PkpYr2.Day178
*[PkpYr2.Day178]*
#Kita Dirindui Nabi saw
#DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW ( Part 3)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam buat Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak sauudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua..
Semalam Rabu, kebetulan kita berada di bulan Safar dan bulan purnama pada malam tadi, menyaksikan kita sudah melepasi 15 Safar. Tak lama lagi akan masuk bulan Maulid bulan Rabiul Awal. Teringat lah kisah, Rabu terakhir 29 Safar, dimana saat geringnya Sang Nabi akhir zaman ini selama dua belas hari berturut turut sebelum dijemput Allah swt pada 12 Rabiul Awal sama tarikh Baginda di hadirkan Allah ke muka bumi menjadi pembawa pada segala kemuliaan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam kedambaan untuk bertemu dengan insan Mulia ini. Bagaimana? Teruskan selawat atas baginda serta ahli ahli nya dan ikutilah sunnah yang mutawatir sebaik dan semampu mungkin, in shaa Allah, ada juga rindu Muhamammad saw pada kita.
Dalam satu hadis, satu ketika, Nabi SAW berkumpul bersama sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar assidiq., “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu ingin bertemu dengan saudara saudaraku.” Suasana hening sejenak. “Apakah maksud mu, ya Rasulullah? Bukan kah kami saudaramu?”tanya Abu Bakar. “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat sahabatku tapi bukan saudara saudara ku.” jawab Rasulullah “Kami juga saudaramu, Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain. Nabi menggeleng gelengkan kepala, sambil tersenyum Nabi bersabda:
“Saudara saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku, mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.”
Dari Hadis Muslim..
Allahuakbar..
Jom sama sama sambung bacaan buku Khalifah Abu Bakar ra, semoga ianya terus menyentap rasa rindu kasih kita pada Nabi saw dan para sahabat baginda.
#KEWAJIPAN MENEGAK KAN KHILAFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW ( Part 3)
Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanah jajahan, namum umat Islam terus dimamah oleh kezaliman sistem penjajahan. Umat Islam berada di bawah belanggu penjajahan pemikiran. Walaupun begitu, masa depan untuk Islam yang adil untuk semua akan kembali semula memerintah masih cerah.
Sekularisme ialah fahaman sesat yang memisahkan politik daripada agama Islam merupakan penjajahan ajaran salah yang diwarisi semenjak zaman penjajahan bukan Islam. Apabila Khilafah Uthmaniyyah mengalami kejatuhan, mereka menakluk dan memerintah tanah air umat Islam.
Sebenarnya bukan sahaja akan dihisab dalam perkara amat ibadat, bahkan turut dihisab dalam soal memilih dan mengikut pemimpin kerana perkara tersebut termasuk dalam persoalan benar dan sesat, pahala dan dosa.
Pemimpin adalah pemegang amanah yang berperanan melaksanakan syariat Allah SWT dalam urusan pemerintahan negara.
Firma Allah:
“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkan baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.” (66); Dan mereka berkata lagi; “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar, (67); “ Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya (68).”
Surah al-Ahzab: 66-48
Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia juga akan dihumbankan ke dalam neraka akibat kesilapan politik apabila mereka mengikut jalan yang terpesong daripada petunjuk Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Manusia dimasukkan ke dalam nereka bukan hanya disebabkan oleh dosa syirik, meninggalkan yang wajib dalam urusan ibadat, mengerjakan yang haram dalam perkara akhlak, makanan dan pakaian.
Rasulullah SAW menyebutkan dalam sebuah hadis:
“Abu Hurairah RA menceritakan: “Sedang Rasulullah SAW bercakap kepada orang ramai, tiba-tiba datang seorang Badwi terus bertanya: “bilakan berlakunya kiamat” Rasulullah SAW meneruskan perbualannya tanpa mempedulikan orang Badwi itu. Ada di kalangan kami berfikir, Rasulullah SAW tidak senang dengan caranya menyoal. Ada juga yang berfikir Rasulullah SAW tidak mendengar pertanyaannya. Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya; “Mana dia orang yang bertanya” Orang Badwi itu menjawab:’ “Ini dia, Saya.” Sabda Rasulullah SAW. “Apabila dihilangkan amanah.: Orang Badwi itu bertanya: “Bagaimanakah hilangnya amanah itu “Jawab Rasulullah SAW: “Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang bukan ahlinya.”
Riwayat al-Bukhari 59
Amirul Mukminin Umar RA menegaskan:
“Seiapa yang melantik seseorang pemimpin kerana faktor hubungan kekeluargaan, sedangkan terdapat dalam kalangan mereka individu yang diredhai (layak) di sisi Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul -Nya dan orang yang beriman.”
Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak, jld. 4, ms. 104
Begitu juga betapa besarnya dosa pemimpin yang menipu rakyat, kerana sabda Rasulullah SAW:
“Tiadalah seseorang pemimpin yang mengendalikan urusan rakyat di kalangan kaum muslimin lalu dia mati dalam keadaan menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan dirinya daripada memasuki syurga.”
Riwayat al-Bukhari 7151 dan Muslim 142
Hadis Rasulullah SAW di atas menunjukkan bahawa urusan kepimpinan negeri adalah kewajipan yang besar dalam ajaran Islam, Justeru itu, ajaran yang memisahkan agama daripada politik adalah sangat bercanggah dengan ajaran Islam yang sempurna.
[*Akhir kalam..*]
Bayangkan menjadi saudara atau dari manusia yang begitu hebat, kemudian dia membalas salam kita. Ini benar benar suatu kehormatan.
Banyak dari kita dibesarkan sebagai Muslim belajar perjalanan kehidupan) dari Nabi Muhammad. Dan banyak orang yang insaf mempelajari jalan hidup Nabi tepat di luar pintu gerbang. Tetapi kita tidak harus berhenti belajar, berpikir kita tahu segala sesuatu yang perlu diketahui tentang Muhammad saw. Teruskan pencarian.
Mengenal Muhammad Saw dan tahu tentang hidupnya, selalu pula berselawat kepadanya, kita akan lebih dekat dengan Nabi dan juga dengan Allah SWT. Semakin banyak kita tahu tentang Muhammad, semakin kita tidak akan tidak mencintai nya, bahkan ingin mengikuti teladannya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
#<Ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment