PkpYr2.Day156

 *[PkpYr2.Day156]*

#Pasca sambutan Merdeka

#ULAMAK DAN KEMERDEKAAN

(Bahagian Akhir)

#Alfatihah Untuk Arwah Tun Ahmad Sarji dan Noreema


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam sejahtera buat yang dikasihi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda Saw, sahabat baginda saw serta orang orang yang mengikuti jejak langkah baginda Saw.



Masih dalam mode merdeka, tapi sejauh manakah hendak merdeka kerana tanpa ada batasan dalam kehidupan, kita pasti akan membinasa kan diri kita sendiri. Bayang kan lah jika Islam tidak hadir memperkasakan syariat membatasi pergerakan manusia, sudah tentu tunggang terbalik dunia dibuatnya. 


Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW:


‎الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ


“Dunia ialah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahihnya (2956), Imam alTirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).


Nak buat kerja kerja nak masuk ke neraka semuanya berbayar sedang akan amal ibadat wajib semuanya hanya perlu kepada usaha dan tenaga serta kesabaran. Maka, sabarlah dalam taat beribadat, meninggalkan larangan Allah dan menerima segala ujian Allah. 


Adakah sesuatu yang berbaloi jika kita hanya menikmati kesenangan hidup di dunia ini, tapi di akhirat kelak kita akan menerima seksaan yang amat dahsyat yang tidak diketahui sampai bila akan terus menanggung keperitan seksaan itu? Kerana sekali masuk neraka, kita tidak tahu bila akan keluar..


Dalam Surah al An’am, ayat 32: “Tidak lah kehidupan di dunia melainkan permainan dan hiburan melalaikan dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”


Sebenarnya, tak salah buat orang Islam jadi golongan berharta, kaya raya dan berpengaruh asalkan seiring dengan tuntutan agama. Pesan Nabi Saw , orang kaya yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah adalah orang yang berhak dicemburui. Pada setiap masa, kita perlu yakin pada kebesaran Allah Swt.


Menutup bulan merdeka ini, saya sertakan sedikit lagi saki baki nota dari Dr Mat Rofa untuk kita sama sama cari dan gali kemudian bentangkan pada anak anak kita, semoga anak anak kita akan lebih sedar dan hargai harga sebuah kemerdekaan - bebas dari manusia tetapi tetap taat pada Allah. 


<ULAMAK DAN KEMERDEKAAN>

#(bahagian Akhir) 


 Tokoh Tokoh dari mekah yang insipire merdeka di melayu secara fizikal atau ilmu. 


Di jawa, syed othman Abdullah bekerja untuk belanda. Ada pertelingkahan antara ulamak jawa dan mekah, hingga macam2 buku kitab di tulis untuk naikkan semangat juangkan Kemerdekaan di negara masing atas nama islam. Kh hasyim asy’ari dan mohamad dhahlan. Berjuang untuk merdeka dgn pena.Di kelantan, ada tok kenali. Majalah pengasuh. Sheikh tahir jamaludin. Majalah pengasuh. Wujud 1 syawal 1336 11 julai 1918 di kota baharu diketuai oleh tok kenali. 

Majlis Agama islam kelantan di tubuh 1908. Hj nik mahmud hj ismail dato’ perdana menteri kelantan) Peranan tok kenali - aliran ilmu dari mekah ke kelantan. Berserah kelantan kepada Allah. Ada gambar zaaba dan tok kenali yang jadi bukti perjuangan melayu. 


Sheikh Ahmad fattani berjuang untuk jadikan othmaniah melayu. Sultan terengganu zainal abidin IIi juga nak berjuang adakan islam tapi di lawan british. Kerjasama tukri dan jepun halau brittish dari tanah melayu. Kisah raja ali kelana. Inspired by sheikh Ahmad al fataniZ Raja hitam@ raja khalid hitam. Misi politik riau lingga ke jepun Oleh othmaniah untuk halau brittish dan belanda.


#Sumber othamniah 

Kerjasama jepun, disambut di tanjung pinang. Pertemuan ulamak dan jepun disitu. Othamniah kerjasama dengan jepun. Disinilah ada kesatuan melayu muda ada sekali di pulau penyengat diketuai oleh ibrahim yaakob dan hamka sendiri ( anak murid ahmad khatib). Kebanyakan yang balik dari mekah sambut kedatangan jepun tapi brittish telah racunkan orang melayu jepun datang nak menjajah. 


Di jawa, syarikat islam, ditubuh oleh pekerja islam ditindas belanda. Ianya di inspirasi oleh Othmaniah, asal nya pertubuhan ekonomi. Haji samanhudi dan agus salim. Kemudian nak bebas orang islam dari penjajah. Motto: islam Sesungguh nya bersaudara. Tapi ada ulamak tentang, osman aqil, ada dalam pertubuhan ini. Sedangkan fatwa dari mekah lawan belanda fardhu ain. Kisah snouck hourgje pura pura islam. 


Selepas banyak perti politik islam di tubuhkan untuk perjuangkan islam sebagai cara memerintah. Tapi ramai yang di tangkap. Kemudian baru masuk ke tanah melayu. Hj abdul rahman limbung juga buka syarikat islam di terengganu.  Ketika itulah brittish guna brittish court law untuk halang abdul rahman limbung. Ini perjuangan atas nama islam bukan terrengganu. Akhirnya, abdul rahman limbung ditangkap. 


Akhirnya, wujudlah hizbul muslimin inspired by syarikat islam berpusat di bukit semaggol, tapi dilumpuhkan Oleh brittish yang telah di beri amaran oleh Belanda. Lalu brittish haramkan parti hizbulmuslimin pada 1948 atas dasar kerana dikatakan komunis. Bila ini di haramkan tiada lagi persatuan orang islam. Wujudlah Melayu roya - konsep kerajaan islamiah. 


Brittish lantik orang orang melayu juga untuk sebarkan bahaya dari bukit. Antaranya, umno dibawah tunku abdul rahman. Tapi biro agama dalam umno tak setuju dan mereka keluar dari umno masuk Pas. Hasil dari inspiration of hizbul musliim , 4 jan 1953, ahmad fuad ( asal dari biro agama umno)  dilantik prrsiden pas pertama. 


Kemerdekaan tanah melayu telaj Di rancang awal lagi tapi jepun datang lewat 1941. Jepun beri merdeka pada indonesia melalui sukarno 17 ogos 1945. Sepatutnya malaysia pun dapat 14 ogos 1945 tapi dibatalkan. Bila brittish datang semula, ramai rakyat nak brittish memerintah semula. Brittish tak suka perjuangkan merdeka atas dasar islam. Lalu, umno di tubuh dibawah oleh dato onn tapi dato onn tak nak merdeka bawah brittisn. Lalu letak jawatan dan digantikan Mustapa hussin - malay nasionalism before ummo yang tidak lunak dengan brittish. Tapi ada pertandingan bila tunku abdul rahman yang berkerja dengan brittish. Dia kalah satu undi. Semua terkejut kenapa yang tekenal kalah. Dia bertamding pula timbalan lawan razak pula, undi sama tapi tar kata dia belum undi. Lalu istiharkan merdeka 8 januari 1956 tapi ditangguh kerana tarikh sesuai 31 ogos 1957. 


Berapa ramai yang berjuang merdeka tapi tidak ada pun ketika saat merdeka diistiharkan?


Tengku Mahmood mahyudin pejuang

Gerila force 136. Pembela melayu pattani. Nak diserahkan padanya pattani atas sebab brittish marah siam yang benarkan jepun masuk. Jika mereka menang dalam perang ke 2. Tapi douglas mcarthur serah pattani semula siam. 


Burhanuddin helmi yang berjuang untuk Kemerdekaan di tangkap sebaik malaysia merdeka. Prof dato dr zulkifli Mohamad? 


Lihatlah Tugu kemerdekaan. Sedih...


Sudah merdeka tetapi sejarah masih terjajah...


*Akhir kalam...*


Alhamdulillah. Dua malam berturut di izinkan Allah mengadakan majlis bacaan Yassin dan munajat melalui google meet. Malam sebelumnya, tertuju buat Allahyarham Tun Ahmad Sarji. Malam tadi, pula khas buat Allahyarhamah Norema Doromea isteri kepada sahabat di Rolla dulu, yanb bertemu Allah semalam. Semoga damailah mereka kesana. Ini semua pesanan untuk kita yang masih hidup. 


“Justeru, kebahagiaan hidup seorang Mukmin itu banyak bergantung kepada amal kebajikan yang dilakukannya. Kehidupan yang disinari cahaya, di situlah terkumpulnya segala kebaikan yang menyebabkan hatinya akan segera menghindari segala ajakan yang menjurus kepada perkara jahat dan mungkar.”


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S