PkpYr2.Day173
*[PkpYr2.Day173]*
#Antara DAEI DAN MAD’U
#DARI KULIT KE KULIT
#KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
# MUQADDIMAH (Part 1)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang dirahmati lagi di kasihi Allah swt, Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabatsahabiah serta rakan taulan semua, seawal pagi yang sebegini sama2lah kita membuka laluan fikrah menjauhkan diri dari lalai dan lupa pada Allah, malah melurus kan fikiran dan hati utk terus menerus mematuhi perintah Nya dan menjauhi larangan Nya, sehinggalah tenang batin dan tenteram jiwa menjadi sakinah. Aaaminn.
Alhamdulillah. Hari Jumaat berlalu pergi tinggalkan kita bertemu pula sabtu untuk dijadikan sebuah hari penuh ilmu. Ramai rasa diri mereka seorang da'ie, “Aku seorang pendakwah, Aku penyebar tarbiyyah” tapi berapa ramai rasa dirinya seorang Mad'u. Mad'u? "Orang yang terima tarbiyyah, orang yang terima dakwah”. Maka atas sebab itu, saya meneruskan bacaan buku khalifah Abu Bakar ra tulisan TGHA, dan sharekan disini. Moga saya belajar dan pada masa yang sama juga menjadi penyebar.
*MUQADDIMAH*
Part 1
Para sahabat RA menerima berita kewafatan Rasulullah SAW dengan penuh rasa sedih dan pilu yang amat, kerana kecintaan mereka kepada Baginda SAW melebihi kecintaan kepada diri sendiri, ibu bapa dan keluarga yang tersayang. Itulah kemanisan iman yang dikecapi oleh mereka, kerana kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada iman yang sangat penting.
Generasi sahabat RA membuktikan mereka ketika bersama Rasulullah SAW pada waktu susah dan senang, keadaan aman dan perang, sehingga mereka mementingkan keselamatan diri Rasulullah SAW melebihi daripada segala kepentingan diri mereka sendiri.
Kewafaran Bagiinda SAW diterima dengan pelbagai perlaku yg menggambarkan kesedihan mereka. Seluruh keluarga Baginda yakni Ahlul Bait, Ummahat al-Mukminin (para istseri Baginda SAW), anak menantu, bapa dan ibu saudara serta keluarga yang terdekat menghadapinya dalam keadaan yang sangat sedih.
Manakala dalam kalangan para sahabat terdapat mereka yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa, kerana masih kebingungan dan kesedihan. Golongan munafiq pula mengambil kesempatan dgn berperanan menjadi gunting dalam lipatan, bahkan ada yang terus murtad daripada agama.
Fitnah murtad itu berlaku apabila terdapat mereka yang menjadi pengikut kepada pembohong
pembohong besar yang mengaku sebagai nabi. Tindakan itu sekaligus manafikan perisytiharan Allah SWT bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman, penutup segala kerasutan dan kenabian, bahawa tiada lagi nabi dan rasul selepasnya.
Selain itu, ada dalam kalangan meraka yang murtad mengambil kesempatan dengan menafikan perintah kewajipan menunaikan zakat terhadap negara dan masyarakat. Mereka membatal kan zakat sebagai sebahagian dari rukun agama Islam.
Saidina Umar bin al-Khattab RA pula menghunus pedang lalu tegas mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak wafat, hanya pengsan laksana Nabi Musa AS ketika mengadap Allah SWT. Sehingga Umar RA mencabar untuk bertindak terhadap sesiapa yang menyatakan Rasulullah SAW telah wafat.
Maka dalam situasi sedemikian, setelah menziarahi Rasulullah SAW di rumah Ummul Mukmin’ Aisyah RA, Abu Bakar RA menunjukkan kehebatannya bila keluar ke masjid, terus menyampai kan ucapannya yang terkenal tanpa memperdulikan tindakan Umar RA.
Setelah memuji Allah SWT dengan pujian yang layak bagi Nya, Abu Bakar RA menyampaikan ucapan berikut:
“Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, sebenarnya Muhmmad teah mati, dan sesiapa yang menyambah Allah, ketahuilah sebenarnya Allah itu Maha Hidup selama lamanya, tidak sekali kali mati”
Seterunya Abu Bakar RA menyatakan firma Allah SWT iaitu ayat 144 dalam Surah Ali’Imran:
“Dan tiadalah Muhammad itu melainkan seorang Rasul, telah berlalu sebelumnya rasul-rasul (yang telah mati). Adakah sekiranya dia mati biasa atau terbunuh, lalu kamu berpusing pendirian (berpaling tadah menjadi murtad), sesiapa yang berpusing pendirian, maka dia tidak akan mendatang kan mudarat sedikit pun kepada Allah, dan Allah tetap mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur”. Riwayat al Bukhari 3668
JUMPA ESOK PULA....
<Akhir kalam..>
Nak berdakwah tapi taknak terima dakwah orang lain, sebar tarbiyyah tapi tak nak terima tarbiyyah orang lain, kalau rasa jadi daie sahaja, nak sebar dakwah dan tarbiyyah sahaja, ini satu silap besar. Persoalan akan timbul, dimanakah tawadhuk dalam memperjuangkan agama Allah? Bagus dah berdakwah, cuma, cuba buka hati dan terima dakwah orang lain. Hakikat nya, seorang daie juga seorang mad'u, menjadi mad'u bukanlah penghinaan. Fitrah seorang manusia, selalu berbuat silap, tak pernah suci daripada dosa. Yang demikian, sama2 kita perbaiki diri, InsyaAllah, redha dan JannahNya dapat kita raih. Pilihan adalah pilihan kita.
Waalaikumsalam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari saya,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment