Pkp.Yr2.Day126

 [*Pkp.Yr2.Day126*]

•MANA MILIK KITA

•Nota Catatan Kuliah Subuh Online Tok Ku Pasir Gudang. Pesan Sheikh Abdul Qadir Al Jelani. 

•https://youtu.be/927yQ4v1bBY


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bertemu sabtu lagi minggu ini, selepas minggu yang agak memenatkan dan mendebarkan juga. Semoga makayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua kekal dalam rahmat dan redha Allah swt. 


Semenjak PKP, setiap hari seusai subuh, kalau bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, saya akan pasakkan dalam fikiran saya dan ahli ahli saya dengan fikrah asas iman tentang “Semuanya Milik Allah” melalui tazkirah 10 minit. Pkp ini, masa agak mewah seawal pagi kerana tidak kalut nak ke pejabat, masing2 WFH. 


Banyak sunggut ayat ayat alQuran yang menegakkan perihal ini. Namun, kita pula mudah lupa akan asas dalam bab aqidah yang ini.


Surah Toha :6


‎لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ


“Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi"


Antara perkara yang kita mudah lupa hal ini adalah bila kita menerima sesuatu dari manusia. Ada ketika kita terlupa adanya Allah dalam pemberian manusia. Ini lah yang boleh jadi satu jalan halus pada syirik. Pada yang berhati hati, mereka risau dengan hal ini. Hakikatnya, saling memberi sesama kita  adalah sebagian dari hidup tetapi : “ Sebuah pemberian dari seseorang tidaklah boleh dilepaskan dari keberadaan Allah swt”


Semasa menerima tu kena ingat, siapa sebenarnya di balik pemberian supaya  kita tidak lupa, ada Allah, Maha Kaya, yang sebenar benar nya menggerakkan orang untuk memberikan sesuatu kepada kita.


Teringat pula nota kuliah ustaz Rahim Rafei dari Ibnu Athaillah sang ulama sufi pengarang kitab Hikam ada menyebut : "Pemberian makhluk hakikatnya terluput. Sedangkan penangguhan dari Allah adalah kebaikan."


Nak bangkitkan lagi rasa kita tidak punya apa apa didunia, saya sertakan sedikit nota dari kuliah subuh Tok Ku  Pasir Gudang mengupas pesanan Sheikh Abdul Qadir Jelani, yang sempat saya dengar usai subuh pagi semalam: 


*PESANAN TOK KU DALAM KULIAH SUBUH ONLINE*


“Kematian adalah tanda aras Keimanan kita. Bila ingat mati ada 3 kebaikan akan dapat: akan segera bertaubat, semangat untuk beribadah, merasa cukup dengan apa yang ada. Kalau langsung tak ingat mati, kita akan bertangguh bertaubat, merasa tak cukup dengan apa yang dah cukup, malas nak beribadat”


“Orang beriman akan selalu letakkan akhirat sebagai keutamaan dalam hidupnya. Apa yang nak dibuat hal dunia akan dibuat untuk meraih kebaikan di akhirat”


“Orang beriman akan penuhi semua keperluan ahli keluarga nya demi kerana Allah dan selalu ingatkan tentang hubungan dunia dan akhirat. Rujuk Ayat 25 surah albaqarah”


“Pesan sheikh abdul qadir - Bersetuju dengan takdir Allah setiap takdir ada ilmu ada pengajaran. Akan dapat perkara2 bermakns dunia dan akhirat, dengan tabah taqwa pada Allah akan nampak segala apa yang bermakna dari takdir lama kelamaan. Tapi nafsu kita melihat taqdir dengan perkara yang tidak elok”


*Akhir kalam..*


Betapa pentingnya percaya pada Allah, Nabi, Al-Quran, Malaikat, Hari Kiamat serta Qada dan Qadar. Indeed, perkara ini bukan main main. Hilang satu dari enam, maka goyanglah seluruh nya. Mana mungkin, kita boleh percaya pada Al Quran kalau tidak percaya pada Allah. 


Hal lupa kekuasaan Allah ini, tanpa kita sedari, ianya boleh menjadi jalan menjerumus pada kesyirikan. Kita sampai tidak terasa kerana begitu halus jebakannya. Malah, kita juga kekadang sombong hingga merasa kita sudah faham apa erti “ Tidak ada satu milik kita, semua milik Allah”, tapi bila tiba saat berdepan realiti, kita terjebak sehingga tertanya kenapa kita sepertinya tidak ada dalam rahmatNya. Inilah perkara yang setiap hari nak kena di pacakkan ingatkan dalam kepala seperti azan yang semua sudah tahu masuk waktu tetapi azan tetap di alunkan sebagai tazkirah. Maka, jangan berhenti kita berbicara tentang ini. Semoga anak anak dan isteri tak jemu mendengar nya kerana walaupun saya hina dan lemah disisi Allah, tapi lihat lah apa yang hendak di tanam dan sampaikan. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Cetusan,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S