PkpYr2.Day177
*[PkpYr2.Day177]*
#KERANA MAKSIAT HILANG MANIS IBADAH
#DARI KULIT KE KULIT
#KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW ( Part 2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam buat Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak sauudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua..
Alhamdulillah. Semalam seawal pagi, seusai tugas wajib, tunaikan hak diri atas Rabbul Jalil, diikuti riadhah di lapangan IGCC. Petangnya bertugas di pejabat, mujurlah sentiasa diberi peluang masa untuk beribadah berjemaah dimana mana. Namun, apa yang menggusarkan bila ibadah solat terasa kosong.
Pernah tak rasa, bila solat, kosong je hati. Hati rasa jauh, diri rasa jauh. Jauh dari Allah. Sebut nama Allah banyak kali, rasa ‘ tak sampai’. Zikir zikir, still, kosong. Sujud pun hilang nikmat. Saat kening bertemu sejadah, macam angin lalu je. Bacaan solat, dah puas dihayati tapi entah magic apa tak tahu, tiba tiba imam dah bagi salam, sudah habis dah solatnya. Khusyuk dah tak ada. jauh. kosong. kering. jauh!
Kemanisan yang dah hilang. Kemanisan di dalam ibadah. Satu masa dulu, pernah ada, nikmat sangat. Tapi sekarang dah hilang. Allahuakbar!
Cuba kita fikir, kenapa agak nya mungkin, sebab tengah tidak ada masalah, maklum lah kita ni bila bermasalah, barulah hendak dekat kan diri dengan Allah. Ke Bosan? Ke Malas?
Kata ulamak, mula hilangnya kemanisan dalam beribadah sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit sikit tempat tempat dalam hati di ambil.
Solat memang rajin, tidak tinggal, baca quran, solat sunat, kadang bangun qiam. Tetapi, pada masa yang sama bermaksiat. Tahulah diri kita sendiri.
Selain dari nafsu kita sendiri, hati hati dengan bisikan yang kita dengar bukan ditelinga tapi di hati, bisikan syaitan ni pandai, ianya tak terus suruh manusia tinggal ibadah. Di introducenya dulu maksiat dan bila maksiat dah bertempat dihati, sikit2 menghakis ibadah dari rutin hidup; akhir sekali, cukup pakej, maksiat dan kufur. Dua duanya nak kena elak: maksiat: buat apa yang Allah larang, juga kufur: tinggalkan perkara yang Allah suruh.
Pada masa yang sama, awal pagi ini, kita sambung baca buku...
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW ( Part 2)
Para Rasul AS bukan sahaja berdakwah menyeru manusia kepada agama Allah SWT, mereka juga menyeru kerajaan kerajaan, raja raja dan golongan al mala’ (para pemimpin) pada zaman masing2 supaya menganut Islam dan juga mentadbir negara dengan nya. Sehingga para Rasul itu sendiri khalifah atau raja, kerana kebiasaan mereka yang zalim tidak menerima seruan para Rasul.
Rasulullah SAW telah melaksanakan kewajipan berpolitik secara amali, apabila menolak tawaran menjadi raja dan pemimpin yang ditawarkan pemimpin jahilliah Makkah, Baginda SAW menolak tawaran itu kerana pada musyirikin terlebih dahlu menolak tawaran Islam menjadi agama yang memerintah.
Sebaliknya Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad hadapi segala kepayahan. Pada masa yang sama, Baginda Saw turut juga mengorban kan harta dan jiwa raga sehingga berhijrah ke Madinah bagi menunai kan kewajipan mendiri kan sebuah negara.
Setelah penduduk Madinah menerima Islam dengan pengertian yang sempurna, Baginda SAW tetap meneruskan kewajipan berjihad yang telah mencabar. Tugas berjihad berterusan walau Rasulullah SAW telah wafat. Inilah yang dilangsungkan oleh para Khulafa’ alRasyidin RA.
Perjuangan menegakkan sebuah pemerintahan Islam, akan menghadapi beberapa peringkat cabaran sebagai mana Rasulullah SAW tegas kan dalam sebuah hadis:
“Kenabian (nubuwwah) itu ditegaskan atas kehendak Allah SWT. Kemudian Allah mengangkatnya apabila DIa kehendaki kemudian diikuti pemerintahan khalifah yang mengikut jejak kenabian atas kehendak Allah SWT. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak Nya. Kemudian ada kekuasaannya menggigit (raja yang zalim) atas kehendak Allah SWT. Kemudian ada kekuasaan diktator (raja yang ganas) atas kehendak-Nya. Kemudian akhirnya kembali semula khalifah atas manhaj (jalan) kenabian.” Riwayat Ahmad 18406, al-Toyalisi 439 Dan al-Bazzar 2796
Pada zaman berikutnya, tertegak pula pemerintahan sistem beraja yang masih dengan Islam walaupun kadang kadang berlakunya kezaliman. Akhirnya umat Islam kehilangan negara setelah mereka dijajah oleh penjajah asing.
Bertemu esok pula...
<Akhir kalam..>
Solat sepatutnya mencegah kita dari kemungkaran. Kita pernah tak rasa pelik, kenapa lah kita ini banyak juga lagi berbuat dosa. Padahal dari kecik solat tak pernah tinggal.
Termenung, macam mana solat tu nak memelihara, nak mencegah kemungkaran, kalau ‘manis’ nya solat tak ada? khusyuk dah tak ada, sujud pun dah tak begitu sujud, badan sujud, tapi hati tak betul2 sujud tunduk pada semua pengaturan Allah. Tanya diri sendiri, agak agaknya la macam mana kemanisan ibadah nak rasa, kalau kemanisan maksiat tidak hilang hilang? Muslim yang tenggelam dalam asyiknya beribadah, tak akan mahu pandang sebelah mata pun pada kemanisan palsu maksiat.
Muslim itu yang kita perlu jadi. Payah tapi possible. Kena cuba...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Cetusan rasa dan sharing by,
<ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment