WA#164- Rencana

 *NAK PILIH SIAPA?*

Oleh Faizal Yusup


Pada satu hari di zaman dahulu kala telah berlaku satu mesyuarat agung diantara anggota-anggota tubuh badan. Pada ketika itu mereka cuba memilih siapakah yang sepatutnya jadi boss di antara mereka. 


Tangan berkata dialah yang patut jadi boss kerana dia boleh melakukan pelbagai kerja yang boleh membawa manfaat kepada tubuh badan.


Kaki berkata dialah yang sepatutnya boss kerana dia yang membawa tubuh badan ke sini ke sana.


Mata berkata dialah sepatutnya dia boss diantara mereka kerana tanpanya seluruh tubuh badan itu akan menghadapi masalah untuk ke sana dan ke sini.


Mulut berkata dialah sepatutnya jadi bos kerana dia boleh bersuara dan berkata-kata.


Telinga juga nak jadi bos, Hidung, Otak juga nak jadi bos malah semua bahagian anggota nak jadi boss.


Begitu juga Bontot. Bila Bontot mengatakan hasrat nak jadi bos seluruh anggota gelakkan dia. Mereka semua ketawa berdekah-dekah…


Bontot merajuk. Seminggu dia tidak bekerja. Genap seminggu tak boleh buang air besar, Mata bertukar merah dan berair, nafas jadi tak tentu arah, Jantung berdegup laju, Otak takleh nak fikir, Tangan dan Kaki mengeletar. Seluruh tubuh seram sejuk…


Akhirnya mereka sepakat untuk mengangkat Bontot menjadi ketua. Sebab tulah kalau jadi boss tak payah buat kerja. Kerja semua orang lain yang buat, dia cuma perlu turunkan tandatangan meluluskan sahaja sama macam Bontot… Hawhawhaw…


########################


Dah dah kita serius sikit…


Sebenarnya siapakah bos dalam sekujur tubuh seorang manusia? Anggota yang paling penting? Paling utama?


Jawapannya ialah HATI.


Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal darah, kalau ia baik maka seluruh jasad dan anggota itu akan baik. Ia adalah hati.


Kalau hati kita baik dan bersih maka ilmu dan sifat yang baik akan menetap di dalam hati tersebut. Semakin lama semakin banyak ilmu dan sifat yang baik yang akan masuk beranak pinak di dalamnya. 


Kalau hati itu tenang dan reda, maka takderlah dia sibuk nak merokok, nak pergi shopping, nak minum arak, nak main games atau apapun jugak… Dok rumah PKP pun tenang jer dia…


Kalau hati kita baik dan bersih, maka akal fikiran kita baik dan bersih, maka tuturbicara kita baik dan bersih dan tindakan serta amalan kita baik dan bersih.


Lagipun mereka yang masuk syurga adalah terdiri dari golongan mereka yang punya HATI yang sejahtera… Semuanya soal Hati…


Jom ingat Allah selalu…


FY Al Haj

Minda Akhirat

Hidup kena Cool, HATI kena Mulia…


PS - Siapa agaknya bakal jadi Boss untuk Malaysia yer? Harap dia juga ada hati yang tenang lagi bersih…


PSS - FY minta jasa baik anda untuk share catatan ini andai anda merasakan yang ia bermanfaat. Semoga ia juga bawa manfaat kepada orang lain yang dijodohkan dengannya… Thanksss…❤️❤️❤️

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S