PkpYr2.Day181
*[PkpYr2.Day181]*
#MENUNGGU WAKTU SOLAT DIRUMAHNYA
#BACAAN PAGI: DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR RA: FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di awal pagi ahad ini, penuh pengharapan kepadaMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha Mendengar.
Mohon Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan sauudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua di permudahkan urusan. Dan atas dipermudahkan urusan itu, di tambah juga iman dan taqwa pada Nya.
Alhamdulillah. Pembukaan masjid dan surau seolah olah memberi “nyawa” pada pencinta pencinta rumah Allah. Setelah lama tidak duduk “menunggu waktu” masuknya waktu salat di rumah Nya, semalam antara maghrib dan isya’, saya juga terpilih untuk bersimpuh di ruang utama surau Al Amin sambil membaca beberapa surah menunggu masuknya isya’. Majlis ilmu pun sudah bermula, barangkali malam tadi tiada assatizah yang berkelapangan bertandang ke surau Al Amin. Syukur lah.
Apa apa pun.
Seawal pagi Ahad yang sentiasa ada kerahmatan dariNya ini, jom kita sama sama teruskan bacaan Buku fiqh siasah khulafaq Ar Rasyidin.
#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH
Ketika jenazah Rasulullah SAW sedang dikebumikan oleh keluarga dan beberapa orang sahabat Baginda, diadakan syura di Thaqifah Bani Sa’idah. Syura bagi memilih pengganti yang akan meminpin negeri dan umat selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Sebagaimana ditafsirkan oleh para ulama’, syura itu diadakan dengan segera kerana urusan siasah meminpin negara yang lebih penting daripada urusan mengebumikan jenazah Rasulullah SAW. Walaupun urusan pengebumian juga kewajipan yang sangat besar.
Tugas Rasulullah SAW wajib
diteruskan sekalipun ianya sangat sukar diganti, kerana tiada siapa yang boleh menandingi Baginda sebagai utusan pilihan Allah SWT. Memilih seorang pemimpin bagi menghadapi situasi yang sangat mencabar amat penting demi kelangsungan risalah Islam yang sempurna ke seluruh alam. Tugas yang tidak tamat walau dengan kewafatan Banginda SAW.
Golongan Ahlul Bait melalui al-‘Abbas bin Abdul Muttalib (bapa saudara Kesayangan Rasulullah SAW) ketika keluar melawat Rasulullah SAW sebelum Banginda wafat telah menbisikkan kepada Ali KWH supaya meminta Rasulullah SAW mewasiatkan penggantinya. Sama ada dalam kalangan ahli keluarga atau orang lain.
Namun Baginda SAW telah mewasiatkan sesuatu, Ali KWH memberikan jawapan: “Demi Allah Aku tidak akan melakukannya”
Sikap orang mulia yang tidak mahu meminta jawatan dan tidak menyoal lebih baik dan mulia, nanti diharamkan kepada zuriat Rasulullah SAW selama lamanya. Maka para keluarga sibuk dengan urusan mengendalikan jenazah Rasulullah SAW.
Selepas itu Ali KWH dan Bani Hasyim, serta al-Zubair bin al-‘Awwam dan Tolhah bin ‘Ubaidillah RA berada di rumah Fatimah al-Zahra RA.
Sementara itu, perhimpunan di Thaqifah Bani Sa’idah menjadi tegang, apabila kaum Ansar berpendapat dalam kalangan mereka yang paling layak dipilih menjadi Khalifah (ketua negara pengganti Rasulullah SAW). Ini kerana mereka telah berjihad bersama Rasululllah SAW dengan penuh pengorbanan yang diberikan pujian oleh Allah SWT sebagaimana diwahyukan di dalam al-Quran.
Selain itu, disokong oleh hadis hadis Rasulullah SAW yang memberi sanjungan kepada mereka, lalu mereka mencalonkan Saad bin ‘Ubadah RA.
Manakala dalam kalangan Muhajirin pula berpendapat, mereka yang paling layak menjadi Khalifah, kerana mereka merupakan golongan yang pertama menganut Islam, merupakan golongan yang pertama menganut Islam, berdakwah semenjak daripada permulaan Islam dan menghadapi ujian dahsyat ketika di Makkah.
Tambahan lagi, mereka bersama Rasulullah SAW mengharungi ujian ketika berhijrah dan berjihad. Hujah mereka juga disokong dengan wahyu dan hadis Rasulullah SAW yang menyanjung golongan Muhaijirin dengan pujian yang tinggi.
Keadaan yang tegang itu dapat dikendurkan dan perasaan ‘asobiyyah puak juga dapat dipadamkan, apabila pemimpin utama kedua-dua puak Muhaijrin dan Ansar menemui Abu Bakar RA. Mereka terus menuju ke Thaqifah Bani Sa’idah, di mana berlakunya perdebatan yang hangat, sehingga perangai jahilliah telah melupakan sesetengah pihak kepada akhlak musyawarah dalam Islam.
