WA;#140 - Rencana
MENGUBAH TAKDIR DENGAN TAKDIR
Takdir terbahagi kepada dua iaitu :
1. Takdir Mubram - tiada boleh berubah, ia tetap akan berlaku seperti setiap bernyawa akan mati, dunia akan Kiamat dan lainnya..
2. Takdir Muallaq - sesuatu yang boleh berubah walaupun sudah tertulis dalam takdirnya seperti musibah, waktu kematian, kejayaan dan lainnya dengan ikhtiar, doa, amal soleh, sedeqah, silaturahim dan lainnya dengan Iradah Allah.
Berkata Syeikh Abd. Qadir Al Jailani, "Ramai yang terhenti pada takdir, sedangkan aku melawan takdir dengan takdir.."
Pernah terjadi seorang pedagang yang mahu membawa dagangannya ke satu tempat yang jauh, beberapa orang soleh ditemuinya minta petunjuk. Semua nasihatkan agar jangan pergi kerana dalam solat istikharah mereka melihat ada bahaya diperjalanan.
Apabila hal ini disampaikan pada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, beliau mengizinkan pedagang tersebut pergi. Dalam perjalanan dia berehat dan tertidur dibawah satu pohon. Tika itu ia bermimpi segala hartanya dirampas oleh perompak.
Apabila dia bangun semua masih dalam keadaan baik (tiada apa-apa berlaku pada hartanya).
Apabila pulang dia menemui hamba yang soleh dan mengatakan diri dan hartanya selamat. Lalu hamba yang soleh berkata, "Berterima kasih lah kamu pada Syeikh Abd Qadir kerana dia telah menukar takdir mu hanya berlaku dalam mimpi sahaja dengan ibadah dan doa sepanjang malam.."
Nabi Khidir 'alaihissalam dikurniakan Allah dapat melihat takdir di masa hadapan, namun baginda bukan hanya menerima takdir itu berlaku tetapi mengubahnya seperti membunuh anak kecil.. Jika dibiarkan ia besar, Allah perlihatkan padanya anak tersebut merosakkan agama bapanya.
Begitu juga baginda menebuk kapal yang ditumpangi kerana telah diperlihatkan Allah bahawa kapal yang ditumpangi akan dirampas oleh tentera Raja yang tamak. Dengan menebuk kapal tersebut, maka Raja itu tidak mengambil kapal tersebut.
(Walaupun) diperlihatkan takdir di hadapan namun (perlu) bangun melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak terjadi.
Tiga perkara yang boleh mengubah takdir :
1. Amal kebaikan
Beramallah kamu sekalian, kerana beramal (berbuat kebaikan / ibadah) akan mengubah sesuatu yang buruk yang telah ditentukan-Nya padamu." (HR. Bukhori dan Muslim)
2. Sedeqah dan Silaturrahim
Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak ketentuan yang buruk.” (HR. Tirmidzi).
“Bersegeralah bersedekah, kerana bala tidak pernah mendahului sedekah.” (HR. Thabrani)
“Sesungguhnya sedekah dan silaturrahim itu dapat menambah umur dan menolak ketentuan buruk yang tidak disukai dan ingin dijauhi.” (HR. Abu Ya’la Alhambali)
3. Doa
"Tiada yang boleh menolak takdir Allah, kecuali doa.” (HR. Tirmidzi, Hakim, Ahmad, dan Ibnu Majah)
Justeru jangan mudah menyerah dalam kehidupan dengan menyalahkan takdir, sedangkan Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya
Firman Allah:
]إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ[
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
Wallahualam.
Channel Telegram
Nasehat Akhir Zaman, Ibnu Muhammad: https://t.me/bicaraji
Comments
Post a Comment