PkpYr2.Day149

 *[PkpYr2.Day149]*

-#MENGUTIP PESANAN SHEIKH ABDUL QADRI AL JAILANNI : TOK KU PASIR GUDANG - sharing nota kuliah subuh 20 Ogos 2021/11 Muharram 1443H #Manusia Sering Mahu Menunjukkan Kegagahannya (m/s177)

(Part 2)


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


.... yang di rahmati Allah makayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, moga selalu dalam redha Allah walau dimana berada sekalipun. 


Alhamdulillah. Musibah tidak bererti itu “end of the world”. Sebaliknya, ianya rahmat dan kasih sayang Allah untuk kita melepasinya dengan tetap tidak berputus asa dengan rahmatNya. Jangan leka dan lalai, tetaplah solat di awal waktu, selalu bersama majlis ilmu, jangan tinggal Quran, berzikir selalu, sunah sunah nabi saw diteruskan, sunat sunat utama di teruskan. In shaa Allah, redha Allah atasi kemurkaan Nya.


Beberapa orang kenalan saya sekarang, dalam pada berdepan dengan cabaran covid 19, sedang diuji pula dengan kanser air liur dan juga kanser darah. Inilah ujian ujian yang merapatkan mereka semua dengan Allah. In shaa Allah, saya sedang dalam usaha mengadakan tabung untuk membantu mereka mereka ini, semoga ada lah kebaikan di akhirat dan dunia untuk kita kita yang ada usaha untuk bantu sahabat sahabat ini. In shaa Allah...


Izinkan saya meneruskan perkongsian seawal pagi bersama ilmu, dengan bahagian 2 dari nota kuliah yang di catat ketika kuliah LiVE FB Pertubuhan Pemgajian Ilmu Islam dan Kebajikan Pasir Gudang.


*[sharing nota kuliah subuh 20 Ogos 2021/11 Muharram 1443H #Manusia Sering Mahu Menunjukkan Kegagahan nya (m/s177) (Part 2)]*


#Orang yang dalam jiwa nya anggap dia sentiasa lebih bijak dari orang lain malah lebih bijak dari Tuhan, dalam jiwanya dia adalah tuhan,  selalu akan membantah dengan ujian yang hadir dalam hidupnya. 


#Nabi saw didatangkan ke muka bumi melalui mujahadah dan berjuang untuk tegakkan Islam bukan dengan senang berjuang dengan magic sebar islam begitu saja. Tapk macama2 kehinaan yang nabi dapat - di tuduh ahli sihir, gila jawatan, gila perempuan, gila harta - sehingga ditawar itu semua pada baginda, asal baginda berhenti dari buat kerja dakwah. Namun, Nabi saw sabar kerana hanya harap pujian Allah bukan pujian manusia. 


#Jika kita marah dengan takdir Allah, kita tidak dapat apa apa. Dari Al Quran - Allah uji kamu dengan kurang harta. Jangan pertikai takdir Allah. Nak kaya kadang kadang kena melalui proses bankrup. Takdir Allah adalah lubuk pahala paling banyak, jika redha. Tidak hilang sesuatu nikmat yang hilang selain ianya akan diganti. 


#Lazimilah takut pada Allah, jangan rasa aman bila berdosa, jangan ingat Allah tak akan hukum dan Allah tak lihat, ianya cuma cepat atau lambat.


#Bila Allah beri nikmat pada kita, Dia  tidak akan tarik balik jika kita ikut peraturan Nya dan ikat nikmat itu dengan syukur. Syukur akan jemput ketaatan kita pada Allah


#Bila kita bimbang dengan hukuman Allah atas salah dan dosa kita, kita akan tenang , bukan nafsu tenangkan yang akan tenangkan. Kita kena ada sifat khauf dan raja’. Takut dan harap. Takut hukuman Allah dan mengharap amalan diterima Allah. Tenang bukan dengan sombong tapi tenang adalah dengan syukur. 


#Celakalan orang orang jahil yang membelakangi Allah kerana kamu berkerja untuk manusia bukan untuk Allah. Patutnya kena kenal Allah.. 


#Nabi saw - kenalilah Allah sewaktu kamu senang, Allah akan kenali kamu sewaktu kamu susah. Bila dalam bermasaalah Allah akan tunjukkan jalan yang lebih baik. Bila sudah kenal Allah, sudah berjaya lawan nafsu, akan hadir satu tabiat, iaitu tabiat yang akan membuang tabiat yang tidak elok.


#Setiap kali kita lawan syaitan, kita akan menguatkan ingatan kita pada Allah. Minimum kita ingat Allah adalah bila kita tinggal apa yang Allah larang. Maksima nya, selain dari tak buat apa yang Allah larang, pada masa yang sama, kita akan berbuat amal ibadat yang wajib dan selalu berzikir. 


#Manusia yang rapat dengan Allah akan selalu nakkan yang akhirat lebih dari yang dunia. Setiap pickup line dunia akan dilawan dengan pickup line akhirat. 


#Insan rabbani - ada empat sifat - pelajari kebenaran (mana haram, mana dosa, mana pahala, bab ibadah  dan akan terus belajar, beramal dengan apa yang tahu, ajak manusia beramal dengan apa yang kita beramal amalan yang baik ( abid beza dgn rabbani), sabar dengan kerenah dan sukarnya dalam berdakwah (iaitu akan tanggung kejahatan manusia yang tentang dakwah kerana Allah, tidak ikut mood, kita ini hidup bukan dengan mood, kita hidup dengan ilmu Allah, bosan dengan ilmu jangan bosan dengan tuntut ilmu, bosan dengan ustaz A belajarlah dengan ustaa B, pokoknya jangan berhenti belajar)


“Inilah Mujahadah nak ke jalan Allah”


[*AKHIR KALAM...*]


Sebagai motivasi untuk kita semua, taddaburlah dengan ayat ini : 


‎مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ



“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman pada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”


Tidak ada sesuatu musibah pun menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah atau dengan kepastian Nya. Dan barang siapa beriman pada Allah melalui ucapan nya, yang bahwa musibah itu datang atas kepastian dari Nya, Allan akan memberi petunjuk pada kalbunya untuk bersabar di dalam menghadapinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Catatan, 

*<Ncs@SeriMinang >*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S