Pkp.Yr2.Day123
[*Pkp.Yr2.Day123*]
•SUBUH SEBELUM WAKTUNYA: TARHIM. RINDU SERINDUNYA SAAT SUBUH BERJEMAAH DIRUMAHNYA.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ucapan lengkap dari sebuah salam yang begitu indah dan yang di dalamnya ada salah satu nama Allah, asssalam, Maha Sejahtera, Yang Maha memberi kesejahteraan dan kedamaian. Ini semua tertuju khas buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT.
Mubarakalaikum solat subuh berjemaah bersama ahli keluarga bagi yang tak boleh ke masjid..
Lama rasanya tak tersentuh dengan suasana awal pagi, walaupun kerap juga izinNya saya dapat menyapa subuh sebelum waktunya. Pagi ini sepeti kebiasaan, jaga awal dari waktu. Anugerah Allah.
Kalau di kampung kampung dulu akan sering terdengar “tarhim”, satu rayuan mohon keafiatan serta keampunan pada Allah. Dulu, bacaan ini seringnya dikumandangkan hampir di setiap masjid dan surau. Samaada pembesar suara atau sebaliknya. Ada juga dialunkan sendiri oleh salah seorang jemaah tapi biasanya ia menjadi salah satu tugas tuan bilal.
Mari tonton dan dengar bacaan tarhim di sini :
https://youtu.be/sYaAfVRXggE
Kemerduan dan maksud doa Tarhim itu biasanya akan membawa yang mendengar nya merasa begitu sayu dan syahdu, apatah lagi pada tika hening waktu subuh. Bahkan ada ketikanya, ianya boleh menyebabkan sesetengah orang yang mendengarnya mengalirkan air mata tanpa disedari.
Buat ahli ahli subuh, alunan tarhim tika subuh sebelum waktu jadi petanda bahwa waktu subuh sudah hampir masuk. Ketika sebelum ada sicovid19, sesetengah kita jadikan tarhim tanda perlu bersegera ke masjid solat subuh secara berjemaah. Rindu wehh saat itu.😭Bagi setengah yang lain pula, ia menjadi tanda masa dan nak kena bangun dari tidur untuk memulakan aktiviti pada hari itu.
Buat saya secara peribadi, tarhim sudah menjadi rayuan hamba kepada Tuhannya, sehinggakan menjadi terapi jiwa yang cukup mendalam untuk ketenangan jiwa dan mental. Sebab itulah bagi ahli ahli subuh, alunan ini yang sayu dan mendayu memberikan ketenangan jiwa yang tidak tergambar oleh kata kata.
Rindu pada tarhim, rindu pada saat subuh berjemaah membawa saya meneroka suasana ini pagi ini, hati tersentuh sayu. Seingat saya, pada dekad 80 an dulu, tiada ada pula yang bangkitkan isu alunan tarhim sebelum subuh masuk waktu mengganggu masyarakat di sekeliling di suarakan. Tetapi mutaakhir ini, bukan sahaja alunan tarhim malah alunan azan subuh juga sudah mula di persoalkan. Semoga akan hadirlah bantuan dari Allah, biarpun alunan ini seolahnya tidak pengaruhi seluruh dan sekalian muslimin yang ada disekeliling masjid untuk hadir subuh berjemaah, biar pun yang datang ke masjid atau surau tidak sampai pun satu saf, mohonlah alunan “legend” ini diperdengar kan pada setiap pagi tanpa jemu dan seterusnya.
Namun, saranan terkini, hanya azan dan iqamah sahaja diperdengarkan menerusi pembesar suara, akan hanya memungkinkan amalan memperdengarkan alunan bacaan tarhim ketika subuh sebelum waktunya akan pupus.
*Akhir kalam...*
Rindu Serindunya suasana subuh yang dulu. Bersegera ke masjid dan surau. Moga Allah dengar rayuan dan rintihan insan yang serba kurang ini untuk segera tamatkan musibah ini.
Sama sama lah kita ambil pandangan ulamak dengan mengikut kaedah yang betul apabila perdengarkan alunan bacaan tarhim atau ayat ayat suci Alquran di pembesar suara Masjid. Antaranya, tak perlu dipasang terlalu kuat dan tempoh perdengarkan juga tidak terlalu panjang. Rasanya 10 hingga 15 minit sebelum masuknya waktu subuh sudah memadai. Lagi pun memang ada nas agar bacaan Alquran dibaca tak kuat hingga mengganggu orang lain. Tetapi ia tidak bermakna, kita hanya boleh membaca dalam hati sahaja.
Indeed, bacaan tarhim atau Alquran itu terlalu besar akan manfaatnya. Jika kita hanya mendengar akan bacaannya pun ia menjadi ubat mujarab khususnya untuk merawat jiwa dan mental dan juga memberikan ketenangan.
Mana yang baik marilah kita teruskan. Mana yang kurang baik, marilah sama sama kita buat penambahbaikan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Sentuhan jari,
*Ncs@Seriminang*
Comments
Post a Comment