PkpYr2.Day152

 *[PkpYr2.Day152]*

#SALAM MERDEKA

#Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian.

#ERTI MERDEKA OLEH RABI’ BIN AMIR


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Lindungilah makayah, ahli saya, adik beradik saya, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Ya Rahman Rahim, Ampuni dan selamatkanlah kami.


‎لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang dhalim.” (Al-Anbiya 87)


Sama samalah kita panjatkan doa moga yang sulit akan dipermudahkan dan setiap kali selesai sesuatu kesulitan itu Iman dan taqwa kita akan bertambah hingga bawa ke Syurga. 


Sempena bulan merdeka ini, jom sama sama kita berdoa agar negara yang terlepas dari penjajahan selepas  Melaka dijajah, it took 510 tahun, akan terus di pacu dengan atas segalanya kehendak kehendak yang baik baik oleh Allah swt.


Pada masa yang sama kita tidak dapat nafikan peranan Islam, ulamak dalam usaha perjuangan membebaskan tanah melayu. Pada awal  Ogos baru baru ini ada satu kuliah OnLIne oleh Ustaz Dr Mat Rofa yang berkuliah mengenai peranan Ulamak dalam proses kemerdekaan tanah Melayu. Ianya telah memberi cetusan untuk saya terus menggali lebih dalam lagi. Terimalah kolaborasi nota Ustaz Dr Mat Rofa dan  penggalian saya.


*Ulama dan perjuangan Kemerdekaan* (Part 1)

-MERDEKA DAN JAJAH DARI RABI’ BIN AMIR


#MUQADDIMAH 


Sempena bulan merdeka kali ini, sama samalah kita ingati bahawa ulamak dan Islam adalah sebahagian dari usaha Kemerdekaan Tanah Melayu.


Al Ankabut 60:


‎وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


“ Dan orang orang yang berusaha dgn bersungguh sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang orang yang berusaha membaiki amalannya” 


#Apakah penjajahan dan kemerdekaan?


Kisah Rabi’ bin Amir bertemu Rustum panglima Parsi  saat dibawah pimpinan Saad abu waqas, ketika takluk Parsi, selalu jadi rujukan untuk erti merdeka dan penjajahan.


Sebelum perang Qadisiyah antara orang Muslimin pimpinan Saad bin Abu Waqas dengan Parsi yang dipimpin  Rustum, Saad  terlebih dulu mengirim utusan kepada Rustum beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rab’i bin Amir Ats Tsaqafi. 


Ketika Rabi’ masuk menemui Rustum yang menghiasi pertemuan itu dengan mempertontonkan kekayaan dan kemegahan mereka, berbeza pula   dengan Rabi’, beliau masuk dengan hanya baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai, dan kuda yang pendek. Tetap di atas kudanya hingga kesan tombaknya telah mencarik  permaidani. Kemudian turun ikatkan kuda di sebagian dari perhiasan. Kemudian  masuk dengan senjata, baju besi dan penutup kepalanya.


Ketika disuruh letakkan senjatanya, dia menjawab yang dia tidak pernah berniat pun untuk datang tapi dia diundang. Maka, dia mohon izin untuk masuk jika rasa diperlukan, dalam keadaan seperti nya. Kalau tidak, dia akan berlalu pergi. Rustum izinkan dia masuk. 


Ketika di tanya : “Apa yang membuat kamu datang ke sini?” Rabi’ bin Amir  telah menjawab dan perhatikan baik baik jawaban ini...


“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan pada sesama hamba pada penghambaan pada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama agama kepada keadilan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalka nnya. Tetapi yang enggan, kami akan memeranginya selamanya sehingga kami dapat memperoleh apa yang dijanjikan Allah”.


Begitulah seharusnya sikap seorang muslim yang tegar dengan aqidah, keimanan yang ada di lubuk hati yang dalam, kemuliaan yang ia raih, tak pernah gentar di hadapan orang yang kafir kepada Allah  dan Rasul Nya  . 

Jumpa esok pula...


*Akhir kalam...*


Semoga Allah lahirkan ramai lagi dalam kalangan umat Islam seperti Rib’i ibn ‘Amir ini yang ada keberanian, kepetahan berhujah dan keikhlasan menegakkan agama Nya, menanamkan erti penjajahan dan juga the kemerdekaan di kaca mata islam.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Catatan,

*<ncs@seriminang >*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S