PkpYr2.Day180

 *[PkpYr2.Day180]*

#TERIMAKASIH ALLAH KERANA BAGI PELUANG BERBAKTI PADA Tahfiz al Huffaz Wal ikhlas, Taman Melati, Sungai Kantan. 

#BACAAN PAGI: DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR RA: FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : Tulisan TGHA. 

#RASULULLAH SAW TIDAK BERWASIAT MENENTUKAN SIAPA PENGGANTINYA ( Part 2) 

 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah YaRahman YaRahim, diawal pagi ini, dengan rasa rendah diri dan pengharapan kepadaMu, sudi lah kiranya Engkau mendengar setiap  permintaan kami, sesungguh nya Engkaulah Tuhan Maha Mendengar.


Ya Allah YaGhaffar ampunlah dosa dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, ipar duai kami, guru guru kami, sahabat sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Dan matikanlan kami dalam keadaan Islam.. Aaaminn. 


Alhamdulillah. Dalam pada keadaan diri yang selalu berlumuran dengan dosa dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja, Allah masih menghadirkan peluang untuk berbuat kebaikan dan apatah lagi semalam adalah hari Jumaat. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. 


Seawal pagi seusai solat berjemaah subuh, walaupun tak sempat bersama jemaah surau al amin membaca al kahfi tapi bacaan 10 ayat pertama dilunaskan secara sendirian, sempat berjalan kaki riadhah golf bersama GM IGCC. Macam macam perkara baik kebaikan kelab dan juga ahli dibincangkan bersama sambil berjalan menghirup udara bersih. Dan saat beradu di terrace, ambil kesempatan belanja rakan makan pagi pula. Moga disimpan untuk kebaikan di sana, kalau tidak ada di sini pun. Lewat senja pula, Allah hadirkan peluang bertemu ustaz Zaidi pengasas Tahfiz al Huffaz Wal ikhlas, yang bertempat di Taman Melati Sg Kantan. Alhamdulillah. Dibuka peluang seluas luasnya oleh Alllah untuk membantu anak anak huffaz ini. In syaa Allah, telah saya semat dihati untuk bantu pusat tahfiz ini. 


“Latarbelakang pusat Tahfiz, bilangan pelajar 10. Ulasan status bangunan disewa RM 2,000.00. Status sejarah penubuhan dari Utz Imran menutup Madrasah Tahfiz di Surau Saujana Impain masa covic 19 dan pelajar terjejas dan perjalanan dihentikan. Atas inisiatif Ustaz Zaidi menyewa bangunan dua tingkat di Taman Melati Sg Kantan. Kos operasi dan  pengurusan ditanggung Utz Zaidi dan derma ikhlas. Beberapa tajaan spt AC, peralatan dan lain lain diperolehi. Dan dalam perjumpaan semalam kami telah bersetuju untuk ustaz Zaidi membentangkan akaun pengurusan, perbelanjaan dan pendapatan untuk tindakan saya. 


Semoga Allah permudahkan segala inisiatif dalam usaha  pembangunan pusat Tahfis ini InsyaAllah


Seawal pagi ini, jom kita sambung bacaan buku fiqh siasah khulafa’ arrasyidin. 


#RASULULLAH SAW TIDAK BERWASIAT MENENTUKAN SIAPA PENGGANTINYA ( Part 2) 


Adapun riwayat yang tersebar di kalangan Mazhad Syiah bahawa terdapat wasiat Baginda SAW yang menentukan Saidina Ali KWH menjadi Khalifah, adalah tidak sahih dari segi riwayat ilmu hadis yang sangat adil.

 

Bahkan beberapa nas lain juga menunjukkan Ali KWH tidak bermaksub melantik dirinya sebagai khalifah. Turut dikuatkan lagi dengan penyertaan dan penglibatan Ali KWH di sepanjang pemerintahan Khalifah yang terdahulu daripadanya. Bersama membantu dalam semua urusan dan mempertahankannya dengan penuh pengorbanan, menjadi Menteri dan hakim, serta mendapat sokongan bersama seluruh Ahlul Bait.

 

Kajian yang dibuat menunjukkan terdapat banyak hadis palsu yang direka reka, setelah berlaku pengolakan pasca zaman Khulafa’ al-Rasyidin.

 

Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului konsep demokrasi Barat, apabila Islam meletakkan urusan politik negara menjadi hak rakyat secara adil dan berakhlak pemerintahan Islam berbeza dengan dua konsep yang berikut:

 

1) Diktator: Pemerintah yang merampas dan menipu hak rakyat.

2) Teokrasi: Pemerintahan yang memberi kuasa mutlak kepada golongan agama dalam Islam

3) Islam: Pemerintahan yang tidak menjadi pusaka warisan keluarga atau bertuhankan akal manusia

 

Sejarah telah membuktikan Islam yang berasaskan aqidah, syariat dan akhlak, menjadikannya lebih baik daripada demokrasi agama.

 

Walaupun amalan demokrasi moden dipengaruhi oleh fiqah politik Islam namun ia telah disekularkan apabila politik dipisahkan daripada agama.

 

Kesannya rakyat pula menjadi mangsa melalui berbagai cara penipuan dan rasuah, Ini akibat tidak beriman kepada balasan hari akhirat dan tidak wujud dalam cara hidup mereka konsep perhitungan soal dosa dan pahala kerana kepercayaan agama tidak wujud dalam kegiatan politik sekular. Maka amanah politik menjadi rebutan untuk mengejar kemewahan dunia.


Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar..


Jumpa esok..


<Akhir kalam..>


Semoga Allah menerima amalan kebaikan kita. Akhir sekali malam tadi, seusai solat isya’ saya belanja pula ahli ahli keluarga saya makan malam char kwee teow. Yang terbaik adalah berbuat baik kepada Ahli ahli kita.


Semoga kita sudahpun memuliakan hari jumaat hari yang dimuliakan Allah. Dan jadikan hari sabtu hari rehat untuk terus meraih ilmu.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Yours Sincerely,

<ncs@SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S