PkpYr2.Day171
[PkpYr2.Day171]
Selamat H a ri M a l a y s i a.
#KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' AL-RASYIDIN: TGHAA. DARI KULIT KE KULIT.
#PRAKATA DARI TGHA
(Part 1)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT HARI MALAYSIA makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanak saudara dan sahabat sahabiah serta jua rakan taulan semua..
Banyak kisah suka duka selepas merdeka nya Tanah Melayu, demi keharmonian bangsa berasaskan pada satu agama, Tanah Melayu di gubah menjadi Malaysia. Biarpun ada yang berkata, Melayu pun pendatang sama. Tapi yakinlah wahai Melayu, selagi agama dijaga, disitulah bangsa akan kekal. Semoga benarlah MELAYU TAK AKAN HILANG DIDUNIA kerana asas Melayu adalah beragama.
Benarlah kata Sayyidina Ali rahimahullah bahwa: “Agama itu asas, pemerintah adalah penjaga, sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh, sesuatu yang tiada penjaga akan hilang.”
Untuk pagi di hari Malaysia, kekalkan jadi hari ilmu, jom kita sambung baca buku
KHALIFAH ABU BAKAR RA :FIQH SIASAH KHULAFA' AL RASYIDIN dari kulit ke kulit... Barakallahufikum.
#PRAKATA dari penulis: AlFaqir ila Allah: AHA, Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman. Part 1
“Dengan penuh tawadhu’ dan beban amanah ilmu yang dipikul, maka saya tunaikan permintaan agar disambung penulisan saya bertajuk, Fiqah al Harakah daripada Sirah Nabawiyyah, dengan pembentangan Fiqh Siasah daripada Sejarah Para Khulafa’ a-Rasyidin.
Peminpin yang dilahirkan dalam kalangan generasi awal daripada Madrasah Rasullah SAW yg mengajar bahawa peranan manusia yang memaklumkan dunia ini, hendaklah bermula dgn pembangunan insan mengikut acuan Allah pencipta alam, Inilah rahsia kejayaan Islam, walaupun penganut nya mengalami kelemahan pada zaman mutakhir, kerana mereka meninggalkan ajaran Islam yang sempurna, dengan perlaksanaannya yang tidak sempurna.
Sesungguhnya suatu perkara yang sangat hebat apabila generasi awal yang lahir di tengah padang pasir Semenanjung Tanah Arab yang kering kontang dan jauh dari negeri bertamadun serta penganut agama samawi yang masih ada, berjaya memikul tugas yang besar ini, apabila tamadun Islam tetap menjadi rujukan Tamadun Barat yang dibanggakan hari ini.
Keadaan ini berbeza dengan kegagalan agama dan juga ideologi idealogi lain yang telah melahirkan krisis alam masa kini. Apa yang berlaku sebenarnya bukan sahaja krisis ekonomi sebagimana yang dihebohkan, bahkan ternyata krisis dalam segala aspek roh dan jasad individu, keluarga dan masyarakat.
Begitu juga krisis politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara yang menganut ideologi Komunisme bersama semua mazhabnya. Kini lebih nyata pula tanda tanda bermulanya saat keruntuhan kuasa besar Liberal Kapitalisme dan negara yang menjadi penganutnya. Sebelum ini telah berlaku kekosongan gereja dan rumah rumah ibadat, sadangkan masjid kembali makmur.
Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dapat bertahan selepas kewafatan Baginda selama empat belas abad lamanya. Bermula dengan negeri pertama di Kota Madinah, berakhir dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada abad yang lalu.
Adapun kekuasaan yang tertegak kemudiannya mengganitikan kekuasaan Islam, telah menunjukkan kerapuhan sebelum mencapai tempoh usia satu abad.
Sebenarnya islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW, bahkan al Quran yang menjadi petunjuk buat manusia tetap terpelihara dengan jaminan Allah SWT yang benar. Ia bukanlah terpelihara semata mata melalui tulisan dan hafazan, bahkan sebenarnya melalui mukjizat ilmu.
Pendukungnya tetap ada, sama ada wujud dengan negara yang berdaulat atau negeri islam itu dihilangkan, namun cahaya Islam tidak boleh dipadamkan dan pendukungnya sama sekali tidak dapat dikalahkan. Dengan perkataan lain, Islam tidak hilang di dunia sehingga akhirat.
Gejala murtad berlaku ketika dan selepas wafatnya Nabi SAW, pada masa yang sama, bla tentera kuasa besar Timur dan Barat yang mengepung Islam dari segenap penjuru, gagal menjatuhkan kerajaan Islam serta menghapuskan agama ini, walaupun Rasulullah SAW telah wafat.
Para Khulafa’ al-Rasyidin RA dan generasi awal sangat besar jasanya lagi hebat. Kerana mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW, mewajibkan kita mengambil teladan daripada mereka. Pada zaman keemasan pada khulafa’, Islam telah berkembang ke segenap penjuru dunia, mengislam kan manusia, ilmu dan tamadun tanpa sebarang paksaan.
Mereka bertapak atas dasar islam yang kukuh dengan istiqamah dan mengolah kebijaksanaan manusia daripada pelbagai bangsa, agama, budaya, masa tempat dan situasi serta menolak unsur yang sesat dan buruk tanpa paksaan.
