Setiap pagi seusai berjemaah subuh di pagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, telah kami tetapkan untuk dijadikan pagi mencari ilmu dgn duduk mendengar kuliah Online yang dipancar ke tv dari fb atau youtube di sepanjang PKP ini. Setakat ini. tahap saya memang dah cukuplah sebegitu, sekurang nya menjamu jiwa yang sentiasa perlu kan majlis seumpama secara tallaqi. Tapi di zaman pkp begini, tiada tallagi, cukup dengan tidak meninggalkan terus majlis majlis ilmu. Sebaliknya, kalau dulu antara maghrib dan isya’, kami akan rancang awal awal, solat maghrib di masjid dan kemudian duduk bertallagi dengan assatizah dalam kuliah maghrib, tapi kini, semuanya masih dalam kenangan. Tak tahulah bila lah nak “bersidang” semula para ahli jemaah surau. Kini saat antara maghrib isya dah menjadi saat bersama ahli2 keluarga - usai berjemaah maghrib kami akan makan malam beramai ramai. Tapi untuk tidak sepi kan rumah dari majlis ilmu, kami adakan “3 minit Reflection” seusai isya’ berjemaah. Semoga Allah menurunkan rahmat Nya buat kami sekeluarga.
Sempena dengan waktu maghrib yang jarang kami dapat duduk mendengar kuliah Online kerana solat dan diikuti dinner kekadang menyebabkan masa berbaki sebelum isya terlalu pendek untuk satu kuliah. Subuh Ahad lalu, saya hidangkan satu kuliah maghrib buat ahli ahli saya disampaikan Ustaz Dr Fairuz yang meneroka hal “KESALAHAN HALUS” yang di padankan dengan ulasan dari Kitab Ihya Ulumuddin.
[Ustaz Dr Fairuz]
•Kitab Ihya Ilmu Udin
#Bahaya lidah ke 19.
•“Kesalahan halus”
Sama sama kita perhatikan kesalahan halus dalam percakapan seperti mana orang orang orang alim selalu halusi. Pelajaran begini menjadi kan kita muhasabah diri kita dalam bab bab ini.
Hadis: dari ibnu Abbas ra, datanglah seorang pada nabi saw, lelaki itu ada menyebut masyaalah wa ma syi’ta - “apa yang Allah kehendaki berlaku dan sama juga apa yang nabi kehendaki akan berlaku” Lalu, Nabi tegur : adakah kamu nak jadikan aku ini sama dengan Allah sehingga aku nak jadikan apa aku hendak, berlaku. Hanya sanya hanya Allah saja yang boleh. Apakah aku nak dijadikan bandingan?
Seorang lelaki pernah bercakap begitu, Key words adalah wa ma syiktu - “apa yang Allah dan apa yang nabi kehendaki”
Seorang lelaki juga pernah bercakap, “ brg siapa yang mentaati Allah dan Rasul, maka sesungguhnya akan dapat hidayah, maka siapa yang mendehaki Allah serta nabi atau kedua duanya dan buat maksiat, mereka akan sesat. Lalu nabi saw tegur, meminta meletakkan ayat ayat perkataan menderhakai Allah dan Rasul, kena ada perkataan dan. Bukan ada kedua duanya. Ini teguran untuk kita tidak menyebut - barang siapa menderhakai Allah, Rasul atau kedua duanya tapi sebutlah - barang siapa menderhakai Allah dan Rasul sahaja, dan buang perkataan “kedua dua nya”
Sayang Allah dan sayang Rasul tidak boleh di sama kan. Inilah kesalahan halus yang kita tidak sedar. Tidak berdosa tapi tidak beradab dengan Allah. Kena lah teliti dalam kata kata ini, samaada assatizah atau orang awam.
Bila belajar tasawuf kita akan menilai kesalahan kita besar, jangan nilai satu salah kecil itu kecil tapi lihatlah nilai itu besar dan pada siapa kita bersalah. Ini akan berbeza pada siapa kita bersalah, bandingkan bila salah cakap dengan kawan dengan salah cakap dengan ibu bapa, jadi, apalagi dengan Allah.
Kesalahan halus ini, secara umumnya tidak ada salah tapi secara adabnya ianya sesuatu kesalahan halus. Tidak sama Allah dan Rasul. Martabat Allah dan Rasul tidak boleh disamakan. Nabi amat tidak suka hal ini.
Jangan kita ambil mudah dalam bab bab kesalahan halus ini. Kerana kita tidak tahu sempatkah kita untuk bertaubat sebelum kita mati. Khuatir yang halus halus ini menjadi assebab pula kita ke neraka.
Seorang ulamak, Ibrahim annakhai tidak suka dengan kata kata - “ aku berlindung dengan Allah dan berlindung dengan kamu”. Maksud nya mungkin secara umumnya tidak salah tapi bagi orang orang soleh, mereka tidak mahu. Kalau nak guna juga, jangan guna wa tapi summa - jangan guna Dan tapi guna kemudian. “Aku berlindung dengan Allah kemudian aku berlindung dengan kamu.” Perkataan wa yang beerti dan itu, jangan disekalikan dengan sebutan selepas nama Allah. Ini untuk tidak menyamatarafkan dengan Allah. Inilah faktor berjayanya para salafu soleh dalam menjaga adab pada Allah.
“Kalau tidak kerana Allah dan si polan, saya sudah mati”, islam tidak ajar kita bercakap macam ini, tapi islam ajar kita cakap gantikanlah kata “dan” dengan kemudian. Bukan islam menyusahkan tapi ia berhati hati. Sebagai muslim yang nak letakkan ajaran2 solefusoleh ini dalam hidup kiya, kenalah beramal dengan amalan2 ini.
Seperti juga dengan doa ini : “Ya Allah Bebaskan aku dari api neraka”, sekali dengar macam tak ada apa. Tapi ini kadang kadang bermaksud sepertinya kita sudah masuk api neraka kemudian kita minta dibebaskan. Yang tepatnya - jauhkan aku dari api neraka dan mintak juga berlindung dari api neraka. Tapi ada juga para imam2 yang berdoa begini, hal ini juga ada di sebut oleh imam Ghazali. Akan dibahaskan nanti.
Sepatutnya kita ini: Makin alim, makin diam. Jangan kita tidak jaga lidah kita. Perkara yang kita tidak tahu jangan di komen. Jangan cari nahas bahaya.
[Akhir kalam]
Pengisian ini semua untuk kita merasa bahawa kita ini memang banyak silap dan salah. Sama sama jaga. Jaga lah adab dan lidah lisan kita untuk tidak sebut perkataan yang tak memberi manafaat kepada kita.
Terimasih pada anakda iman Nurhan Danish Al Hafiz yang membaca terjemahan ayat ini ketika program Reflection 3 Minute malam tadi.
Azzumar 39:22
أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dgn selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata”
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Catatan Pagi,
#ncs@seriminang
Comments
Post a Comment