WA #146 Tafsir
MUTIARA DARI AL QURAAN
Ayat 97 Surah Al A'raaf, artinya;
" PATUTKAH PENDUDUK NEGERI-NEGERI ITU (BERSEDAP HATI) SERTA BERASA AMAN DARIPADA KEDATANGAN AZAB KAMI KEPADA MEREKA PADA MALAM HARI, SEMASA MEREKA SEDANG TIDUR ?".
****************************
Bala ujian azab dari Allah boleh datang pada bila-bila sahaja. Tidakkah pernah kita dengar dan lihat di media sosial berlaku di tempat orang, tanah runtuh, gempa bumi dan berbagai lagi. Alhamdulillah di tempat kita jarang berlaku perkara yang demikian.
Kita selalu baca di dalam al Quraan dan kita selalu dengar dari tazkirah orang alim bahawa segala bencana yang menimpa itu adalah amaran Allah kepada mereka yang melakukan maksiat dan kederhakan kepadaNya.
Janganlah mengundang kemurkaan Allah dengan melakukan kerusakan di muka bumi ini. Biasanya maksiat dilakukan oleh orang yang jahil dalam agama. Tidak hairanlah jika orang yang demikian melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah. Tetapi sekarang berlaku kerosakan di bumi yang dilakukan oleh orang yang ahli buat kebajikan. Dermawan, pekerja kebajikan dan penggiat misi bantuan makin sehari semakin menjadi-jadi melakukan kerosakan di bumi iaitu kerosakan di bidang akhlak. Semakin buruk perbuatan mereka. Dengki mendengki. Dedah mendedah segala keburukan masing-masing. Ada pula yang buat kebajikan memberi bantuan kepada orang miskin dengan mengungkit-ungkit kisah silam orang yang di bantu dan merendah-rendahkan mereka dengan ungkitan seperti, " Sekarang menyesal tak muda dulu tak berusaha sekarang bila tua hidup susah ". Bagi bantuan kemudian mengungkit dan menghina orang.
Awas ! Jangan mengundang kemurkaan Allah. Kelak nanti Allah turunkan bala akan kena semua, yang soleh, yang toleh, yang ustaz dan yang baru nak start, yang kecil yang besar, yang dermawan dan yang papa kedana, yang tua yang muda, semua sekali harung kalau Allah turunkan bala semua akan merasa.
Nauzubillahi min zaalik.
MAAF, SEKADAR LUAHAN DARI DIRIKU YANG DHAIF LAGI BANYAK DOSA INI. TAK SAMPAI KE MANA PUN.
Comments
Post a Comment