Pkp.Yr2.Day127
[*Pkp.Yr2.Day127*]
•Tazkirah Pagi Ahad. Oh Betapanya.
•PERMATA BUAT ORANG BERIMAN: Pesanan Ustaz Wan Jemizan dalam kuliah ONLINE: BENAR MEMBAWA KEBAIKAN.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga semuanya selamat seawal pagi Ahad hari ini buat makayah , ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan.
Bagi kita umat Islam, ada kepentingan untuk kita kekal menyebut hari ini sebagai hari “AHAD”, kerana "Ahad" mengingatkan kepada nama "Allah" yang Maha "Ahad" sama erti "MahaTunggal", "Maha Satu" dan "Maha Esa". "Allah" tidak beranak dan tidak diperanakkan. Semoga kita kekalkan Allah menjadi perkara nombor satu dalam hidup kita, diikuti Rasulullah saw. Teruskanlah dengan niat niat yang baik dalam memulakan sebuah hari.
Niat datang dari hati dan hati yang bersih menghasilkan tindakan yang bersih. Imam alGhazali, hati manusia ibarat kolam sementara segala anggota dan pancaindera zahir seperti mata, telinga, lidah dan lainnya umpama sungai. Apabila anggota dan pancaindera terbabit dengan dosa, setiap dosa itu akan mengalir ke dalam hati maka akan rosak binasalah seluruh kehidupan.
Tujuan hidup kita mencari reda Allah dan mati dalam husnul khatimah. Konsep hidup kita yang pertama untuk memberikan manfaat kepada semua makhluk Allah. Kedua, menjadi hamba yang bertanggungjawab menjalankan suruhanNya. Ketiga, mendapat reda Allah dan bukan penghargaan manusia. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga seluruh urusan kita.
Oleh itu, peruntukan masa untuk Allah dan utamakan urusan dengan Nya terlebih dahulu, bukan mendahulu kan urusan sesama manusia. Malu dan takutlah dengan Allah yang takdir kita dalam genggaman Nya.
Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengikut kita. Jika kita kejar dunia, akhirat tercicir. Duduk lah sejenak, kenang nasib diri apa yang kita akan hadap selepas hidup dunia, itulah hidup seorang diri di alam kubur sebelum ramai ramai dibangkit di padang mahsyar yang hidup ramai ramai tapi tidak peduli antara sesama.
Ohhh... betapanya.
Alhamdulillah. Majlis2 ilmu diteruskan secara maya walaupun tidak dapat dibuat secara fizikal. Bersama ini saya share nota antara kuliah yang sempat dihadiri online.
*USTZ Wan Jemizan* #Benar membawa kebaikan
Hadis dari Abdullah mas’ud ra, Nabi saw: “sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan. Dan sungguhnya kebaikan itu membawa pada syurga” (Bukhari & muslim)
Benar itu sifatnya membawa pada kebaikan dan kebaikan sifatnya bawa kepada masuk syurga. Inilah yang terjadi dunia sekarang, kebenaran itu semakin sirna ( semakin tersembunyi) seperti suci tapi dalam debu. Benar lawannya dusta, dalam kontek hari ini semakin senang. Kalau benar bawa kebaikan kita kena faham sebaliknya yang dusta bawa keburukan dan keburukan membaww masuk ke neraka. Inilah erti yang ringkas tepat dan padat.
Benar bawa sikap siddiq, dusta bawa sikap kazib. Katakanlah yang benar walaupun pahit sekalipun ianya mengena pada kita. Kena yakin dengan apa yang nabi saw sudah berpesan. Benar itu melorongkan kita menuju kepada kebaikana.
“Benar adalah sifat yang mulia dan sifat wajib pada nabi saw - sidiq, amanah, tabligh, fatonah ( empat sifat yang teras mewakili pada component sifat nabi yang lain lain, ternyata sifat nabi tidak tertakluk pada empat teras itu saja)
Nota: ulamak berpendapat Sidiq, amanah, fatonah wakili qualiti diri nabi saw dan tabligh pula kemahiran diri. Ini bermaksud kita kena ada qualiti diri attitude 3 kali lebih dari kemahiran. Imam shafei memiliki satu kemahiran. Abu Bakar as mendapat gelaran assidiq kerana membenarkan apa yang dikatakan nabi saw.
Nak melazimi kebenaran atas perkara benar amat memerlukan mujahadah. Ini juga berlaku dalam perangan cyber sekarang, perang yang tidak ada sempadan dan etika. Kebenaran memang sukar nak diamalkan. Sebab itu islam tekankan tabayyun - carilh kebenaran dulu sebelum menyebar.
Kalau kita tanya diri kita sendiri pun kita akan sentiasa memilih untuk nak akan kebaikan. Tapi kenapa manusia memilih untuk berdusta? (Kena cari jawapan pada persoalan ini)
Allah akan memuliakan sesiapa yang melazimi kebenaran. Benar pada hati dan ‘itikad - inilah yang paling susah kerana hati kita selalu berbolak balik. Sebab tu kena selalu doa minta Allah kekalkan tetap hati atas agama dan ketaatan pada Allah. Perlu pada mujahadah. Benar dan iman berada dalam hati. Bila berdusta, ada permasaalahan dengan iman. Nak kan lazimi kebenaran kena kuatkan iman. Kalau suka berdusta kenalah rawat iman kita.
Sifat sidiq (benar) adalah pintu masuk melangkah ke alam ketuhanan, dengan pintu ini akan sampai ke ma’rifarullah ( mengenali Allah). Dari sini lahirlah akhlak akhlak terpuji. Janji Allah : “ ada antara beriman bersikap benar dan membenarkan apa yang dijanjikan untuk bejuang kerna Allah dan tidak ubah pendirian mereka”
*Akhir kalam*
Kita sebagai muslim, kena ada usaha usaha untuk pertahankan kebenaran dalam islam, carilah ruang ruang untuk pertahankan islam. Orang yang benar tidak ragu ragu dengan jihad yang mereka imani dengan iman yang muktamad.
Mudah2an kita ada usaha untuk hiasi diri kita dengan sifat benar dan sentiasa rawat iman kita untuk menjaga sifat benar dalam diri kita.
Carilah masa kesempatan untuk amalan soleh demi sebuah kehidupan selepas kematian.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment