Pkp.Yr2.Day144

 *Pkp.Yr2.Day144*

#10 Muharam

#*[Ustz Abdul Mui’iz]*

#PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN

#Bahagian 1 ( MUQADDIMAH) 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Muncul khamis lagi, cukup pantas, ia memintas kita dan hidup kita. Moga mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua kekal berada dalam nikmat perlindungan Allah.


•Hasbi robbi jallallah ma fiqolbî ghoirullah

“Cukuplah Allah yang mencukupi aku, Tuhan yang agung, Tak ada dihatiku selain Allah”

•Nur Muhammad shollallah Laa Ila Ha Ilallah

“Cahaya Muhammad selamat atas nya, Tak ada Tuhan selain Allah”


Jangan lupakan hadiah paling indah yang selalu Allah berikan pada setiap pagi untuk kita - masih boleh buka kedua mata. Bersyukur lah kerana masih juga diberi kesempatan menjalani hidup dan gunakanlah kesempatan ini untuk melakukan hal yang lebih baik setiap kali kita ini berdepan kehidupan. 


Alhamdulillah. Cepat tidak cepat pantas tak pantas tapi kita sudah pun berada di hari ke 10 Muharam dan mubarak alaikum kepada yang sudah mula puasa semalam demi untuk bezakan puasa kita dengan puasa yahudi.


Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda SAW melihat orang orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’, lBaginda bertanya: Apakah ini?. Mereka menjawab:  Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah selamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa pun berpuasa Lalu Baginda SAW bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)


Teringat zaman zaman kanak kanak dulu, saban tahun bila Muharram, akan  ada yang bertungkus lumus  sediakan juadah khusus yg memang terkenal iaitu Bubur Asyura dan diagih agihkan kepada orang ramai. Antara yang di guna untuk makan bubur ini adalah pelepah pisang. Nostalgia. Itulah antara tradisi yang baik dilakukan oleh umat Islam di Malaysia bahkan tradisi ini masih wujud sehingga ke hari ini disamping amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, berpuasa.


Sama2 kita imbau semula sejarah hari 10 Muharram dengan merujuk kepada hadis hadis Rasulullah SAW,  mencari kebenaran dan merungkai keraguan ummah dan pastikan amalan yang dilakukan oleh umat Islam hari ini bertepatan dengan kehendak syariat Islam dan menjauhi perkara atau amalan yang sengaja diada adakan.


SELAMAT BERPUASA...


Pagi ini saya nak share nota kulian Online oleh ustaz Abdul Mui’iz, moga ada manafaat.


*[Ustz Abdul Mui’iz]*

#PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN

#Bahagian 1 ( MUQADDIMAH) 


Kisah hijrah nabi berlaku 26 safar tiba di madinah 12 rabiul awal.


Umat islam perlu sedar 12 Rabiulawal tarikh penting, berkongsi tiga peristiwa besar : lahirnya nabi , 602 M nabi hijrah ke madinah, 612 M nabi wafat.


Sebab itu kenapa kita sambut tahun baru bemula muharam, ianya di mula kan oleh Saidina Omar yang merasa kan perlu ada kalender tahun sendiri. Bermacam2 cadangan dkemukan sahabat. Kebanyakan nak mula kira bermula saat islam di sebarkan. Ada yang cadang tarikh lahir nabi. Akhir nya, bersetuju bermula diambil kira saat nabi berhijrah, maka tahun hijrah bermula 17 H. Kemudian baru lah ditetapkan bulan apa kalendar islam nak bermula. Ingat, nama bulan ini dah ada sejak zaman jahiliyyah lagi tapi tahun nya tidak ada. Di persetujui, muharam di jadikan bulan pertama kerana umat islam baru selesai saja menunaikan haji dan ada ayat islam telah sempurna sebelum muharam di turunkan pada nabi saw. Walau bagaimanapun, tidak perlu tunggu muharam untuk perincian serah nabi saw. Boleh aje di studi setiap bulan.


Ketika inilah penentapan bandar madinah di fikirkan. Nabi lahir pada 571 M, senggang masa nabi muhamad dan nabi isa adalah bundarnya selama 600 tahun. Betapa dalam tempuh itu banyak Peristiwa kesesatan sehingga muncul agama kristian, umat islam yang tersisa waktu itu sebelum nabi dilahir kan tercari cari bila nabi akhir zaman akan muncul walaupun ramai yang dah sesat ikuti kristian dan yahudi. 


Jumpa esok untuk kisah salman al farisi... Antara peristiwa besar dalam islam.


*AKHIR KALAM*


“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)


Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati umat Islam dengan amalan amalan yang diredhainya dan menjauhkan dari perkara-perkara yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar. 


Wallahu A’lam

Barakallahufikum 

Wassalam


Tulisan dan Catatan nota oleh,

*[ncs@SeriMinang]*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S