PkpYr2.Day148
*[PkpYr2.Day148]*
-MENGUTIP PESANAN SHEIKH ABDUL QADRI AL JAILANNI : TOK KU PASIR GUDANG - sharing nota kuliah subuh 20 Ogos 2021 /11 Muharram 1443H. #Manusia Sering Mahu Menunjukkan Kegagahannya (m/s177) (Part 1)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.... buat yang disayangi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...
All’hamdulillah. Dalam diuji berat dengan masaalah demi satu masaalah selain covid19 dan juga bussines makin merudung tidak ada projek baru yang significant tahun ini, tapi gagah meneruskan kerja kerja amal mengetuai sumbangan POC kepada pihak hospital Kajang pula. Selamat diserahkan pagi semalan kepada pihak Hospital Kajang diterima sendiri oleh pegawai PRO dan Timbalan Pengarah. Terimakasih pada Datuk Mohamad Sabarudin atas segala usahanya bersama 27 orang yang lain. Moga Allah gandakan setiap apa yang telah di sumbangkan, tidak di dunia, di akhirat lebih baik lagi. Amin.
Untuk pagi bersama ilmu, saya nak share nota kuliah subuh pada 20 Ogos lalu yang disampaikan Ustak Tok ku Pasir Gudang melalui FB live. Memangnya, jumaat ialah pagi ilmu untuk kami anak beranak. Ianya adalah kupasan dari kitab : Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani tulisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ra. Ianya mengenai manusia sering saja hendak menunjukkan kegagahannya.
#Jomsebarluaskankebaikan
*[MENGUTIP PESANAN SHEIKH ABDUL QADRI AL JAILANNI]*
•Kekurangan jelas ada pada manusia ada jiwa yang merasakan sempurna dan cuba nak kuasai manusia dengan cara dia dan juga syhawatnya, bukan dengan hukum dan tabiatnya dan antara sifat manusia yang suka orang ikut perangai kita. Kalau tak kita marah. Sedang kan hal ini bukan bawa kebaikanpun. Sedang kan kita di suruh Allah untuk ikut cara dan kehendak Allah.
•Jangan ambil selain Allah sebagai tuhan. Bukan seperti nasrani yang jadikan Isa as sebagai tuhan. Mereka kemudiannya menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Semua hukum ikut hawa nafsu.
•Bila kita ajak manusia ikut perangai kita maka kita cuba membelakangkan Allah. Inilah yang sama dengan apa yang akan dibuat oleh dajjal. Manusia bila didewa dewa kan akan mula buat hukum sendiri. Inilah kejahatan yang ada dalam diri manusia
•Sumber daripada Al quran - “Tidakkah kamu melihat manusia menjadikan nafsu sebagai tuhan”. Inilah orang yang ada berharta dan juga pengaruh meraka cuba nak jadikan manusia atas acuan sendiri; sedangkan, dalam Quran sebut hanya acuan Allah lebih baik dan tiada siapa pun boleh sujud pada sesiapa pun. Kata nabi saw, “ kalau manusia boleh sujud pada manusia nescaya isteri disuruh sujud pada suami”.
•Jika ada sesuatu yang tak kena pada kita, kita tak sabar dan mula anggap ada yang lebih baik dari itu, lalu kita lupa yang takdir Allah itu ada baik dan hikmahnya
•Kita kena sabar dan redha dan ingat sesuatu takdir itu baik untuk kita dan kena usaha atas kesusahan dengan sabar
•Setiap kali mencari sesuatu jalan keluar in shaa Allah sabar kita akan makin kuat. Allah ajar kita berusaha untuk cari kesembuhan dan penawar kerana dari sini jiwa kita makin sabar.
•Sabar itu pintu masuk pada jalan penyelesaian sesuatu masaalah. Pada manusia yang berjaya, masaalah itu adalah peluang. Dalam Ilmu bussines di anggap setiap masaalah itu adalah peluang. Dalam islam, masaalah ialah l apa yang kita tidak suka, dan yang kita suka bukan masaalah. Jika kita lihat tiada bihun di rumah itui, bukan satu masaalah, sebaliknya, ini adalah peluang untuk makan bersama keluarga di luar.
“Inilah Mujahadah nak ke jalan Allah”
*Akhir kalam..*
Selalu berfikiran Positif dan tenangkan lah jiwa ketika dalam masaalah kerana semua masaalah dan musibah adalah juga dari Allah. Selepas tenang dalam bermasaalah, berusahalah pula untuk tambah solat dan zikir. Moga datang bantuan Nya. Tribulasi adalah dari Allah, solusi juga dari Allah.
Semoga semua dari kita terus semangat bersama Allah swt, Nabi saw, Islam dan Al Quran Karim dalam menelusuri hidup...
Moga bermanafaat..
See u tomorrow morning. Sifat sifat orang yang Rabbani.
Wallahu’alam.
Barakallahufikum
Wassalam.
Ikhlas dari pendosa,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment