PkpYr2.Day154
*[PkpYr2.Day154]*
#SALAM MERDEKA PART 3
#Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian. ULAMAK & KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
#TokJanggutTakPernahDigantung
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
....buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua.
Dalam pada meraikan makin tibanya hari kemerdekaan, tiba tiba terpandang satu nota lama yang menyentuh hati. Bukan bermaksud hendak mengata pada sesiapa tapi lebih pada perkasa jiwa; maka, saya sharekan disini: “Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru itu, sebanyak manapun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, sewajar nya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru itu, jika lah ada ahli ilmu yang sombong, dia pada hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya lah seorang hina dari kelas bawahan!”
Allahuakbar, maka benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna bila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang yang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Ambillah sedikit jika ianya baik.
Sempena hari merdeka yang makin tiba, sama sama kita teruskanlah pencarian hal sejarah yang asli tentang kemerdekaan negara kita. Catatan nota Ustaz Dr Mat Rofa terus menjadi cetusan pagi ini. Moga ada manafaat.
#ULAMAK&KEMERDEKAAN
#TokJanggutTakPernahDigantung
Sewaktu British menguasai negara, sebahagian melayu berkerjasama dengan British, ini dekesali ulamak yang berjuang untuk merdeka. Ada orang kita yang jadi tentera brittish. Ini lah yang ada dalam lipatan Sejarah, sebahagian ulamak berjuang merdeka tapi sebahagian rakyat melayu jadi tentera brittish, berjuang lah ulamak berdepan bangsa sendiri.
Kisah tok janggut. Berjuang tentang undang2 British dari dilaksana di Tanah Melayu sebenarnya, tapi sejarah British catatkan, Tok Janggut hanya berjuang untuk cukai sahaja. Orang melayu yang kerja untuk British juga yang tangkap tok janggut. Brittish takut kerana perjuangan merdeka di inspirasikan dari mekah. Bagaimana koloborasi antara tok kenali dan tok janggut, hakikatnya, tok janggut tak pernah di gantung selepas mayat yang digantung dicamkan oleh tok kenali adalah bukan “Haji Mat Hassan”.
Dari satu penggalian mendedahkan Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas hanya cedera di bahu kirinya ketika berlawan dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915. Tok Janggut telah kemudian disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang. Sesudah sembuh dari kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, kisah ini adalah semata mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang nak takutkan orang Melayu. Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja. Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli?
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana. Keadaan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh. Tidak ada mana mana anak beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh.
Kenapa Tok Janggut tak muncul macam Mat Kilau?
Timbul persoalan jika Tok Janggut masih hidup selepas pertempuran di Pasir Puteh, kenapa dia tidak isytihar diri seperti dilakukan pejuang Pahang, Mat Kilau. Perlu diingat satu ketika Mat Kilau pernah bertemu Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu pada 1966. Ikutkan satu catatan, ada perbualan antara mereka berdua: "Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini." Jawab Tok Janggut; “Puok puok ‘demo tu’ nok pilih orghe Putih, biar pun ‘demo hok tu’ (penjajah kulit putih) dah kelik pun. Biarlah aku hidup gini jah.” Ketika itu, Tok Janggut sudah uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan dia telah memilih mendiamkan diri.
Tiga tahun kemudian, 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan isytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Tok Janggut seangkatan dengan pejuang pejuang lain Tanah Melayu termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Haji Abd Rahman Limbong. Berlaku beberapa siri pertemuan antara semua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu. Salah satu pertemuan itu adalah dengan ulama Tganu, Tok ku Paloh 1913 yang turut dihadiri kelima lima pejuang Melayu itu.
Pada pertemuan itu, Tok Ku Paloh berpesan sekiranya beliau meninggal dunia, Tok Janggut ialah penggantinya meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan Islam.
*[Akhir kalam..]*
Pesan Tok Janggut suatu ketika dulu.
“Mugo ggini sek duk royak ko orghe, orghe kato kito gilo. (Cerita ini jangan diceritakan pada orang, orang kata kita gila),”
Namun, jiwa membara setiap kali tiba merdeka, inilah salah satu sejarah yang kita kena kenangkan. Pengorbanan yang mencetus kearah kemerdekaan negara bukan nya “terrorist” seperti yang tersimpan di sejarah Brittish.
Kepada mereka yang hendak percaya bahawa tubuh yang tergantung itu adalah tubuh Tok Janggut, kerana ada bukti dan ada catatan. Silakan. Tidak berdosa pun.
Pada saya, telah di buka sempena hari merdeka perkara yang perlu semua tahu. Jadi saksi sendiri. Peritnya hati seorang Pejuang.
Selamat menyambut hari Merdeka yang ke 64. Banyak lagi kalau nak gi gali tapi ingatlah kita kena merdeka jiwa dari semua kecuali Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
*[(ncs@SeriMinang)]*
Comments
Post a Comment