Pada saat yang penting itulah Abu Bakar RA menunjukkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin Lantas beliau telah menyampaikan khutbah yang menerangkan keadaan. Setelah memuji Allah SWT dengan selayak layaknya, ucap beliau:
“Sesunggunhnya Allah telah melantik dalam kalangan kita Rasul-Nya kepada makhluk-Nya, menjadi saksi terhadap umat-Nya, agar beribadat kepada-Nya sahaja, dan mengesakan-Nya dari segi ketuhanan dalam keadaan mereka menyembah ke hadapan yang lain daripada-Nya dengan mengadap tuhan-tuhan yang banyak daripada batu dan kayu. Maka menjadi suatu perkara yang besar dan sukar kepada bangsa Arab untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka.”
Maka Allah memilih secara khusus kalangan para Muhajirin yang terawal, mereka terdiri daripada kalangan kaum Baginda SAW, yang pertama mempercayainya mempertahankan nya serta bersabar menghadapi kejahatan kaumnya yang membohonginya. Ketika semua orang yang lain menentang dan berpaling tidak mahu mengikutnya, menjadikan mereka tidak mengikutinya, menjadi kan mereka tidak gerun kepada sedikinya jumlah pengikut dan ramainya orang yang benci. Maka kalangan mereka (Muhajirin) menjadi orang yang ulung menyembah Allah sahaja di bumi ini (di Kola itu) dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Merekalah penolong dan keluarganya dan orang-orang yang paling berhak mengendalikan urusan umat selepas kewafatanya (Rasulullah SAW). Tidaklah golongan yang menentangnya melainkan orang yang zalim. Kamulah (wahai kalangan Mujahidin) pembantu dan keluarga Rasulullah SAW dan orang yang layak menjadi pemimpin selepasnya, tidaklah menentangnya melainkan orang yang zalim.
Kamu pula wahai golongan Ansar adalah kalangan yang tidak boleh dinafikan kelebihan dari segi agama dan yang terawal juga menganut Islam. Allah telah mengisytiharkan keredhaan-Nya terhadap kamu, menjadi penolong yang ulung kepada perjuangan menegakkan agama dan menolong Rasulullah SAW. Ramai dalam kalangan isteri Baginda terdiri dalam kalangan kamu, dan ramai dalam kalangan sahabatnya juga terdiri dalam kalangan kamu, tiada yang lebih daripada kamu selepas golongan Muhajirin. Maka sewajarnya pemimpin daripada kalangan kami (para Mujahirin) dan para Jemaah menteri daripada kalangan kamu pula wahai golongan Ansar. Perkara ini tidak diliputkan keputusan mesyuarat dan tiada sesiapa yang dapat mengatasi kamu” Ibn al-‘Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld, 2, ms. 192
Ucapan yang disampaikan oleh Saidini Abu Bakar RA telah menenangkan keadaan dan telah menghilangkan pertelingkahan. Seterusnya Abu Bakar RA mencalonkan Umar RA dan Abu Ubaidah al-Jarrah RA menjadi Khalifah.
.. Kita sambung baca esok pula, apa seterusnya berlaku saat itu, ketika umat islam perlukan pada satu pimpinan baru. Secara personal, saya berpendapat, tidak dapat tidak, kita kena terlibat dalam kancah pemilihan barisan pemerintah demi untuk satu kesinambungan Islam. Maka, buatlah pilihan yang tepat. Tepat tak tepat, lihatlah pada apa yang di perjuangkan.
<Akhir kalam...>
Alangkah bertuahnya mereka mereka yang tergolong dalam golongan yang di doakan malaikat. Luangkanlah masa yang lebih lama di sejadah sementara menunggu masuknya waktu solat, bagi yang sibuk di siang hari, waktu yang sesuai adalah antara maghrib dan isya’.
Dari Abu Hurairah ra, sabda nabi saw: “ Malaikat sentiasa mendoakan seorang daripada saudara yang sekalian selagi beliau masih berada di tempat solatnya, dan masih belum terbatal wuduknya. Malaikat itu berdoa: ya Allah, ampunilah orang ini, kasihanilah dia”. (Bukhari)
Menunggu masuknya waktu solat, selalu mengingatkan saat kita berada di Mekah, saamada untuk umrah atau haji. Kita mampu berbuat demikian disana kerana itulah matlamat kita disana, beribadah dan tambah lagi. Apatah lagi, selang antara waktu solat dirasakan sekejap saja. Bawa baliklah matlamat dan juga “norm” tunggu masuk waktu di rumah Nya ke Tanah Air kerana kita juga yang akan beruntung disini dan di sana.
“Seseorang dari saudara sekalian tetap dikira pahala yang sama seperti orang yang sedang solat, selagi nana beliau duduk di tempat solat dengan tujuan menunggu solat yang lain. Beliau tidak kembali kerumah nya hanya kerana hendak menunggu solat yang selepas itu” (Bukahri dan Muslim)
Indeed, Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Barakallahufikum
Wassalam.
Tulisan, <ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment