Pkp.Yr2.Day143
[Pkp.Yr2.Day143]
#ihfazillah yahfazka
#*[Ustaz Dr Azhar]: sifat munafiq - Menyembunyikan persaksian kepada jalan yang benar (tanda ke 23)
Bahagian 2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam dinihari Rabu buat yang dikasihi Allah mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua.
Sesungguhnya tiada watak lain yang paling sesuai untuk kita lakunkan dalam teruskan kehidupan hari ini dan hari seterusnya selain dari watak hamba kepada Allah swt.
Nabi saw berpesan kepada Ibn Abbas, satu pesanan "ihfazillah yahfazka" ertinya
“Jagalah Allah nescaya Allah akan mejagamu”. Seteruk mana pun kita menghempap diri kita dengan dosa tapi watak ini kena kekalkan selamanya.
Dinukilkan dalam Riwayat Ahmad no. 2669, alTirmizi no. 2516 dan alHakim no. 6302):
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah akan mejagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tak akan mampu berikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untuk mu. Sekiranya mereka berkumpul memudharatkan kamu dgn satu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya)."
Maka, selayaknya sebagai muslim kita harus pasak dalam diri, inilah aqidah kita! Korbankan cinta kita pada yang lain utamakan cinta Allah. Bukan soal solat dan urusan perintah Allah sahaja, bahkan soal rezeki, segala urusan dengan manusia sekali pun. Belajarlah hargai manusia yang lain kerana itulah tanda kita sayang Allah.
Indeed, tiada ada ruang menyerahkan pada yang lain selain Allah dalam kehidupan ini. Allahuakbar! Allah Maha Besar selari ungkapan takbir ini marilah bermuhasabah diri terus membesarkan Allah. Moga Allah swt akan memandu hati kita.
Dan watak yang sangat kita kena elak adalah watak munafiq dan fasiq, inilah yang ada di kebanyakkan diri muslim, IGNORANT. Tahu tapi buat buat tak tahu. Setiap hari kita mohon pada Allah tunjukkan jalan yang lurus dan yang di lalui oleh para syuhada’. Elakkanlah diri menggunakan lidah untuk berdusta, mengaku diri beriman, tapi sebenarnya kufur. Kita memperlihatkan kesempurnaan di depan orang lain, sembunyikan keburukan kita. Jangan lihat orang lain lihatlah kita. Oleh sebab itu, pesan assatizah, cubalah sedaya upaya jauhi sifat ini sungguh sungguh dengan antaranya Solat berjemaah ( walau di mana mana), sentiasa bersedekah dan jangan kedekut, biasa biasakan diri bantu orang, solat tahajud, banyakkan lah berdoa, reda dgn pemberian Allah, pohon perlindungan daripada gangguan syaitan dan banyak lagi.
Izinkan saya sempurna kan nota kuliah on line ustaz DAzhar.
*[Ustaz Dr Azhar]*
#sifat munafiq - MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN
KEPADA JALAN YANG BENAR. ( tanda ke 23) Qitmanul haq. Bahagian 2.
Kata Yusuf Qardhawi - mereka yang terlibat dalam pilihanraya akan terlibat dengan persaksian kerana kita memilih orang yang kita tahu kelayakan orang yang kita pilih. Kalau kita tidak pilih ikut kemampuan orang yang di pilih maka ini satu kesaksian palsu. Kita dah tahu seseorang itu tak mampu pegang satu satu jawatan kerana kita tahu dia ada sejarah tak elok tentang itu tapi kita pilih juga kerana dia kawan kita. Ini akan termasuk dalam sifat munafik.
Kesaksian palsu ini akan menberi kesan yang besar dalam sesebuah pemerintahan negara jika ianya dalam bab politik. Kesaksian palsu akan di masukkan ke neraka ole Allan, tidak masuk kakinya ke neraka sehingga Allah hancurkan kaki mereka ke neraka.
Jika kita tidak mahu jadi saksi yang benar sedangkan kita tahu perkara yang benar sama juga dengan mereka yang jadi saksi yang palsu. Hukum sembunyikan kesaksian yang benar adalah haram. Orang tidak bersalah tapi didapati bersalah assebab dari satu kesaksian palsu juga haram dari sudut agama. Jangan aniaya orang lain. Jangan sediakan bukti bukti palsu spt meletakkan dadah dalam kereta seseorang sehingga jadi bukti dia di hukum jadi pengedar dadah.
Hadis, dari ibnu masud, nabi saw :
“Sebelum berlaku kiamat, orang akan beri assalammualaikum secara khusus walaupun tidak kenal islam atau tidak,
perniagaan berkembang biak, putus silaturrahim dan munculnya kesaksian palsu”
Inilah hal yang akan berlaku di akhir zaman. Inilah tanda orang munafik yang mengadakan kesaksian palsu dan juga menyembunyikan kesaksian yang benar.
Orang yang Allah telah berikan kitab pada nasara dan yahudi kenal nabi lebih dari anak sendiri tapi mereka menyembunyikan kebenaran itu..Inilah penyakit2 soal hati semakin merebak di akhir zaman.
“Ya Allah Tunjukkanlah kebenaran itu adalah kebenaran dan tunjukkan lah keburukan adalah keburukan “
Tasbih kifarah dan surat al asr.
*Akhir kalam..*
Seruan dinihari, hendaklah setiap dari muslim selalu berdoa pada Allah Swt moga dijauhkan dari sifat munafiq dengan doa ini :
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ”
“Wahai Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya, (bersihkan) lisanku daripada dusta, (bersihkan) mataku darpada pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.”
Akhir sekali, jangalah kita melakukan kezaliman dan penganiayaan ketika berselisih faham tentang sesuatu perkara. Berlapang dada dalam menerima teguran dan pendapat orang lain
Moga bermanafaat
Tasbih kifarah dan surat al asr. ...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment