PkpYr2.Day150

 *[PkpYr2.Day150]*

-#PROSA PAGI dari INSAN PENDOSA YANG INGIN JUGA KE SYURGA

#https://youtu.be/qS6FZF1ua8w


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam sujud didinihihari baru sebentar tadi, walaupun diri sendiri berada dalam satu musibah, “hadiah” Mu ya Allah, sebalik dosa yang diri  lakukan, saya rafa’kan doa Allah agar memberi kasih sayangNya pada yang di rahmati Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 

Tidakkan kurang dalam sukatan, tidakkan susut dalam timbangan, inilah doa saya untuk semua, moga jauh segala apa gangguan, hidup bahagia sepanjang masa. 


Dan untuk saya, terhimpun segala kekuatan untuk saya menambah rasa ketakwaan - khauf dan raja’ : takut, harap, natijah ujian dan musibah datang satu persatu. Yang pasti, tidak akan saya sekali kali berhenti dari memuji nama Nya, tidak akan saya berhenti bersujud pada Nya, walau sehina mana sekali pun tahap saya samaada disisi insan atau pun disisi Yang Paling Hebat Paling Mulia. Terimakasih Allah atas segala ujian dan musibah. Apa apa pun, moga sebesar mana dosa yang saya pikul didunia akan ada jalan untuk di ampunkan di akhirat nanti. Tidak ada satu pun yang mustahil disisiNya.


*“Ujian Hidup - Imam Muda”*


Ketika hidupku tertekan, Mengaburi pedoman, Kepada Nya akan ku pergi, 

Untuk mencari bimbingan. 


Ku serah takdir ditanganNya, Mengukir perjalanan, Walau ujian hidupmelanda, Ku tabah menerima kerana, Walaupun tak dikurnia kemasyuran, Walaupun tak dilimpah kemewahan, Hatiku tetap akan memuji NamuMu selalu YaRabbi Walaupun tak diberi kemakmuran, Akan ku memanjangkan kesabaran, Ku tetap syukur pada Ilahi Kerana mengurniakan nyawa ini


Ku serah takdir di tanganNya

Mengukir perjalanan Walau ujian hidup melanda, Ku tabah menerima kerana Dia di hati selalu, Memberikanku petunjuk Bila pemandangan samar, Biarpun hidup digoda Ujian dan pancaroba Pasti ada hikmah di akhirnya


Walaupun tak dikurnia kemasyuran ,Walaupun tak dilimpah kemewahan, Hatiku tetap akan memuji Namu Mu selalu Ya Rabbi


Walaupun tak diberi kemakmuran, Akan ku memanjangkan kesabaran

Ku tetap syukur pada Ilahi Kerana mengurniakan nyawa ini..


*Alhamdulillah!*


Saat yang bahagia sebenar nya adalah bila kita dapat ikut apa yang Allah suruh dan kita tinggalkan apa yang Allah larang. Saat yang akan mengaburkan jiwa adalah bila kita sedar kita berdosa tapi tidak tahu bagaimana hendak melolos kan diri dari dosa, inilah hakikat yang sering ada pada diri manusia. Apa apa pun sebelum kita terlambat hingga dihambat ujian dan balasan dari Allah, lambat atau cepat jer pun, bersegeralah berhenti dari dosa dosa yang disedari.


Jangan sampai di lempar satu "batu kecil" yang kita sebut musibah supaya kita takut kepadaNya, sungguh Allah sangat mencintai kita, marilah kita selalu ingat Nya bersyukur dalam ketaatan kepadaNya sebelum datang ujian berupa musibah. 


Namun, ujian adalah lumrah dalam kehidupan, hadirnya dalam bermacam macam bentuk yang mendatangkan perasaan tidak senang dalam jiwa.


Yang penting, saat ditimpa sesuatu musibah, perlu kuat semangat untuk ingat dan bersangka baik dengan Allah, perbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Agama bukan seperti kata Lenin - agama itu candu - hanya menjadi penenang saat  waktu tertentu  melenyapkan perasaan susah melarikan diri dari kesusahan. Tetapi,

sebaliknya, agama adalah satu cara hidup yang sebati dan kekal.


*AKHIR KALAM..*


Prosa pagi disudahi dengan: 


‎ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”


Di petik dari Surah Ar-Rum, ayat 41.


Ketika kita semua menerima ujian dan musibah, renungi lah kembali sejauh mana hubungan kita dengan Allah swt. Jadikan musibah untuk muhasabah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Dari kejauhan, 

*<ncs@SeriMinang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S