PkpYr2.Day179
*[PkpYr2.Day179]*
#SUDAH SUDAH LAH JAUH DARINYA
#DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR R.A - FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
•RASULULLAH SAW TIDAK BERWASIAT MENENTUKAN SIAPA PENGGANTINYA ( Part 1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat salam penuh keberkatan buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua..
Alhamdulillah. Barangkali kita semua sudahpun berada di penghujung pendemic covid 19. Dengan pembukaan masjid dan surau kepada kapasiti yang lebih besar serta majlis ilmu juga bakal bermula di rumah Allah semula, semua ini menjadi saksi bahawa muslim itu berhati hati. Moga selamat mengimarahkan rumah Allah semula tapi kali ini biarlah pada tahap yang lebih ikhlas.
Kalau sebelum ini kita tidak pernah peduli pun tentang sejarah pendemic dunia, selepas hidup bersama si covid ni, barulah kita tahu perit rasa nya hidup di masa Black Death atau Spanish Flu pandemic. Well, wonder no more. Tapi jangan lupa ujian itidak berhenti disini, kerana manusia bakal di ingatkan lagi untuk sentiasa ingat padaNya. Maka, bila dah balik pada normal, jangan terus buat buat lupa pada keperitan yang kita semua telah lalui ketika berdepan Covid 19 dengan terus saja langgar segala laranganNya.
INGAT PADA YANG TELAH DI KORBANKAN BAGI KITA TERUS HIDUP. Alfatihah dan doa kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah mendahului kita. Sesungguh nya, Allah lebih menyayangi mereka, dijemput mati dalam syahid wabak, yang tinggal hanya pasrah kehendak Illahi.
Pada masa yang sama teruskan usaha, terapkan jarak fizikal sesama, terus gunakan mask, sama sama terus menerus persulitkan penyebaran si Covid 19.
Sama2 kita menggapai "Herd immunity kekebalan massal” dengan vaksinasi.
Jom teruskan bacaan pagi yang di tulis semula dari buku fiqh siasah khulafa arrasyidin tulisan TGHA.
*RASULULLAH SAW TIDAK BERWASIAT MENENTUKAN SIAPA PENGGANTINYA ( Part 1)*
Ketika Khalifah Umar bin al Khattab RA dalam keadaan tenat akibat kecederaan daripada tikaman, beliau diajukan dengan satu pertanyaan agar menamakan individu yang akan menggantikannya. Saidina Umar RA berkata:
“Sekiranya aku menentukan, maka orang yang lebih baik daripadaku (Abu Bakar) pernah menentukannya, sekiranya aku tinggalkan kepada kamu sendiri yang menentukan, maka orang yang terbaik (Rasulullah SAW) pernah meninggalkan nya (dengan menyerah kepada umat yang memilihnya).” Riwayat al-Bukhari 7219 dan Muslim 1823
Ada riwayat menyebutkan ketika berlakunya peristiwa Perang al Jamal, apabila berlakunya penderhakaan terhadap Amirul Mukminin Ali KWH telah berucap:
“Wahai semua yang hadiri Bahawa Rasulullah SAW tidaklah menentukan kepada kami jawatan menjadi ketua negara, sehingga kami berpendapat bahawa Abu Bakar yang dilantik, lalu dia menjalankan tugasnya dan berlaku istiqamah (betul) ketika meneruskan tugasnya. Kemudian Abu Bakar menentukan Umar dengan persetujuan orang ramai, dia melaksanakan tugasnya dan beristiqamah, sehingga meletakkan agama ke tempat paling hadapan.”
Riwayat Ahmad 921
Kedua dua nas di atas merupakan dalil sahih yang menunjukkan Rasulullah SAW tidak pernah mewasiat kan individu khusus yang dicalonkan menjadi Khalifah selepas kewafatannya.
*Akhir kalam...*
Teruskan jadikan hari hari setiap hari adalah hari ilmu. Dengan pendemic makin di batasi, jangan kita hidup dalam selesa tanpa mencari ilmu.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita di dunia dan di akhirat serta dijauhkan segala penyakit, sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan damai. Jadilah kita umat yang sedar. Apa yang telahpun menimpa, hakikat nya, kita kena sedar, kembali kepada Allah.
أَوَلَا يَرَوۡنَ أَنَّهُمۡ يُفۡتَنُونَ فِى ڪُلِّ عَامٍ۬ مَّرَّةً أَوۡ مَرَّتَيۡنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمۡ يَذَّڪَّرُونَ
“Dan mereka tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan pelbagai ujian) pada tiap tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (serta insaf)?” [al-Taubah: 126]
Tak tahulah kalau masih ada rasa nak menjauhkan diri dari Nya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Getusan,
#*Ncs@SeriMinang*
#https://youtu.be/Fc5cedQdYlk
Comments
Post a Comment