Pkp.Yr2.Day125
[*Pkp.Yr2.Day125*]
•BANTUAN UNTUK RAKAN SEKAMPUNG. Moga menjadi pemangkin kepada yang lain.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat yang indah lagi penuh barakah, kepada yang rahmati Allah Makayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT.
Berpagi pagi saya bersama coretan yang ditulis tidak sehebat mana pun tetapi coretan penulisan ini cukup hanya untuk saya beramal dan tempias pada sesiapa yang membaca..
Betapa terasa bertuah diri ini kerana setiap masa ada saja kerja amal yang diberi akan peluang olehNya untuk di buat, terutama dalam zaman pendemic ini. Pagi ini, in shaa Allah akan berkunjung ke IGC lagi untuk serahan makanan kali ke 4 semenjak MCO 2.0 kepada para caddy yang masih berakar kaki nya kerana tidak dapat turun ke padang Golf mencari rezeki. Kali ini pekerja indonesia dan Bangladesh pun di bantu jsekali. Almaklum, mereka hanya di bayar gaji Ikut hari bekerja saja. Musim covid19 ni, jumlah hari kerja banyak dikurangkan. Kalaulah RM30 sehari, agak agak kalau satu minggu tiga hari, sebulan hasilnya hanya rm240 saja. Siapapun mereka, nasib mereka perlu juga di jenguk.
Petang semalam pula, di hubungi rakan sekampung memohon bantuan. Ala kulli hal, dapat juga lah saya serahkan sebungkus makanan padanya untuk bertahan seminggu.
Rakan: Assalamualaikum.
Hj Nazar. kito ni ...... dari pasir mas salor kmpong.
Ncs: Waalaikumsalam bea🙏🏻
Rakan: Kito nok bantuan hj. kalau boleh hj.
Ncs: Demo dok mano?
Rakan: Kito dok ampang pandan indah hj
Ncs: Ok kawe bagi pack makanan ok? Demo send location demo
Rakan: #KFC
Ncs: Demo kijo kfc ko
Rakan: Dok hj. kito sewo bilik atas kfc .
Nvs: Ok, demo berapo ore...
Rakan: Kito dok dua ore hj. sewo bilik
Ncs: Petea ni kawe gi sana, bawa makanan. In shaa Allah
Jam 445 petang, saya tiba di lokasi yang diberikan untuk serahkan ration makanan padanya. Allah saja yang tahu keadaannya. Saya pun tak mahu tanya lebih lebih, cuma bertanya khabar keluarga di kampung dan berpesan, kalau ada lagi masaalah sila maklum.
Begitulah keadaan yang ada di zaman Covid ini, semoga kita berpakatlah hulurkan bantuan setakat termampu. Jika kita rasakan diri atau orang sekeliling kita perlu dibantu, carilah orang yang boleh dipercayai atau talian yang disediakan pelbagai pihak untuk membantu.
Surah alMaidah ayat 2 bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, jgn tolong menolong dalam berbuat dosa serta permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguh nya Allah sangat berat seksaanNya."
Hakikatnya, apa apa yang kita miliki di dunia, baik yang berbentuk jasmani hingga material, semua kiriman Allah. Hasil dari ini, kita di pertanggung jawapkan di akhirat kelak. Menyedari apa yang kita miliki hanyalah pinjaman Allah semata, eloknya budaya saling berbagi dan peduli dalam Islam diamalkan. Dalam hadis, Rasulullah berpesan, siapa yang melapangkan suatu kesusahan dunia dari seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan dirinya di hari kiamat.
Hanya Iman kita yang akan menyedarkan kita hal ini..
*Akhir kalam..*
In shaa Allah, menunggu dalam senarai, seramai 41 pekerja IOI yang sudah mula catu makanan dikediaman masing maisng. Saya akan cuba salur kan bantuan pada mereka Ahad ini, sekadar barang keperluan asas.
Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada penyumbang dan penderma tabung bantuan yang dibuka untuk bantu yang terkesan. Mudah mudahan usaha murni ini sedikit sebanyak meringan kan kesusahan mereka dan sekaligus menjadi kebajikan yang akan diganti oleh Allah dengan melepaskan umat Nya daripada ujian musibah Covid19 yang melanda tika ini.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment