Pkp.Yr2.Day124

 [*Pkp.Yr2.Day124*]

•IBRAH KEMBARA SINGKAT KE TANJUNG MALIM: Lagu: 

“Ketika Tangan dan Kaki Berkata” #https://youtu.be/9pGseOqw1aU


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tertuju khas untuk dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT.


Alhamdulillah. Seronok juga pagi semalam, bila dapat merentas negeri, walaupun tak jauh, hanya 95 km tapi cukup untuk meletakkan diri berasa dalam status musafir. Sempatlah juga solat dhuha dan solat musafir seketika sedang memandu “NCS68-AMG” menuju ke bandar kecil molek si Tanjung Malim. Tujuan pengembaraan singkat semalam adalah menghantar tender sebagai perunding untuk menaiktaraf sistem Penghawa dingin di UPSI. Walaupun sudah tahu tawaran tender ini, disertai ramai perunding bertaraf “Jaws” tapi mengambil sikap berusaha itu adalah sifat muslim, berusaha itu juga adalah satu kejayaan, saya sertai juga. Dan selebihnya, bertawakkallah pada Allah kerana ketentuan bukan milik kita. Ambil kata kata ulamak, “tawakal ialah ibadat hati”. Ada juga hasil gerakkerja ini menjadi laluan laluan ibadah. Moga diterima Nya. 


Pemanduan yang nyaman sambil mendengar doa doa rukyah yang hebat paling “manjur” dan yang boleh menghalau jin dalam tubuh oleh ustaz Khalid Basalamah, hanya mengambil masa 50 minit dari toll Damansara untuk tiba di Kampus UPSI. Melepasi dengan tenang dua roadlock, satunya selepas toll Tanjung Malim dan satu lagi, seketika memasuki sempadan daerah Mualim. Terkejut seketika, bila sesampai di bangunan CANSELORI UPSI, saya terasa denyutan jantung saya ada gangguan. Apakah ada kaitan dengan doa doa rukyah yang didengari sepanjang ke sini? Saya tinggalkan persoalannya situ.Selepas memasuk kan dokumen tender ke dalam kotak tender, saya pandu pusing sendirian di sekitar pusat bandar TM. Terkejut juga bila terserempak satu signboard “ladang buah tin” tapi saya tak menyusur kesana. Namun, sebelum beredar balik ke KL, sempat juga membawa balik 6 kilo rambutan dan 6 kilo langsat dengan harga rm40. Musim PkP agaknya. 


Sepanjang perjalanan pulang pula, saya menukar audio NCS68-AMG kepada lagu lagu ketuhanan dan antara lagu yang menjadi tazkirah pada saya adalah: “Ketika Tangan dan kaki berkata” yang  dicipta sendiri oleh penyanyi lagu ini seorang indonesia Chrisye dan liriknya ditulis oleh penyair terkenal Indonesia, Taufiq Ismail. 


“Akan datang hari mulut dikunci, Kata tak ada lagi, Akan tiba masa tak ada suara, Dari mulut kita, Berkata tangan kita, Tentang apa yang dilakukannya, Berkata kaki kita, Ke mana saja dia melangkahnya, Tidak tahu kita bila harinya, 

Tanggung jawab tiba, Rabbana, Tangan kami. Kaki kami, Mulut kami Mata hati kami, Luruskanlah Kukuh kanlah. Di jalan cahaya

Sempurna, Mohon karunia kepada kami, Hamba Mu yang hina”


Teringat saya pada ayat 65 surah yang dibaca setiap pagi surah YASSIN: 


‎الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”


Moga ini menjadi peringatan kepada kita hari ini. Memang Sememangnya ada kisah menarik dibalik penciptaan dan rakaman lagu ini antara penyanyi dan pencipta seni katanya. Masing masing menjiwai apa yang sedia terkandung dalam bait bait ini. Si penyanyinya sudah pun menemui sang pencipta pada 2007 dan si pencipta senikatanya pula tidak mahu mengambil royalti kerana ianya adalah kerja agama dalam kerja kerja dakwah.  Semoga kedua duanya dalam rahmat Allah kerana berdakwah dengan cara mereka sendiri. Kita perlu hormati usaha ini. 


*Akhir kalam..*


Tinggallah saya selepas itu terusan menjadi manusia lemah dan hina hanya berlindung di sebalik pemurah dan pemaafnya Allah. Jam 530 petang, tiba di rumah, keadan jantung tidak tenang malah badan makin lemah. Saya berehat terlelap sehingga jam 7 baru terjaga, tapi masih demam. Mujurlah dinihari ini, Allah kembalikan rhytm jantung kembali ke asal. 


Alhamdulillah. 


“Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang yang beriman” (Adz Dzaariyaat [51]: 55)


Semoga kita sentiasa jadikan hidup kita sebagai reflection untuk Allah swt, Nabi saw dan Agama. Kita hanya ada Allah untuk hidup ini....


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Coretan Dinihari, 

*Ncs@SeriMinang*


..

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S