PkpYr2.Day183
*[PkpYr2.Day183]*
#Professional, tapi ada sedikit ilmu ilmu assatizah dan assatizah ada sedikit sebanyak ilmu professional.
#BACAAN PAGI: DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 3)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara dan sahabat sahabiah dan rakan taulan yang dikasihi Allah sekalian.
Alhamdulillah. Malam tadi, selepas dua malam berturut turut tidak ada kuliah seusai maghrib di surau Al Amin, ustaz Wan Jemizan muncul buat pertama kali semenjak kuliah dibenarkan secara fizikal. Inilah tanggungjawab para assatizah, Ilmu adalah amanah yang Allah telah beri kepada mereka dan mereka bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu. Satu kezaliman apabila assarizah tidak sampai kan ilmu pada orang awam sehingga ada yang mati dalam kejahilan.
Cerita tentang amanah, saya ketika beradu sambil berzikir seusai solat maghrib baru baru ini, saat menunggu isya’
hadir, salah seorang AJK surau telah datang bertanya : adakah amanah itu perlu di tunaikan walaupun fungsinya kecil? Ianya berkait dengan tugas AJK dalam menjadi pemerhati SOP, ada yang tidak sempat hadir seperti yang digilirkan. Husnul zon dulu, pada saya mungkin dia ada urusan. Cuma dari segi adabnya mungkin lebih baik maklum pada yang lain jika tidak dapat hadir. Kerana seperti juga assatizah diberi amanah dengan ilmunya, kita juga jika ada amanah diserah perlu ditunaikan walaupun ia sekecil mana.
Amaran keras kepada umat Islam mengenai kepupusan sifat amanah, Rasulullah Saw ketika ditanya: "Bilakah akan berlakunya hari kiamat? Lalu, baginda menjawab: Apabila sifat amanah hilang, maka tunggulah hari kiamat."
Semoga kita tidak menjadi salah satu dari tanda akan datangnya kiamat.
Jom kita sambung baca buku Fiqh siasah Khalifah Ar Rasyidin.
#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 3)
“Para pemimpin hendaklah daripada Quraisy” Riwayat Ahmad 19777 dan al-Tabrani dalam Mu’jam al Awsat 6610
Ibn Khaidun menegaskan bahawa keputusan mereka memilih Abu Bakar RA dari pada kalangan Muhajirin dan Quraisy dilihat dr segi ilmu politik iaitu:
• Ketokohan Abu Bakar RA adalah paling layak memimpin negeri kerana kematangan dan ilmunya melebihi daripada orang lain serta mereka daripada kalangan Quraisy.
• Pemimpin dalam kalangan qabilah yang dominan (paling kuat pengaruh) dalam masyarakat Arab, sehingga mempunyai kehebatan dalam menghadapi cabaran dalaman dan luaran ketika itu.
Situasi umat Islam waktu itu terlaku awal untuk diserah kan jawatan yang besar pada sesiapa selain daripada Abu Bkar RA. Keistimewaan diri nya yang pernah menemani Rasulullah SAW berhijrah, bahkan Rasulullah SAW juga menugaskannya menjadi imam sembahyang dan tugas tugas yang lain.
Hal tersebut memberikan kelebihan kepadanya menjadi orang yang paling layak menjadi Khalifah yang pertama.
Firma Allah: “kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad SAW) maka sesunggunh nya Allah telah pun menolongnya iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar RA): “Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Muhammad) dan menguat kanya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik orang2 kafir terkebawah (kalah dengan sehina hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Mereka di kalangan Ansar sendiri ada menghadapi masalah, kerana sejarah pertelingkahan mereka dahulu pernah mencetuskan peperangan pada zaman jahilillah antara dua qabalah terbesar iaitu ‘Aus dan Khazraj. Perkara tersebut menyukarkan pihak yang lain untuk mencalonkan nama yang diterima oleh semua.
Islam telah berjaya memadamkan api permusuhan tersebut apabila pertelingkahan tidak terscetus dalam kalangan Ansar dengan pencalonan Khalifah.
Jika dikhususkan kepada Ahlul Bait’ maka Islam akan membawa sistem mewaris kan pemerintahan yang beku dalam satu keluarga. Hal tersbut bercanggah dengan konsep syura seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, menjadi sifat Rasulullah SAW dan orang2 yang beriman.
FIrma Allah:
“Dan juga orang orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri keapdanya”. Surah al-Syura: 38
Jumpa esok lagi...
{Akhir kalam..}
“Sampaikan dariku walau satu ayat!’
Kalau satu ayat yang kita tahu, itulah yang berhak kita sampaikan. Kalau banyak pengalaman boleh menjadi iktibar buat manusia lain, berkongsilah sebelum mati. Jangan terpedaya pada perangkap syaitan, suruh duduk diam, lalu tak berbuat apa apa dengan satu alasan;
‘Kita bukan ustaz ustazah’ Kalau semua pakat nak jadi ustaz ustazah, tidak hendak belajar ilmu lain dah, tak haru dunia ni?
Alangkah ruginya…! Kalau kita golongan professional, walau bukan assatizah, tak berdakwah. Tidak mengajak manusia menuju Allah?
Kita professional, tapi ada sedikit sebanyak ilmu ilmu assatizah dan assatizah pula ada sedikit sebanyak ilmu ilmu professional. Ini yang terbaik.
Dipendekkan cerita, walau siapa pun kita, tugas kerja menyampaikan, menyeru dan berdakwah, adalah kerja kita. Jangan sekali kali kita putus asa dalam memberi pesan pada manusia, lebih lebih lagi pada mereka yang di bawah tanggungjawab kita.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
<ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment