Pkp.Yr2.Day147

 *Pkp.Yr2.Day147*

#MENCARI KEKUATAN DIRI

#Explosion of Feeling (The sinner) 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam pagi isnin yang penuh barokah dan salam sejahtera seawal pagi, buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Bangun seawal pagi ini, tidak sudah sudah merenungi nasib diri sendiri yang dari jahil kepada berilmu jatuh semula ke lembah lebih hina “berilmu tapi tidak bertakwa”.


Seolah olah nya terbayang seerah hidup yang penuh rajau dunia, rajau akhirat pula menanti selepas ini. Senyap, termenung sendirian kenapa sejauh ini menghumban diri sendiri. Ketawa besar dan terbahak si syaitan, aku tak pernah suruh kau buat, aku hanya bisikan saja. 


Allahuakbar.. tewas ! 


Tiada apa yang saya nak ceritakan pagi ini selain dari mencari kekuatan diri...


Benarlah firman Allah, setiap musibah yang menimpa diri manusia atau alam ini adalah disebabkan manusia sendiri:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan2mu ” ( AsySyuraa : 30)


Sama juga bila Allah tetap kan, ini jalan baik, ini jalan buruk dan ini jalan celaka, ini jalan bahagia. Maka dibahu kitalah memilih jalannya.


Maknanya, jika kita nakkan kebaikan dan kebahagian, maka beramallah dengan amalan kebaikan. Jika kita nakkan kebahagiaan tapi beramal dengan amalan orang orang yang celaka, maka celakalah takdirnya kerana begitulah qada’ Allah (sunnatullah). Allahuakbar! 


Maknanya setiap nasib atau takdir yang menimpa punyai  sebabnya yang bertitik tolak dari kita jua. Semua nya telah ditetapkan macam tetapnya formula matematik. Pilih lah formula yang terbaik untuk kita. Jika guna formula salah dalam satu soalan, kita akan dapat akan jawapannya tapi salahlah jawapannya. Tapi ianya tetap jawapan. 


Malah kita selalu lupa pada kejadian Allah seolah olah menyalahi qada’ dan qadar seperti peristiwa Mariam

(ummu Isa as) mengandung tanpa lelaki, perkara sangat jarang. Ianya dihadirkan di kehidupan manusia untuk membuktikan kekuasaan Allah. Dia maha kudrat berbuat apa saja yang dikehendakiNya sekalipun diluar jangkaan manusia dan Inilah juga hujjah kebenaran HebatNya Allah.


Maka, terimalah apa yang berlaku tanpa merintih ! 


*Akhir kalam..*


Dalam berdepan segala masaalah, jangan pula lupa mohon pimpinan Allah, kalau tidak, khuatir nanti si syaitan tampil menjadi penasihat. Kemudian, bila kita berazam dengan sesuatu azam maka bertawakkallah sebenar benar tawakkal. Setelah itu redhalah apa jua ketetapan Nya, kerana mungkin itulah yang selayaknya untuk kita, sesuai kehendak, keadaan kita, dan jangan berputus asa dengan rahmatNya.


Teruskan menyusun strategi perbaiki kehidupan yang ada di depan mata, walau berat setara mana sekalipun. 


Pesanan Rasulullah saw : 

“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada Allah dan janganlah malas. Bila kamu tertimpa sesuatu, jangan berkata: ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini @ begitu’, tetapi katakanlah: ‘Ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah swt berbuat apa yang dikehendaki Nya,   ucapan ’seandainya’ akan membuka (pintu) setan.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibn Majah, al Baihaqi dan al Nasa’i )


Maafkan saya pagi ini lebih kepada luahan perasaan, jika ada terselit ilmu yang baik, ambillah sebagai tauladan, kalau tidak, buangnya jauh ke tepi. 


Allah a’lam.

Barakallahufikum 

Wassalam


#Exploded by the sinner, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S