WA#166 - Tafsir Surah Ghafir Ayat 40

 MUTIARA DARI AL QURAAN 

SURAH GHAFIR

AYAT 40

Mafhumnya :


BARANGSIAPA MENGERJAKAN KEJAHATAN, MAKA DIA TIDAK DIBALAS MELAINKAN DENGAN YANG SETIMPAL DENGAN PERBUATANNYA DAN BARANGSIAPA MENGERJAKAN AMAL SOLEH DARI LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN SEDANG DIA MUKMIN, MAKA IA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA, MEREKA DIBERI REZEKI DI DALAMNYA TANPA HISAB. 


****************************


ALLAH telah menciptakan jin dan manusia. Tujuan diciptakan kedua makhluk ini ialah untuk beribadah kepadaNya. Allah telah datangkan Rasul dari kalangan manusia yang dipilih oleh Allah untuk membawa Agama Allah  sebagai aturcara hidup di dunia ini. Rasul dari kalangan manusia ini ditugaskan untuk memimpin umat manusia dan jin. Dua kelompok makhluk ini sahaja yang Allah telah tetapkan ada hukum hakam ke atas mereka. Jika berbuat baik, iaitu amalan soleh akan di balas dengan Syurga dan jika berbuat maksiat maka akan di balas dengan Neraka. Syurga adalah tempat menerima balasan jenis nikmat manakala Neraka pula ialah tempat menerima balasan azab. Syurga dan Neraka adalah dua tempat yang kelak akan menjadi tempat kediaman yang kekal abadi bagi manusia dan jin setelah hidup semula selepas mati. 


Setelah kita mati kita akan dibangkitkan semula untuk hidup kembali dan tidak akan mati lagi, bahkan akan hidup selamanya. Hidup di dalam Syurga dengan penuh nikmat atau di dalam Neraka dengan penuh azab. Yang menentukan tempat kediaman yang bakal kita sebagai manusia dan jin untuk tinggal di negeri Akhirat kelak ialah amalan sewaktu hidup di dunia ini. Samaada kita hidup dengan melakukan amal ibadah atau berkekalan di dalam melakukan maksiat. Hidup di dunia ini ialah untuk mencari bekalan untuk hidup di Akhirat kelak. 


Allah jadikan agama di sisiNya untuk di jadikan cara hidup untuk di ikuti ialah Islam. Agama atau cara hidup yang dianuti dan diamal selain dari Islam tidak akan diterima oleh Allah. Allah yang menciptakan seluruh alam ini dan yang patut disembah hanyalah dia. Tidak ada Tuhan yang lain selain Dia. Cuma yang di katakan tuhan yang lain itu hanyalah rekaan manusia semata-mata lalu jadi ikutan dari zaman ke zaman. Mereka disesatkan oleh manusia yang telah menyelewengkan akidah dan kepercayaan sebenar sehingga menjadi ikutan pula. Padahal pada asalnya agama ialah satu sejak dari manusia pertama iaitu Nabi Adam AS. Allah yang satu, agama yang satu. 


Oleh itu Allah telah tetapkan bahawa manusia dan jin boleh buat pilihan kerana Allah telah berikan kepada dua makhluk ini akal. Dengan akal, seseorang boleh memilih untuk beriman kepada Allah atau untuk kufur. Untuk mematuhi perintah atau melanggar perintah. Jika beriman dan beramal soleh akan kembali ke Syurga dan jika kufur dan kekal di dalam maksiat akan kembali ke Neraka. 


Tidak ada paksaan di dalam memilih agama. Allah bagi akal untuk tahu yang mana benar dan yang mana salah.  Orang yang sebenar-benar berakal akan memilih dan mengikuti yang benar. Semoga Allah kekalkan kita di atas Iman.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S