PkpYr2.Day175
*[PkpYr2.Day175]*
#BACA DAN DENGAR ALQURAN, jgn miss dalam sehari.
#DARI KULIT KE KULIT
#KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW ( Part 1)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
Kehadapan yang di rahmati lagi disayangi Allah swt, Mak dayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanaksaudara dan sahabat sahabiah rakan taulan semua, semoga kita dianugerahkanlah taufiq dan hidayah, kekuatan dalam memelihara kehendak2 agama, selalu memelihara hak keistimewaan umat, menegakkan undang2 dan juga berpegang kepada keindahan Islam.
Aminnn ..
Setiap hari di radio IkIM sekarang lebih kurang 30 minit akan berkumandang bacaan yassin. Pada yang terjaga awal, kalau tak nak baca pun, dengar lah ianya jadikan halwa telinga, moga akan ada keberkatan dariNya seawal pagi untuk kita.
Teringat satu hadis daripada Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya tiap tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al Quran yang mulia.”
...kerana itu, walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca dan mendengar al Quran. Kurang2 pun pagi bersama Yassin, selepas solat magrib bersama Assajadah, malam sebelum tidur bersama AlMulk.
Bukan saja yang membaca al Quran, yang mendengar bacaan al Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
“Dan apabila al Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Untuk pagi ini, kita sambung bacaan buku fiqh siasah khulafa’ al rasyidin : khalifah Abu Bakar ra. Tulisan TGHA.
Khalifah Abu Bakar Ra
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW. Part 1
Selain daripada kewajipan beribadat, manusia dicipta kan oleh Allah SWT dengan tujuan menjadi khalifah di bumi. Perkara ini dinyatakan-Nya kepada para malaikat, Firma Allah:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirma kepada Malaikat: “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.: Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu) dengan berkata: “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu” Tuhan berfirma “Sesungguh nya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
Surah al-Baqarah: 30
Rasulullah SAW menjelaskan makna ayat di atas melalui sabda Baginda;
“Kaum Bani Israel pada zaman dahulu pemimpin siasah (politik) mereka ialah para anbiya’. Setiap nabi wafat digantikan nabi selepasnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun adanya pada khalifah (peminpin di kalangan umatku). Jumlah mereka ramai. Mereka (para sahabat) bertanya “Maka apakah perintahmu kepada kami (yang wajib kami lakukan)” Sabdanya: “Tunaikan yang pertama dilakukan baiah dan yang berikutnya. Berikan hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. (Sebenarnya) Allah akan menyoal mereka (di hari kiamat nanti) daripada apa sahaja kewajipan yang diwajibkan supaya mereka menunaikannya).”
Riwayat al-Bukhari 3455
Khilafah ialah kewajipan menegakkan al-Din dan siasah dunia (mentadbir urusan dunia dengan agama), atau disebut dengan kewajipan berpolitik. Kewajipan ini dilaksanakan oleh para Rasul AS sejak Nabi Adam AS sehingga Rasul akhir zaman Nabi Muhammad SAW
Para anbiya’ berdakwah dan berpolitik, dengan tujuan mengajak manusia kepada Islam yang menyeluruh dan sempurna merangkumi aspek aqidah, syariat, akhlak dan pemerintahan dalam mendaulatkan ajaran Islam.
JUMPA ESOK SAMBUNGANNYA...
<*Akhir kalam..*>
Saya pernah di tegur oleh sahabat jalan kaki golf saya kerana memasang bacaan al quran di audio sambungan bluetooth sambil bermain golf dan berborak. Ayat dari alquran diatas tadi dijadikan sebagai dalil.
Rasullah SAW selalu juga meminta sahabat membaca al-Quran dan Baginda pula mendengar bacaan itu. Ibnu Mas’ud menceritakan, nabi SAW pernah memintanya membaca Quran. “Baca kan untuk saya wahai Ibnu Mas’ud.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Bagaimana mungkin saya membacanya untuk mu sedangkan Quran diturunkan kepada tuan?” Nabi SAW: “Saya suka mendengar orang lain membaca al-Quran.” Ibnu Mas’ud kemudian baca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud,
“Maka bagaimanakah bila Kami datangkan daripada tiap tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?”
Baginda berkata dengan air mata berlinangan: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah besarnya ganjaran bagi yang membaca dan mendengar al Quran. Apatah lagi sekiranya al-Quran itu difahami dengan mendalam isi kandungannya.
Sama sama lah kita martabatkan alquran.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Secebis dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment