Pkp.Yr2.Day146

 *Pkp.Yr2.Day146*

#Tunggu peluang ke Masjid

#Bahagian Akhir: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN (KOTA MADINAH KOTA SELAMAT DARI DAJJAL)


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam keceriaan, sejahtera seawal pagi Ahad, buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua.


Alhamdulillah hujan kat luar sana.


ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ


“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yg bermanfaat.”


Jom sama sama kita jadikan hari hari cuti kita seawal pagi Ahad ini, sebagai satu hari ilmu untuk kita perkemaskan fikrah Islam kita.


Semalam saya sudah pun memulakan aktiviti Golf di IGCC, Alhamdulillah, semua nya selamat, cuma sebelah malamnya badan ada rasa “cramp” disana sini, lama tidak ber”exercise” secara yang agak lama begitu. Nasib baik ada juga aktiviti basketball sepanjang PKPD sebelum ini. Saya berharap semua golfer dapat guna kan kesempatan kali ini untuk tidak lagi  “against” syariah compliance dalam kita semua berriadhah. Sama samalah kita semua tenang dan sabar tunggu peluang berjemaah di surau masjid pula. Ujian tidak berhenti disini. 


Untuk pagi ini, izinkan saya tamatkan  perkongsian nota kuliah OnLine Ustaz Abdul Mui’iz. Moga bermanafaat


*Akhir : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN  (KOTA MADINAH KOTA SELAMAT DARI DAJJAL)*


Seperti yang telah di cerita kan seawal nota, begitulah hebatnya kedudukan Kota Madinah, para Yahudi datang berteduh disini dan tunggu nabi; malah, mengajar ajaran Islam sebelum Nabi saw tiba sehinggakan orang madinah mudah terima nabi tapi bila nabi tiba di Madinah, mereka pula engkar pada Nabi. Allah telah turunkan ayat di dalam Albaqarah - wala takunu - “berimanlah kamu dengan apa yang telah datang pada kamu yang membenarkan apa yang telah kamu pegang selama ini jangan kamu jadi orang kafir yang awal”


Sehinggalah ketika nabi tiba nabi terus menuju kepada pendita pendita yang sudah lama sebarkan mengenai  kebenaran nabi tapi meraka tidak mahu ikut kerana takut akan hilang pengaruh. 


Dalam kisah hadis Tamim al Dari yang  bertemu dengan dajjal, antara dialog, Dajjal dan Tamin adalah kata Dajjal, “Bagi tahu kepada aku hal berkenaan nabi yang buta huruf asal Umulqura, apa yang dia sedang buat” Kata Tamim yang ketika itu masih dalam kristian, yang nabi itu dah keluar dari mekah dan ke madinah. “Apakah arab berpakat melawan dia?” Kata Tamin AlDari : Ya tetapi dia menang walau dilawan dan mereka taat pula padanya. Kata Dajjal: Apa betul ni? Kalau betul, itu baik untuk mereka. Ketahuilah yang  bahawa aku inilah dajjal. akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku akan memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Thaibah yaitu Kota Madinah, kedua dua negeri ini terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin hendak memasuki salah satu dari nya, maka aku dihadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan sangat tajam menghambat ku dari kedua dua negeri itu. Dan di setiap jalan jalan yang ada di Kota Madinah akan ada malaikat menjaganya.”


Dan bila kisah Tamim ini di sampaikan pada baginda nabi, Fatimah ru meriwayat kan, Nabi dalam keadaan mengetuk tongkat di atas mimbar dan berkata : “ inilah Thaibah (maksudnya Kota Madinah)”; bumi yang paling selamat untuk kedatangan nabi akhir zaman. Akhir nya, Yathrib di tukar nama kepada nama Madinah. Kata Asal bagi madinah adalah “Dim”, bermaksud kota yang telah diagamakan. Dalam AlQuran, bila nak di sebut mengenai satu penempatan yang diterap agama, Allah akan sebut Madinah. Kalau nak sebut mengenai kota yang maju, akan disebut “mish”,  merujuk pada ekonomi. 


Ertinya, kedatangan nabi saw dinanti natikan oleh dunia terutama yahudi tapi sayang nya sebahagian besar dari meraka tidak beriman saat Nabi hadir. Alhamdulillah lah, kita di lahir sebagai muslm, maka jadikanlah ianya benar bukan setakat simbol saja. 


Sekian. 


*Akhir kalam..*


Sekian Nota yang sempat di catat dari  kuliah on line dari Ahad lepas sempena Tahun Baru Hijrah. Sama samalah kita jadikan ianya sebagai “catalyst” untuk semarakkan semangat berjuang dunia dan akhirat bersama Islam demi untuk janji janji Allah swt. 


In shaa Allah, bersempena dengan bulan merdeka ini, saya akan cuba share pula nota kuliah Ustaz Dr Mat Rofa mengisahkan tentang kisah yang disembunyikan berkenaan ULAMAK DAN KEMERDEKAAN M’SIA.

Jazakallahukhoir pada sahabat surau Al Amin yang berusaha adakan semua ini. 


https://youtu.be/-JhIl0aJO-g


Semoga semuanya bermanafaat.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON