PkpYr2.Day174

 *[PkpYr2.Day175]*

#compose dan balance bersama Islam

#DARI KULIT KE KULIT

#KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA. 

#KRONOLOGI & GAMBARAN FIQH SIASAH KHULAFA’ ALRASYIDIN KHALIFAH ABU BAKAR RA

 

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


salam sejahtera, semoga Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanaksaudara dan sahabat sahabiah rakan taulan semua di rahmati Allah. Ameen


Alhamdulillah. Dalam menelusuri lagi kehidupan, cubalah kita compose dan balancekannya dengan Islam sebaik mungkin. Compose kan diri kita dengan segala ilmu dan amal dalam islam, bila kita dihimpit masaalah. Pada masa yang sama juga, jangan ke dunia sangat, taklah berat seberatnya ke akhirat, biar dua duanya seiring dengan akhirat lebih dari dunia. Inilah antara keagungan syariat Islam ialah sifatnya yang tak memisahkan antara tuntutan material dan kerohanian. Lengkapilah antara hak manusia pada Tuhannya, diri sendiri dan orang lain.


Ada terserempak dengan ayat dibawah tika membaca alquran sambil membaca maksudnya:


‎رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ


“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik balik hati dan pandangan.”


Dalam satu bacaan di Fi Zilal alQuran, yang di terjemah kan satu bertemu satu pesan Sayyid Qutb tentang perlu nya menunaikan hak jiwa untuk berusaha dan mencari rezeki walau pun ketika itu tenggelam dalam keasyikan bermunajat kepada Tuhan dan keharuman tempat beribadah. 

 

Renungkanlah. 


Untuk pagi ini jom kita teruskan bacaan kita dari buku khalifah Abu Bakar Ra, tulisan TGHA. 


KRONOLOGI & GAMBARAN

FIQH SIASAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN KHALIFAH ABU BAKAR RA

 

PERLANTIKAN KHALIFAH PERTAMA ABU BAKAR RA

Penerangan tentang konsep pemerintahan Islam selepas wafatnya Rasulullah SAW. Turut dijelas keperibadian dan ketokohan yang telah melayakkan khalifah Abu Bakar RA menjadi pengganti Baginda SAW dan rumusan daripada perlantikan beliau di Thaqifah Bani Sa’idah.

 

DASAR DAN SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR RA

Memperkenalkan sistem pemerintahan yang diterapkan oleh Abu Bakar RA termasuklah dasar yang menjadi asas pemerintahan beliau. Selain itu, juga dibahaskan isu peruntukan kewangan kepada

khalifah.

 

LANGKAH STARATEGIK PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR RA

Usaha dan focus Khalifah Abu Bakar RA bagi melancarkan perjalanan kepimpinan dan megukuhkan saf umat Islam bagi menghadapi cabaran luaran dan dalaman

 

GERAKAN BERSEPADU MEMERANGI GOLONGAN MURTAD & KESAN KEPADA UMAT ISLAM

Strategi Khalifah Abu Bakar RA dalam memerangi golongan murtad yang berhasrat menyerang Kota Madinah dan menghapuskan Islam. Walaupun strategi yang dilaksanakan ini Berjaya tetapi ia memberikan kesan kepada umat Islam.

 

PEMBUKAAN IRAQ

Sebuah kronologi perjalanan menyebarkan Islam kepada kerajaan Parsi dan strategi menakluk ‘Iraq yang dipimpin oleh Khalifah Abu Bakar RA dna panglima-panglima yang dilantik oleh beliau.

 

PEMBUKAAN SYAM

Penerusan agenda pembukaan Islam oleh Khalifah Abu Bakar AS walaupun terpaksa menghadapi tentera Rom yang besar. Terserlah kepimpinan khalifah dalam memastikan kemenangan Islam walaupun menghadapi cabaran getir dalam menguruskan tentera Islam bagi menghadapi musuh yang besar.

 

KETOKOHAN PARA SAHABAT, FAKTOR KEMENANGAN ISLAM

Kisah ketokohan beberapa orang sahabat besar pada zaman Khalifah Abu Bakar RA yang mempunyai keistimewaan sehingga dikurniakan kemuliaan oleh Allah

 

PERLANTIKAN UMAR SEBAGAI KHALIFAH

Kronologi perlantikan Umar al-Khattab sebagai Khalifah al-Rasyidin kedua. Bagaimana Khalifah Abu Bakar RA sendiri yang mencadangkan pengganti beliau kepada para sahabat ketika beliau semakin uzur.

 

KEWAFATAN ABU BAKAR

Detik penuh hiba ketka menghampiri satt kewafatan Saidina Abu Bakar. Tamatlah riwayat seorang sahabat utama Rasulullah yang mempunyai jasa dan sumbangan yang besar sebagai khalifah pertama yang menggantikan Baginda

 

Akhir kalam


Sebenarnya keistimewaan Islam jelas terbukti melalui pensyariatannya serta dasar dasarnya. Antara dasar sifat Ilahi itu adalah seimbang antara material dan kerohanian, begitu juga dengan meraikan kesusahan sama ada untuk individu atau ummah.


Selamat bertugas..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Tulisan, 

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S