WA#169 Rencana
MUTIARA DARI AL QURAAN
SEJARAH PEMBINAAN KAABAH
Apabila Allah mengutuskan Nabi Allah Adam AS kedunia setelah dikeluarkan dari syurga, diturunkan bersama Baginda Adam AS ' RumahNya ' ( Baitullah ) serta memerintahkan Baginda mendirikan Kaabah yaitu Baitullah ( Rumah Allah ). Kemudian firmanNya kepada Adam AS, " Wahai Adam aku menurunkaan bersamamu ' RumahKu ', maka lakukanlah tawaf disekelilingnya sebagaimana tawaf yang dilakukan di sekeliling 'Arasyku ! Serta sembahlah Aku dengan menghadap ke arahnya sebagaimana yang dilakukan ke arah 'ArasyKu ".
Kemudian apabila banjir besar menenggelami seluruh pelusuk dunia di zaman Nabi Allah Nuh AS, Baitullah telah diangkat oleh Allah SWT.
Kemudian datang para Nabi seterusnya melakukan tawaf di tempat itu walaupun Baitullah sudah tidak ada di situ. Sehingga datang Nabi Allah Ibrahim AS maka Allah SWT mewahyukan kepada Baginda supaya membina semula Kaabah di tempat tersebut. Sebagaimana firman Allah pada Ayat 125 Surah Al Baqarah artinya, " Dan Kami jadikan Rumah ( Baitullah ) itu tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman, dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim ( tempat Nabi Ibrahim AS berdiri ketika membina Kaabah ) sebagai tempat solat. Dan Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail , " Bersihkanlah RumahKu untuk orang-orang yang tawaf, yang 'itikaf yang ruku' dan yang sujud ".
Pada tahun Nabi Muhammad SAW dilahirkan, datang seorang Raja dengan tentera begajah untuk merobohkan Kaabah, tetapi Allah datangkan tenteraNya yang kecil, iaitu sekawan burung Ababil dengan membawa batu-batu dari bara api neraka lalu digugurkan ke atas tentera bergajah itu. Mereka semuanya binasa hangus terbakar, tembus badan mereka seperti daun kayu yang dimakan oleh ulat.
Allah telah memelihara Kaabah sebagai Rumah Allah, tempat yang menjadi Qiblat bagi seluruh Umat Islam sehingga ke hari ini.
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA DENGAN REZEKI UNTUK MELAKUKAN TAWAF DI SEKELILING KAABAH DAN SOLAT BERHADAPAN DENGANNYA WALAUPUN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP KITA DAN JIKA ADA REZEKI YANG BERLEBIHAN DAPAT MELAKUKANNYA SABAN MASA. ALLAHUMMA AAMIIN.
Comments
Post a Comment