Pkp.Yr2.Day142

 *Pkp.Yr2.Day142*

#Sediki Terurai Kemelut Poltik dan Jantung saya; semalam. 

#*[Ustaz Dr Azhar]: sifat munafiq - Menyembunyikan persaksian kepada jalan yang benar (tanda ke 23) 

Bahagian 1. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejauh manapun kita semua terpisah, kamu semua di hati saya sebagai saudara yang seagama, dalam tidur dalam terjaga, saya ucapkan salam sejahtera di awal pagi selasa buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua. Indeed, kita pun diibaratkan kasih suci yang bahagia, saya pun turut mendoakan syurga dan 

mahligai kan menjadi nyata untuk kita semua.


Daripada Anas bin Malik ra Nabi Saw bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu hingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al Bukhari (13)]


Pagi Semalam, sebahagian kemelut politik negara sedikit terungkai. Kita selaku rakyat marhaen dipertontonkan apa yang telah “tangan” kita buat dan lakukan pada pilihanraya sebelum ini. Moga kita sudah jelas kerja tangan kita untuk pilihanraya akan datang. 


Sebagai bekalan minda hari ini, saya sertakan bersama nota yang dicatat ketika kuliah online oleh Ustaz Dr Azhar berkenaan salah satu sifat munafik. Semoga ada manafaat. 


*[Ustaz Dr Azhar]*

#sifat munafiq, tanda ke 23. Qitmanul haq. Bahagian 1. 


Dari surah al baqarah ayat 283 : “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada orang yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang ( yang berhutang) yang dipercayai itu sempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa pada Allah Tuhan nya. Dan janganlah kamu (wahai orang yang jadi saksi) menyembunyi kan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa menyembunyikan nya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”


•Jangan sembunyikan setiap persaksian. Bagi tahu apa yang benar benar dilihat. 

•Sembunyikan persaksian adalah satu dosa hati.


Persaksian - ada bersama untuk jadi saksi. Ada yang menyaksikan dan ada yang disaksikan. Hadir, tahu dan maklum. Erti Menyaksikan - orang yang tahu yang jelas apa yang dia tahu. Sebagai saksi. Membenarkan apa yang telah disaksikan. 


Ikutkan Imam al mausiri - syahadah ini adalah memberitakan mengenai perkara yang disaksikan dan telah melihat dengan mata kepala sebagai contoh hal zina (seperti keris keluar dari sarung) dan pembunuhan. 


Semasa berlaku pergaduhan ada orang ketiga yang telah menyaksikan mungkin juga melalui cctv. Orang yang menyaksikan ini dipanggil untuk memberi keterangan. Contoh lain: Kes orang yang berkahwin kena adakan dua saksi. 


Kesaksian itu memberitahu dengan lafaz yang khusus. Orang yang beriman, tidak boleh menjadi saksi yang palsu dan atau sembunyikan kebenaran atau mengubah penyaksian nya sehingga membuat orang yang tidak bersalah menjadi salah atau sebaliknya. Ini semua dibenci oleh Allah. Ini semua sifat Munafik yang sembunyikan apa yang disaksikan. 


... bersambung esok.


*Akhir kalam... *


Dalam kemelut politik sedikit terurai, kemelut jantung saya pun sama juga sedikit terurai selepas selamat kronologi di HCTM dari jam 9 pagi pada pagi semalam: 


1.Selepas daftar, ambil bacaan Blood presure : 151/97. (Ubat lupa makan, pagi sebelum keluar ke HCTM)


2.Jumpa doktor dan maklum apa yang dirasakan sebagai symptoms yang sama macam serangan jantung tapi pada skala 0.5/10 sejak dua minggu. Doktor hantar buat ECG. Dari result Ecg menunjukan ada satu nilaian yang sedikit tinggi berpunca dari ubat bisoprolol yang sudah lama habis bekalan. Tapi masih dalam kawalan jika pengambilan ubat biso tersebut diteruskan. 


3. Ujian Echo dijalankan. Echo imaging untuk scan jantung, ukur ketebalan dinding jantung dan injap jantung. 


4.Laporan juruteknologi ultrasound, menunjuk kan jantung normal dan tiada sebarang masalah kritikal.

#Penyakit jantung adalah masalah infarksi (myocardial infarction = MI), serangan jantung yang melibatkan masalah aliran darah dalam  salur darah koronari yang membekal oksigen ke sel sel jantung. Echo test tak dapat reveal masalah berkaitan infarksi, tapi lebih kepada isu berkaitan mekanikal jantung.


4. So, Next move Dr suruh pula buat imaging MPI atau myocardial perfussion imaging guna bahan yang di inject ke dalam salur darah untuk hasilkan contrast dan blood flow path inside the coronary ciculation, dan di ambil gambar jantung after dye injection tu. Tarikh MPI dianggarkan pada Nov 2021. 


Terima kasih doa dari semua.

Semua selesai jam 125 pm.


Apa apa pun, dalam perihal politik negara, personally, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menukar kerajaan. Bagaimana kita boleh yakin yang penularan COVID19 berhenti selepas menukar kerajaan? Malah mungkin keadaan menjadi lebih teruk, tiada kepastian. Oleh itu, marilah hentikan permainan politik sebentar dan tumpukan perhatian pada usaha menyelesaikan masalah COVID 19. Siapalah saya? 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Tulisan,

#ncs@SeriMinang#

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S