PkpYr2.Day184

 [PkpYr2.Day184]

#RUMAH MESRA Rakyat Gemenceh (Antara usaha, doa dan ketentuanNya)

#BACAAN PAGI: DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA. 

#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 4 - final) 

 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanak saudara dan sahabat sahabiah juga rakan taulan yang dikasihi Allah sekalian...


Allahuakbar. Perjalanan hidup setiap hari membawa pada sebuah erti tiada apa yang ada selain dari usaha kita dan ketentuan Allah. Berdebar dalam berusaha mencari peluang perniagaan sebagai perunding, dalam covid 19 masih berleluasa kerana ianya bukan mudah. Saingan bukan sedikit tapi sengit cuma saya selalu mendoakan agar teman perjuangan satu sealiran perniqgaan yang berada dalam keadaan lebih susah dari saya akibat tiada projek kerana kemelesetan ekonomi disebabkan PKP, dikurniakan projek dan natijah dari kurnia Allah itu, diberikan taufik dan Hidayah pada mereka untuk lebih akrab dengan Allah. 


Semalam seusai riadah rutin jalan kaki di IGC, meluncur terus ke pejabat bersiap sedia pula untuk masuk “meeting” selaku IC atau independent checker bagi projeck membaikpulih sebuah hotel  didepan Medan Mara, dulunya Summit Hotel. Sebelum bergerak ke lokasi meeting, sempat berjemaah zohor bersama staff dan menikmati KFC ( Alhamdulillah, sentiasa berkongsi dengan staff untuk makan tengahari terutamanya hari jumaat). Ketika masa untuk meeting semakin dekat, tiba tiba terima satu panggilan dari seorang Dato menjemput saya menyertai satu Projek pembinaan Rumah Mesra rakyat di Gemencheh, NS. Allahuakbar, saya dengan  tangan terbuka sambil bersujud, menerimanya. Takbir Allahuakbar.. full stop. Usaha, doa dan ketentuanya itu saja yang kita ada. 


Jom sambung baca buku..


#PERISTIWA THOQIFAH BANI SA’IDAH ( Part 4) 


“Dan juga orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri keapdanya”. Surah al-Syura: 38

 

Bahkan dalam membina keluarga, Rasulullah tidak mengahwinkan puterinya daripada kalangan keluarga sahaja sebagai contoh dua orang puteri Baginda dikahwinkan dengan Uthman bin Affan RA. Sementara Zainab binti Jahsy daripada kalangan keluarga Baginda dikahwinkan dengan Zaid bin Harithah RA, bekas hamba yang dimerdekakan dan dijadikan anak angkat Baginda SAW.

 

Adapun dalil yang dibawa oleh Syiah adalah tidak menepati nas al-Quran dan riwayat yang sahih serta tidak menepati kaedah siyasah syar’iyyah yang betul.

 

Kekhilafan ini telah melahirkan mazhab dalam kefahaman politik Islam pada zaman mutakhir hari ini. Pendapat Ahlul Bait tersebut telah melahirkan Mazhab Syiah.

 

Kemudian lahir golongan yang menyatakan bahwa bukan sahaja keturunan Ali KWH dan Fatimah RA yang layak menjadi Khalifah, bahkan mereka turut memperjuangkan bahawa keturunan al-‘Abbas (bapa saudara Rasulullah SAW) juga berhak. Golongan ini telah berjuang sehingga menegakkan Kerajaan ‘Abbasiyyah.

 

Pendapat Ansar pula melahirkan Mashad Khawarij. Pendapat yang diputuskan dalam syura yg berlangsung di Thaqilah Bani Sa’idah itu menjadi pengangan jumhur umat Islam yg dimuktamad kan.

 

Masalah yang wujud ialah pertelingkahan mazhab yang melibatkan aqidah dan syariat yang mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam. Perpecahan yang berlaku kemudian diresapi dengan anasir musuh dalam selimut yang merosakkan umat Islam dari dalam diri mereka sendiri.

 

Wujud aliran yang sederhana, dan ada yang jahil serta menzalimi diri sendiri sehingga terkeluar daripada landasan Islam yang sebenar. Islam tetap dipelihara oleh Allah SWA secara ilmu melalui riwayat (secara sanad ilmu) yang rapi dan dirayat (secara kefahaman) melalui ilmu Islam dan kaedahnya.

 

Akhir suara terbesar daripada kalangan para sahabat RA bersetuju untuk melantik Abu Bakar RA menjadi Khalifah, Mereka yang tidak bersetuju dalam kalangan Ahlul Bait Ansar akhirnya turut berbaiah.

 

Adapun riwayat yang menyatakan bahawa Saad bin ‘Ubadah RA tidak membaiahkan Saidina Abu Bakar RA adalah terlalu dhaif. Sebenarnya seluruh Ahlul Bait dan golongan Ansar tetap menerima Abu Bakar RA menjadi Khalifah. Mereka berbaiah serta mendukung Khalifah dengan berkorban yang membuktikan keikhlasan mereka.

 

Hendaklah diyakini betapa mereka itu tidak didorong oleh nafsu Hubb al-Riyasah (menyintai jawatan ketua), kerana keimanan yang ikhlas di dalam diri mereka masing-masing telah memadamkan sifat yang buruk.

 

Mereka hanyalah berlumba-lumba untuk ke hadapan dalam menunaikan perintah Allah SWT yang besar fadilatnya. Sehingga akhirnya mereka kembali bersatu dan berjaya memadankan fitnah murtad dan menjatuhkan kuasa besar dunia pada zaman tersebut.

 

 

ESOK... PENGENALAN SAIDINA ABU BAKAR RA. 


See u..


~ Akhir kalam..


Selaku penutup saya nak share tulisan nota saya yang sempat saya jotted down ketika dalam kuliah Ustaz Wan Jemizan yang saya hadiri secara fizikal selepas majlis ilmu dah mula dibenarkan di surau Al amin


“Apabila kamu mintak mintaklah dgn Allah. Pertolongan atau pemberian, dalam bab meminta kadang kita nampak benda besar saja pada Allah, ini juga tidak menggambarkan penyerahan sepenuhnya pada Allah kerana kita menyangka yang kecil dan remeh kita boleh buat sendiri. Khuatir jadi habit tidak meminta yang kecil sehingga tidak meminta yang besar. Pernahkah kita minta dgn Allah untuk kenyang selepas makan? Mohon agar kita tidur dgn aman? Mohon dapat parking kereta ketika mencari parking?  Inilah lambang intim tak intim kita dengan Allah, jangan rasa ianya mengada ada kerana Allah memang Khalid - memang Allah suka bila kita mengada ada mengadu meminta dgn Nya”


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

<Ncs@serimnang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S