PkpYr2.Day153

 *[PkpYr2.Day153]*

#SALAM MERDEKA

#Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian. ULAMAK DAN JUGA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU [PART 2]

#MEKAH CETUSAN KEMERDEKAAN


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mulakan dengan Bismillah beserta dengan senyuman. Moga hari ini, hari diberkati buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua.


Terasa segar biarpun penat, bila diri berpeluang bersukan dan bila dah merdeka dari belenggu SOP. Jam 930 pm, pada malamnya semalam, “drained” sudah pun awal lagi mengajak diri terus berehat tanpa bangkit. Terjaga jam 145 pagi, jiwa tiba tiba terasa merdeka. Merdeka dari masaalah yang ada, terimakasih yang Esa. 


Salam merdeka buat semua rakyat Malaysia. Sama sama kita kaitkan kemerdekaan negara dengan ulama dan agama, semoga hadirlah berkat dari Allah dalam usaha2 memajukan negara. Untuk pagi ini, sekali lagi saya jadikan kuliah online Dr Mat Rofa untuk cetuskan pengisian Merdeka bersama. 


*ULAMAK DAN JUGA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU* (Part 2)


Kita malaysia berada bawah Othamniah berapa lama dan Mekah jadi titik pertemuan orang islam selain beribadah haji. Tanah melayu sentiasa ada dalam geografi, tanah asia tenggara seluruh nya di jajah oleh pemjajah. Ini yang menjadikan satu semangat serantau untuk perjuangkan kemerdekaan. Dan Tanah Melayu dan Mekah tidak pernah putus perhubungan dan pusat pusat islam lain selalu berusaha untuk bantu Tanah Melayu bebaskan dari penjajah. Acheh dan PattanI datang bantu, malah ada dari Turkey dan Mekah juga


Perkara ini amatlah jarang diperkatakan iaitu fungsi ulamak dalam mencetuskan semangat kemerdekaan. Bagaimana orang islam berjuang membebaskan Pattani dari kerajaan Siam adalah satu  sejarah awal perjuangan ulamak. 


Kisah Syeikh Abdul Samad alFalimbani adalah antara ulamak yang sentiasa ambil berat hal ehwal Nusantara walupun berada di Mekah. Saat itu Nusantara sedang bergelut dengan serangan penjajah di mana Jawa dan kepulauan sekitarnya telah jatuh ke tangan Belanda. Patani pula telah jatuh dalam serangan Siam pada 1785.


Sebagai menyokong dan juga memberi semangat pada jihad menentang penjajahan kafir di kawasan Nusantara, Syeikh Abdul Samad alFalimbani  hasilkan karya berjudul Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul Mujtahidin fi Sabilillah.


Sebelum tercetus perang Kedah/ Patani menentang penjajahan Siam, Syeikh Abdul Samad alFalimbani yang berada di Mekah telah menerima surat daripada saudaranya, Mufti Kedah pada ketika memaklumkan akan berlaku perang jihad mempertahankan Islam dan tanahair bagi Kedah/ Patani.


Kecintaan syeikh berjihad telah sekian lama, namun panggilan jihad di Patani lebih utama berbanding tanah Jawa.  Barangkali kecintaannya pada  bumi Patani lebih utama kerana di dalam sebuah manuskrip al

‘Urwatul Wutsqa karya nya, beliau menyebut di hujung namanya dengan ‘al Fathani’.


Syeikh kemudian pulang ke Kedah dan diangkat menjadi Panglima Perang dan terus mara bersama2 angkatan Kedah Patani, Aceh, Kelantan dan Terengganu.


Difahamkan Syeikh Abdul Samad al Falimbani telah syahid di Patani dalam perang 6 bulan bermula 1831 dan berakhir 1832. Ketika itu usia beliau sudah melebihi 100 tahun. Jenazah Syeikh telah dimakamkan di Mukim Jenung di Chenak, Patani.


Akhir kurun 19, sewaktu Othamniah masih gagah. Osman Nuri Pasha dilantik bagi menjaga negara asia tenggara agar selalu saja bersama Othamaniah. Dan Antara ulamak ulamak lain Sheikh muhamada arsyab albanjari, abdul wahab bugis, empat serangkai dari Tanah Jawi. 


Nawawi al bantani al jawi  pun ada menulis satu tafsir marahalabit - untuk naikkan semangat kemerdekaan dan melatih anak anak muda. 


Sheikh Ahmad Al Fatani yang hidup 1890 - 1908  Seringkli berkunjungi istana Topkapi. Istana kerajaan Islam di Turki. Ramai pelajar di hantar ke al Azhar, pusat penyebaran ilmu. Persatuan alam melayu di Mesir yang bertujuan bila balik ke Tanah Melayu untuk sedarkan rakyat bebaskan dari penjajah. 


Di Selangor pun ada, Tgku Mahmood Zuhdi perangi Brittish tapi selangor sudah jatuh ke tangan British tika itu. Begitu juga di Negeri sembilan dan singapura dan juga pahang


Inilah antara cetusan awal dan sentuhan merdeka dari Islam dan Mekah yang telah melantik wakil perjuangkan kemerdekaan di tiap negeri. Inilah yang telah di buat oleh ulamak dan Mekah pada seawalnya. 


<Akhir kalam..]


Lusa, hari ulangtahun ke 64, laungan azan dan merdeka dikumandangkan di padang kelab selangor, marlah kita kobarkan doa doa, semoga lekas pulih ibu pertiwi ini. Merdeka lah dari pandemi.


Indeed, murninya merdeka satu jiwa semurni tauhid seorang hamba pada Allah. Ini pasti diikuti rapat jiwa yang full taat pada aturan hidup yang Allah tetapkan dalam Qur'an dan Sunnah.


Semakin bertauhid, semakin merdeka. Semakin lapang dan aman pula yang akan dirasakan jiwa. Ini realiti yang pasti dalam satu kehidupan manusia dan Allah telah menjaminkannya.


"Orang orang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dgn kezaliman (syirik), mereka itulah orang orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk." (Al An'am: 82)


Semoga kitalah manusia pemilik jiwa yang merdeka itu.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


#Sekadarnya saja dari, 

*<ncs@seriminang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S