Selain itu, mereka juga berjaya memimpin manusia kearah meneroka dunia sehingga akhirat, bukan menjajah negara. Hal itu kerana mereka berpaksikan tauhid secara aqidah yang benar, syariat yang adil dan akhlak yang mulia. Ini menjadikan manusia benar benar mengecapi erti merdeka daripada segala belenggu kehidupan dari sudut roh dan jasad, individu dan masyarakat, politik dan ekonomi.
Peranan pada Khulafa’ al-Rasyidin RA yang dikelilingi oleh para sahabat yang masih hidup, menjadikan zaman itu masih murni, sehingga tetap menjadi warisan utuh daripada Rasulullah SAW”
JUMPA ESOK ...PRAKATA (Part 2)
<Akhir kalam...>
Sempena hari Malaysia, sama sama kita korek semula satu peribahasa melayu: "Membaca itu Jambatan Ilmu."
Teringat kata kata imam Al Ghazali Rahimahullah ta'ala dalam ihya' Ulumuddin (saya terbaca), bab awal berkaitan ilmu: "Ilmu itu adalah satu pengetahuan untuk dekat kan diri hamba kepada Tuhan."
Selari dengan ayat Al Quran surah Al Fatir: 28
نَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba hamba Nya, hanyalah ulama(orang berilmu)."
Selamat hari Malaysia..
selamat membaca..
menambah Ilmu..
Wallahu’alam
Wassalam.
Ikhlas dari,
#ncs@SeriMinang.
Era tersebut melahirkan kepimpinan Ulul Amri terdiri daripada pada khulafa’, umara’ dan ulama’ yang hebat dalam melaksanakan kesyumulan Islam, melaksanakan nas yang terpelihara daripada al-Quran dan al-Sunnah serta Ijtihad dalam perkara yang tiada nas.
Begitu juga melalui perlaksaan syura yang melibatkan hak rakyat mengikut batas-batas yang tidak ditembusi kelemahan manusia sebagaimana yang berlaku dalam teori kenegaraan ciptaan manusia semata-mata.
Perkara itu membezakan Islam dengan negara teokrasi yang dikuasai oleh para paderi dan sami, negara diktator secara individu atau kumpulan dan demokkrasi sekular Barat yang liberal tanpa batas fitrah dan akal.
Abdullah bin Mas’ud RA menegaskan:
“Sesiapa yang inginkan pengajaran, maka ambillah daripada orang yang sudah meninggal dunia, kerana mereka telah mengakhiri kehidupan. Maka sesungguhnya orang yang masih hidup belum lagi dapat ditentukan kejayaannya dalam menghadapi ujian hidup”
-Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir, jld. 9,ms. 125 dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awlaya”,jld. 1., ms. 136
Para Khulafa’ al-Rasyidin, telah membuktikan kejayaan mereka beristiqamah di zaman paling mencabar sehingga akhir hayat mereka, ditambah dengan pesanan Rasulullah SAW:
“Kamu hendaklah berpegang dengan ajaranku dan para Khulafa’ al-Rasyidin selepasku, berpeganglah dengan seteguh-teguhnya”
Riwayat al-Tirmidhi 2676, Abu Dawud 4607,
Ibn Majah 44 dan lain-lain
Dan sabda Rasulullah SAW:: “Sebaik baik abad ialah abadku (zaman salaf)” Riwayat al-Bukhari 2652 dan Muslim 2533
Sebenarnya pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan Barat dengan gerakan pembaharuan daripada demokrasi purba, lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab-kitab fiqh Islam dan pemcampuran hubungan ilmuwan, perdagangan, peperangan dan penjajahan.
Malangnya apa yang berlaku pemgambilan dengan cara tidak sempurna dan tidak amanah. Apabila mereka membuang aspek aqidah dan rohani daripada fiqh urusan duniawi kerana fahaman secular yang dianuti oleh mereka.
Mudah mudahan sumbangan penulisan yang kecil ini menyuburkan kebangkitan semula Islam, mencetuskan kesedaran yang berfaedah dan menghilangkan kekeliruan terhadap Islam. Dengan harapan tulisan ini menjadi amal soleh kepada penulis dan para pembaca, serta dikurniakan fadilat kepada kedua-dua ibu pada dan para guru yang berjasa mendidik diri penulis.
•Al-Faqir ila Allah: AHA, Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman.
JUMPA ESOK ... MUQADDIMAH.
<Akhir kalam...>
Sempena hari Malaysia, sama sama kita korek semula satu peribahasa melayu: "Membaca itu Jambatan Ilmu."
Teringat kata kata imam Al Ghazali Rahimahullah ta'ala dalam ihya' Ulumuddin (saya terbaca), bab awal berkaitan ilmu: "Ilmu itu adalah satu pengetahuan untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhan."
Selari dengan ayat Al Quran surah Al Fatir: 28
نَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama(orang berilmu)."
Selamat hari Malaysia selamat membaca menambah Ilmu.
Wallahu’alam
Wassalam.
Ikhlas dari,
#ncs@SeriMinang.
#16.2021
Comments
Post a Comment