Pkp.Yr2.Day145
[Pkp.Yr2.Day145]
#Kolaborasi sumbangan.
#Biarlah Allah memberi ujian, bukan nya mencampakkan kita ke ujian.
#Bahagian 2: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN ( Inspirasi kisah islamnya Salam Al Farisi dan hijrah nabi saw)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam penuh barokah di hari mulia penghulu segala hari buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua
Alhamdulillah. Dalam sibuk uruskan kemasukan dua tender untuk khidmat perunding M&E semalam, sempat juga menguruskan pembelian enam unit POC dari usaha Datuk Shabudin dan kumpulan nya. Semoga dapatlah menguruskan pula penghantaran POC itu ke mana mana saja hospital yang memerlukan dalam usaha menyelamatkan mangsa mangsa covid19.
Terimakasih Allah. Banyak juga aktiviti yang dibenarkan sempena status terkini dari pimpinan negara seketika masih di awal Muharam ini. Semoga kita semua berpada pada dengan aktiviti masing masing, jangan terus bawa diri pada aktiviti yang boleh mengundang murka Allah lagi. Kita mungkin terlepas dari bala bencana kali ini tapi ingatlah ujian Allah tidak berhenti disini. Selagi kita bernama manusia kita akan di uji, apa lagi kalau lalai mengingatiNya.
Selamat kembali ke surau dan masjif (tak lama lagi), selamat beriadah - golf, indoor, badminton, macam2 lagi, selamat ber dine-in tapi jangan cepat lupa kepada sengsara yang sebelum ini. Ianya akan pasti datang lagi, sehingga kiamat tiba. Maka, jangan undang murka Allah lagi selepas ini, biarlah Allah memberi kita ujian bukannya “mencampak” kita ke dalam ujian. Nyata berbeza. HATI HATI SEMUA, dalam “enjoy” semula nikmat terkepung sebelum ini. Dahulukan Allah, utamakan Rasul. Jangan lah takabbur dan lupa diri.
Pagi ini, izinkan saya share bahagian ke 2 nota kuliah yang sempat dicatat ketika kuliah subuh ONLINE Ahad lalu. Ini satu kisah menarik yang pertemukan hijrah dan juga Salman Al Farisi. Dua dimensi menuju satu titik yang sama.
#Bahagian 2 Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN ( Inspirasi kisah islammya Salam Al Farisi dan hijrah nabi saw)
Antara peristiwa besar dalam islam, islamnya Salman Al Farisi. Salman mencari islam dalam keadaan payah dan mencari nabi akhir zaman yang akan lahir di Madinah. Asalnya, Salman adalah penganut agama Majusi, sehinggalah dia tertarik dengan solat yang dibuat ahli ibadah di sebuah gereja di Kanisah. Ianya adalah solat yang dilakukan oleh umat islam yang masih berbaki, selepas tiada nya Isa as. Walaupun beriman dengan iman yang benar tapi tetap di kira agama kristian atau yahudi juga pada ketika itu. Kerana itu ada yang solat di gereja sehinggalah dilihat Salman yang merasakan, inilah agama yang betul jika dibandingkan dengan agama yang dianutinya, sembah api. Ringkaskan cerita, berita hal Salman tinggalkan agama majusi dan telah masuk agama iman, membuatkan ayahnya merantainya. Sehinggalah dia berusaha lepaskan diri dan mengikuti pendita ke Sham selepas dia tahu tempat agama (agama Iman) banyak diajar adalah di Sham. Di Sham, dia belajar tentang agama iman (tapi Masyarakat waktu itu tetap menyamakannya dengan agama kristian) yang ianya adalah islam - ajar solat. Tapi ketika dia belajar, dia lihat yang gurunya pun terlibat dengan pecah amanah, hingga lah gurunya mati dalam kehinaan kerana Salman telah dedahkan salah laku gurunya. Tapi sebelum gurunya mati, dia suruh Salman cari guru yang benar manhaj. Sehinggalah gurunya terakhir berpesan pada salman, “wahai anaku, selepas aku, aku tidak tahu nak cadang siapa kamu nak ikut sebab semuanya sesat, tapi di zaman kamu ini akan datang nabi akhir zaman, nabi ini akan diutuskan bawa ajaran ibrahim keluar dari tanah Arab berhijrah suatu tempat berada antara dua sempadan batunya yang berwarna hitam, antara dua tempat itu banyak pokok kurma pada nabi itu ada tanda nya- dia tak makan sedekah dan belakangnya ada cop kenabian, kalau kamu mampu mencarinya, kau carilah dan ikutilah dia”
Bukan saja saki baki umat dari zaman nabi Isa as yang Islam tunggu akhir zaman, malah yahudi dan kristian pun tunggu. Maka, Salman pun mendapatkan khidmat pedagang arab tunjukkkan dimana Yahtrib. Ketika dalam pencarian ini, dia dirompak dijual oleh yahudi sehingga dia tercampak ke Yathrib kerana yahudi memang ramai berkumpul disana. Di Yathrib, yahudi sudah pun membina tempat buat mereka kerana kononya menunggu nabi akhir zaman, tapi bila tiba nabi mereka tak nak ikut. Pendekkan cerita, akhirnya nabi saw tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah, dan telah diangkat sebagai nabi akhir zaman. Salman merapati nabi untuk menguji tanda2 kenabian sepeti yang di maklumkan oleh gurunya. Di antaranya, bila dia sedekah kurma nabi tidak makan, tapi bila ianya dhadiahkan, baru nabi share makan dengan para sahabat. Hinggalah satu peritiwa, nabi menghadiri pengebumian, Salman ternampak tanda nabi akhir zaman di bahagian belakang baginda, lalu dia peluk nabi dan masuk islam.
In shaa Allah kita sambung esok pula. penyelewengan ayat 62 Al Baqarah yang membenarkan Nasrani, Yahudi sebagai islam oleh geng liberal?
Semoga bermanafaat
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Catatan Jumaat,
#ncs@seriminang
Comments
Post a Comment