PkpYr2.Day182
*[PkpYr2.Day182]*
#AHAD DISYUKURI & PESAN HASSAN ALBANA
#DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR RA FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kehadapan Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara dan sahabat sahabiah serta rakan taulan yang dikasihi Allah,
dengarlah khabar ini tentang Nukilan Imam Hasan al Banna, walaupun hanya sebahagian:
“Dan tiadalah kematian yang kita takut kan itu melainkan suatu perpindahan dari kehidupan sekarang kepada kehidupan yang akan datang. Dan tiadalah jasad ini melainkan sebuah sarang tempat kamu terkurung di dalamnya, sehelai pakaian yang akan kamu tanggalkan bila tiba masanya. Selepas itu kamu akan kembali ke hari pembalasan. Moga2 Allah rahmati hamba Nya yang arif ketika beliau bermadah: Aku adalah seekor burung dan jasad ini adalah sangkarnya, Aku akan terbang meninggalkannya dan sarang ini tinggal menanggung beban, Aku di dalam bentuk rupaku dan jasad ku ini bajuku untuk satu waktu, Aku kini bermunajat kepada Tuhanku, dan aku melihat Nya terang terangan, Jangan kamu sangka mati itu mati, ia tidak lain hanyalah perpindahan dari sini ke sana !”
Moga moga Allah ilhamkan kita semua kematangan dan tunjukkan kita jalan yang benar dan di redhaiNya selama kita masih hidup di sangkar ini...
Seawal pagi ini, jom teruskan sharing buku Fiqh siasah khulafa’ Ar Rasyidin, kali ini PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH (Part 2), ianya dari sambungan dari ucapan Sayyidina Abu Bakar ketika pertelingkahan perlantikan pengganti nabi saw.
Ucapan yang disampaikan oleh Saidini Abu Bakar RA telah menenangkan keadaan dan juga menghilangkan pertelingkahan. Seterusnya Abu Bakar RA mencalonkan Umar RA dan Abu Ubaidah alJarrah RA menjadi Khalifah.
Tiba tiba kedua dua individu itu bangun, lalu mencalonkan Abu Bakar RA sebagai Khalifah. Kemudian diikuti oleh pemimpin dalam kalangan para sahabat Ansar dan Muhajirin yang lain. Maka Abu Bakar RA pun diisytiharkan menjadi Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Pemilihan Khalifah berlaku secara syura yang tidak mengandungi unsur paksaan dan tidak berlaku dengan mudah, melainkan selepas dilontarkan pendapat yang dibahas dengan masak.
Rasulullah SAW sebelum wafat berwasiat memberikan amaran yang keras terhadap sifat taksub qabilah dan kekeluargaan yang tebal. Sifat yang diwarisi sejak zaman jahilillah masih wujud menjadi perangai bangsa Arab.
Namun sifat taksub itu dapat diatasi dengan keimanan yang teguh dan ikhlas, serta ruh Islam sebenar yang tertanam dalam jiwa generasi awal Islam. Hasil tarbiyah nabawiyyah mereka menjadi contoh yang baik, sekaligus mengatasi demokrasi purba dan moden yang dibanggakan oleh dunia Barat hari ini.
Keputusan syura yang dibuat pada waktu itu tidak memperolehi sokongan sebulat suara, kerana ada dalam kalangan para Ahlul Bait hanya membaiahkan Abu Bakar RA setelah beberapa bulan beliau dilantik menjadi Khalifah.
Manakala dalam kalangan Ansar pula ada kalangan yang tidak mahu berbaiah kerana mahu Khalifah dilantik daripada kalangan mereka. Begitu juga dalam kalangan Quraisy sendiri pada awalnya tidak berbaiah, namun kemudian berbaiah seperti al-Zubair bin al-Awwam RA, Tolhah bin Ubaidillah menyambung tugas Islam yang tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah SAW.
Kesimpulannya terdapat tiga pendapat dalam masalah pemilihan Khalifah dengan hujah masing-masing.
Pertama: Golongan Ahlul Bait yang menegaskan bahawa ketua negara hendaklah daripada keluarga Rasulullah SAW, lalu mereka mencalonkan Ali KWH kerana ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan kelebihan Saidina Ali KWH dan tugas yang disebutkan kepadanya ketika hayat Rasulullah SAW.
Kedua: Golongan Ansar pula menegaskan bahawa ketua negara hendaklah daripada kalangan mereka kerana al-quran dan hadis menjelaskan kelebihan golongan Ansar, dan ketaatan kepada pemimpin tanpa menentukan bangsa dan qabilah, Mereka juga merupakan penduduk asal Madinah yang menyerahkan tanah air, jiwa raga dan harta serta berjihad menegakkan Islam, mereka mencalonkan pemimpin Ansar, Saad bin ‘Ubadah RA.
Ketiga: Golongan Muhajirin pula berpendapat bahawa pemimpin mestilah dalam kalangan mereka. Al-Quran dan Hadis telah menegaskan kelebihan mereka dan peminpin hendaklah daripada kalangan Qurasy, Lantas mereka mencalonkan Abu Bakar RA.
Hujah yang mereka kemukakan menjadi lebih kuat apabila disebutkan sabda Rasulullah SAW:
“Para pemimpin hendaklah daripada Quraisy”Riwayat Ahmad 19777 dan al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat 6610
Jazakumullahkhair yang membaca, esok kita baca pula kenapa mereka memilih Abu Bakar ra.
Akhir kalam...
Alhamdulillah. Ahad di lepas kan untuk kali ini dengan segala usaha kebaikan di usahakan. Namun, mentality saya masih tidak berubah, kalaulah Allah rezekikan saya sepagi berentap hebat bersama sahabat golf di IGCC dan kemudiannya, makan tengahari lazat dan mewah bersama keluarga di Nippon Sushi Prima Saujana, Kajang; maka, amat tidak salah jika pada malamnya pula, hambakan diri pada rumah Allah dari maghrib hinggalah ke isya’, bersimpuh duduk menunggu masuk waktu, walau tiada majlis ilmu, dan terus menerus membaca buku ilmiah agama demi untuk sedikit ilmu dan amal. Itupun belum mampu untuk menyamai segala nikmat dan rezeki bahagia yang Allah telah berikan. Moga kita tergolong golongan yang menyatakan syukur dengan sama ratakan nikmat dunia dan pencarian akhirat. Aaaminn..
“Sesiapa yang mengenali dirinya, sesungguhnya dia telah mengenali Tuhannya. Sesungguhnya kamu telah dicalonkan untuk memikul satu tugas Sekiranya kamu benar benar menyedarinya dan menghargainya maka pelihara dirimu jgn sampai kamu akan mencurahkan air mata penyesalan” - Assyahid Hassan Al Bana.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Cetusan,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment