PkpYr2.Day151
*[PkpYr2.Day151]*
#MOTIVASI PAGI Jumaat...
#TABUNG TASIMAN - KANSER LIMFOMA TAHAP 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai makayah, ahli saya, adik beradik, makci pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, di hari Jumaat ini, ajarlah diri kita utk selalu menempatkan diri di tempat paling Agung kerana hal dunia kerapkali lebih kita pentingkan daripada Dia. Hari Jumat penuh barokah. Tiada hari seindah Jumaat dan tiada kata seindah dzikir tiada ibadah seindah solat.
Setiap amal yang dilakukan pada Hari Jumaat, in shaa Allah, diberikan keberkatan melimpah. Walaupun hanya berkongsi kata kata atau penulisan di ruang maya ini yang mungkin membantu seseorang yang sedang berada dalam kesusahan atau kegelisahan.
“Jadikanlah musibah itu untuk kita mendewasakan diri dan makin meninggikan darjat kita disisi Allah swt”
Indeed, setiap kita pernah mengalami musibah, tidak ada yang tak pernah, bahkan Nabi pun. Tetapi dalam pada kita menghadapi musibah, hadapilh ia dengan penuh kebijaksanaan. Jangan lah jadikan musibah itu neraka, ambil pengajaran didalam nya. Kerana dari musibah yang diterima pasti ada hikmah yang bermanfaat didalamnya. Dengan belajar dari musibah, ianya akan meninggikan darjat kita disisiNya.
“Penyesalan yang semakin dalam boleh membuat setiap orang tidak terus bangkit menuju fasa hidup yang seterusnya. Jangan biar dibelenggu rasa bersalah. Terus semangat untuk memperbaiki diri yang lebih baik dari sebelumnya”
Ketika menyesal kepada perbuatan yang dilakukan, segeralah memohon maaf dan bertaubat. Jangan biar rasa penyesalan itu terus membelenggu kerana ianya hanya akan membuatkan hidup tidak keruan. Ingatlah! Nak lebih berkeyakinan, kena ada semangat memperbaiki diri.
“Jangan abaikan apa yang hatimu inginkan. Kerana ia nya tidak akan kembali lagi nantinya. Beri ruang waktu untuk diri mendengarkan isi hati”
Dengarkan kata hati jika nak berjaya dan selamat, jangan pernah mengabaikannya. Kerana kita tidak akan pernah tahu hal apa yang akan terjadi kemudian nya, Allah selalu memberi kan keinginan dengan kata hati yang selalu diberikan pada setiap manusia.
“Kekayaan yang sering kita abaikan dan dibuang buang ialah waktu. Jarang sekali ia nya dihargainya, sehingga banyak ditukar dengan harga yang murah”
Kita hidup ada waktu yang sama, ada yang nasibnya sentiasa berjaya dan ada juga yang tidak. Itu semua bergantung macamana kita memanfaatkannya. Ramai yang berjaya adalah yang memanfaatkan waktunya dengan baik.
Nasib seseorang memang sudah ditentukan, namun kita boleh merubahnya jika berusaha. Untuk itu jangan sia siakan waktu melakukan hal yang tidak bermanfaat.
Pesanan untuk diri sendiri!
Itulah antara Motivasi Hari Jumaat dapat dikongsikan bersama, moga sampai ke tahap boleh di jadikan ianya sebagai Inspirasi bersama.
Teruslah berbuat baik dan dekatkanlah diri pada Yang Maha Kuasa, dan mintalah keberkatan Nya. Sebarkan ayat2 dan kata2 yg positif, walaupun hanya sepotong ayat.
Moga ianya bermanfaat buat kita semua..
*Akhir kalam...*
Alhamdulillah. Sambutan yang amat menakjubkan pada Tabung Tasiman - tabung yang saya lancarkan untuk derma meringankan beban salah seorang staff IMPIAN Golf Club yang di ujian dengan sejenis kanser - LIMFOMA. Ianya di buka hanya pada kalangan ahli ahli kelab Impian saja. Ia mencecah 7k. Semua ambil bahagian tak kira Melayu, China, Indiaa.
Syabas Malaysia!
Terimakasih dan Jazakumullahkhair...
In shaa Allah, pagi ini saya akan serah pada Tasiman yang kini sedang menjalani rawatan CHEMO Di hospital Ampang. In shaa Allah, sama sama mengambil semangat dan berkat hari jumaat.
“Sesungguhnya hari yang paling afdhal adalah hari jumaat”
Sama sama kita doakan kesembuhan pada Tasiman. Memimjam kata katanya merasai kesusahannya:
“Saya ok aje haji, tapi sakit kesan CHEMO, Hebat! “ - Tasiman.
Salam Jumaat buat semua Dan selamat berhujung minggu..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wasalam
Ikhlas Dari,
*<ncs@seriMinang>*
Comments
Post a Comment