Pkp.Yr2.Day146
*Pkp.Yr2.Day146*
#JUMAAT PENUH TAKDIR TAKDIR YANG BAIK
#Bahagian 3: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH & MADINAH YANG DINANTIKAN ( Inspirasi dari pertanyaan Salman selepas peluk agama Islam - ayat 62 AlBaqarah)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sabtu buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua...
Alhamdulillah. Semalam berlalu penuh gemilang. Sempat meraikan sahabat walking Golfer Dr Muhamad di Golfer Terrace IGCC yang bersara dari golf diusia 74 tahun selepas 20 tahun berjalan kaki setiap pagi di IGCC ( sudah boleh dine-in untuk yang dah 2 dose dan pass 14 day). Kata Dr, masa nya sudah tiba untuk dia lepas kan urusan dunia selepas tiga orang dari kalangan ahli keluarga yang mendahuluinya ke alam barzakh datang dalam mimpinya. Semoga Allah merahmati Dr Muhammad kerana yakin nya pada tanda tanda itu semua. Kini, penuh yakin, dia langsaikan nama nya dari semua harta dunia dan memohon maaf pada semua.
Seperkara lain semalam, walaupun hanya berjemaah zohor dengan staff dipejabat memuliakan hari jumaat walau tidak boleh ke masjid kerana tak dapat slot juga di Surau Al Amin tapi takdir Allah, ada anakanda al hafiz menjadi khatib membaca khutbah jumaah di surau Al Amin yang hanya benarkan 50 jemaah sahaja.
Alhamdulillah..
Terimakasih Allah untuk takdir2 yang baik semalam. Sebagai tanda syukur atas anugerah itu semua, pagi ini, saya sambung sharing nota ustaz Abdul Mui’iz Bahagian 3. Moga bermanafaat.
*(Inspirasi dari pertanyaan Salman selepas peluk agama Islam - ayat 62 AlBaqarah)*
Telah diceritakan tentang laluan laluan yang dilalui Salman dalam mencari Islam. Ketika selepas Islam, Salman maklum yang apa yang nabi ajar sama dengan guru gurunya tapi kata nabi guru gurunya semua adalah kristian dan yahudi. Lalu Allah swt turunkan Ayat 62 albaqarah. Maksudnya, semua adalah Islam asal nya.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Sesungguhnya orang orang yang beriman, dan orang orang Yahudi dan orang orang Nasora (Nasrani), dan orang orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”
Ayat ini diguna pakai oleh geng liberal menafsirkan ayat ini sebagai pembenaran bahwa bukan cuma umat Islam yang akan selamat, bukan cuma yang mengikuti Muhammad berada di jalan kebenaran. Benarkah tafsir nya seperti itu? Jawabannya, tidak.
#Nota penggalian: Dari Ibnu Katsir yang dimaksud Yahudi di ayat 62 AlBaqarah ialah orang orang yang mengikuti Taurat dan sunnah Musa sehingga datang ‘Isa. Yang dimaksud nasrani ialah orang orang yang mengikuti Injil dan Syariat ‘Isa sehinggalah datangnya Muhammad saw. Jelasnya, pengikut Musa as yang tidak beriman dan tak mengiikuti Isa – setelah kedatangan Isa – akan celaka. Begitu juga pengikut ‘Isa yang tidak mengikuti Muhammad dan syariat yang dibawa Nabi saw, juga akan celaka. Manakala Shabiin pula, sebagian ahli tafsir ada berbeza pendapat, tapi satu bawa satu pemahaman yang Shabiin adalah penganut ajaran awal sebelum Nabi saw. Mereka sama seperti Yahudi dan Nasrani.
*Akhir kalam...*
Dari sini, kita kena cernakan bahwa ayat 62 AlBaqarah sama sekali tak membenar kan aqidah orang orang yang menganut agama selain dari Islam selepas Muhammad saw datang. Secara aqidah nya, mereka adalah kafir dan tidak ada tempat di akhirat kelak.
Surah Ali ‘Imran ayat 85:
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang orang yang rugi”
Doakan kita kekal bersama Islam sampai mati, walau siapa pun kita.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Tulisan,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment