PkpYr2.Day155
<[PkpYr2.Day155]>
#Merdeka! Merdeka Merdeka!
#Sudah merdeka tetapi jangan sejarah masih terjajah...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam merdeka makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua.
Pagi ini saya berhenti dari mengulas cetusan Nota ulamak dan kemerdekaan, tapi saya nak korek apa yang berlaku pada hari ini pada 64 tahun lalu....
30 Ogos 1957 hari Jumaat. Paginya, Stadium Merdeka bernilai RM 2.3 Juta telah dirasmikan dan digunakan bagi tujuan perisytiharan kemerdekaan. Assebab ianya dinamakan Stadium Merdeka. Pada malamnya, hampir 30,000 berkumpul. Tepat 9 malam, bendera Union Jack dinaikkan. Tepat jam 12 tengah malam, Lagu God Save the Queen pun berkumandang buat kali terakhir, pada masa yang sama, bendera Union Jack diturunkan. Dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan bersama sama lagu Negaraku. Tunku Abdul Rahman menjerit merdeka beberapa kali diikuti ucapan. Doa pun dibaca.
Esoknya, hari Sabtu, 31 Ogos 1957, hujan turun sejak jam 3 pagi seolah olah satu tanda nak bawa keluar lumpur dan kekotoran penjajah daripada Tanah Melayu. Dalam 730 pagi, hujan berhenti dan matahari memancar ceria. Tunku berbaju Melayu serba hitam simbol berkuasanya kembali orang Melayu dan raja Melayu di Tanah Melayu selepas 117 tahun di jajah.
Sir Donald MacGillivray yang juga Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang terakhir berpakaian uniform Gabenor Jajahan berwarna hitam. Takdirnya, ditangannya Tanah Melayu merdeka.
Duke of Gloucester selaku wakil kepada Ratu Elizabeth berseragam putih Field Marshal, pangkat tertinggi sekali dalam Angkatan Tentera British. Dia juga bapa saudara Ratu.
Pagi itu panas kurang dirasai. Langit masih berawan walau pun hujan telah berhenti. Matahari memancar terang tetapi lembut cahayanya. Ketika itu, giliran Raja raja Melayu pula tiba, memakai pakaian berbenang emas dengan berlainan corak dan warna.
Duke of Gloucester duduk ditengah pentas. Di sebelah kanannya, MacGillivray, dan sebelah kirinya ialah Tuanku Abdul Rahman yang bakal ditabalkan sebagai Agong yang pertama.. Sebelah baginda ialah Tunku Abdul Rahman. Selain MacDillivray dan Tunku, semua yang lain berpayung.
Duke kemudiannya bangun membacakan perutusan Ratu - mengalu alukan Tanah Melayu ke Komanwel dan harap agar Tanah Melayu tunjukkan kepada dunia teladan teladan kerjasama dan muhibah semua kaum. Sebaik tamat perutusan dari Duke, Tunku bangun menuju ke arah Duke dan mengambil surat kuasa. Sebaik sahaja tunku menerima, secara tak langsung segala kuasa yang ada pada British terhadap negeri Melayu dan dua buah negeri selat rasmi diserah kembali kepada rakyat Tanah Melayu. Ketika itu, beribu orang di stadium berdiri serentak melihat kuasa bertukar tangan dengan tepukan gemuruh serta teriakan Merdeka memenuhi stadium. Tunku kemudian berucap. surat pemasyhuran kemerdekaan ada di dalam sebuah kotak kain yang kecil tetapi panjang dibawa oleh seorang anggota tentera berbaju putih berseluar hitam, bersongkok hujau. Tunku telah membaca perisytiharan kemerdekaan. Antaranya: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang baru bermula dan sekali memansuh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebaik tamat perisytiharan di baca, Tunku berdiri tegak, tangannya diangkat lurus keatas, tapak tangannya terbuka ambil berteriak “Merdeka!” sebanyak 7 kali. Setiap kali dia berteriak, beribu ribu didalam stadium menyambut dan berteriak bersama sama. Ia seolah satu perasaan dikeluarkan dan diluahkan bersama sama.
Habis teriakan merdeka, lagu Negaraku dimainkan. Pada masa yang sama Bendera Persekutuan dikibarkan. Saat itu, matahari bersinar indah. Lagu Negaraku menjadi satu melodi yang sangat indah. Dari jauh kedengaran bunyi tembakan meriam sedas demi sedas.
Tamat Negaraku, azan di laungkan dari tempat diraja. Kemudian, beratus ratus ekor burung merpati dilepaskan. Jeritan dan laungan merdeka terus kedengaran lagi.
Merdeka!!!
(Akhir kalam...)
Allahuakbar. Inilah catatan kejadiam pada hari 31 ogos 1957, yang tidak dapat di ubah lagi. Tidak ada siapa pun berani mengubah cerita di atas kerana ada footage dan gambar yang tidak boleh menghapuskan kejadiannya. Tetapi jerit perit sebenarnya sebalik merdeka ini, masih banyak yang perlu di carigali untuk sedarkan kita semua bahawa siapakah yang benar benar menjadi pencetus kemerdekaan. Ianya semua bermula cetusan Islam dan semangat jihad nya.
Tokoh yang belajar dan dari Mekahlah insipire merdeka di tanah melayu sebenarnya samada secara fizikal atau ilmu. Syeikh Abdul Samad alFalimbani, Tok Janggut, Mat kilau, Tok kenali, Majalah Pemgasuh, sheikh Ahmad Fattani, Sultan Zainal Abidin IIi, kerjasama antra kerajaan Othmaniah dan Jepun, Raja Ali Kelana, Sheikh Tahir Jamaludin, Raja Khalid Hitam, kisah pertemuan anak melayu muda di Tanjung Pinang bersama Jepun, ibrahim Yaakob, peranan Syarikat Islam ditaja oleh kerajaan Othmaniah, kisah Hizbul Muslimin diharamkan, haji Abdul Rahman Limbung, kerajaan Melayu Raya, kisah takutnya Brittish kepada bahaya dari Bkt Semanggol, kisah sepatutnya Tanah Melayu merdeka pada 14 Ogos 1945, tercipta nya PAS, Burhanuddin helmi yang berjuang Kemerdekaan di tangkap sebaik merdeka dan sebalik kematian Prof dato dr zulkifli Mohamad dalam satu kemalangan....
Banyak lagi. Ini semua sepatutnya menjadi synonym dengan kita semua setiap kali Merdeka bukan hanya sekadar saat jeritan Merdeka saja. Pentingnya untuk kenal sejarah dan watak yang menggerakkan semangat merdeka. Dari sinilah generasi baru akan tahu kenapa perlu pilih pemimpin yang ini bukan memilih pemimpin yang itu kerana pemimpin yang itu seorang pun tidak pernah terlibat dalam usaha usaha memerdekakan si Tanah Melayu.
Sedih kita melihat susunan yang ada pada Tunggu Kebangsaan, lihatlah wajah wajah mana yang diletakkan diatas memegang bendera dan wajah siapakah yang mati bergelimpangan di bawah.
Janganlah sudah merdeka tetapi sejarah masih terjajah, takut kita akan terjajah lagi.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Catatan,
*[ncs@seriminang]*
#RujukanCariGold
Comments
Post a Comment