PkpYr2.Day185

 *[PkpYr2.Day185]*

#JANGAN INGAT KEBAIKAN KITA, jangan lupa dosa kita. 

#BACAAN PAGI: DARI KULIT KE KULIT: KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA. 

##PENGENALAN SAIDINA ABU BAKAR RA ( Part 1) 

 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Yang di kasihi Allah swt Makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara dan sahabat sahabiah serta rakan taulan yang dikasihi Allah sekalian...


Ada hari yang kita ingin mengingati nya, ada hari yang kita ingin lupakan. Kedua duanya ada sebab nya yang tersendiri. Yang pasti dalam islam, lupa kanlah segala kebaikan kita kepada orang tapi jangan lupa kebaikan orang kepada kita. Juga jangan lupa dosa yang kita lakukan kerana ianya perlu kita jadikan sandaran untuk menyesal bertaubat dan tekad tidak berbuat lagi. Jangan ingat pahala yang kita buat tapi teruskan lah berbuat pahala 

kerana kita tidak tahu yang mana Allah akan terima. Itulah ungkapan yang dapat saya luahkan selepas berlalu nya 22 Safar bersamaan 29 Sept 2021.


Siangnya berlalu semalam penuh dengan produktif, beriadhah dan berikhuwah seawal pagi selepas rutin ibadah wajib solat subuh berjemaah diikuti “rapat” mengenai pembukaan Driving Range untuk IGC, kemudian balik ke rumah makan tengahari dan solat berjemaah zohor di rumah bersama ahli, dan dalam perjalanan ke pejabat google meet bersama staff dan akhirnya google meet bersama team baru untuk projek baru “Gemenceh”. Sorenya, bersama rakan lagi beriadhah sehinggalah sebelum maghrib untuk pulang berjemaah di rumah dan akhirnya isya’ berjemaah di surau khatamkan malam dengan Al Mulk. Namun, selepas itu tidak lagi mahu di ingati, yang ingin di fikirkan bagaimana nak tebus dosa dan tambah pahala juga tidak putus asa dengan rahmat Allah. 


Maka, pagi ini saya share lagi satu bacaan dari buku siasah khulafa’ Ar rasyidin untuk tatapan semua. Moga ada pahala disisNya. 


#PENGENALAN SAIDINA ABU BAKAR RA ( Part 1)

 

Nama asal Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA ialah Abudullah bin Uthman (Abu Qahafah) bin Amir al-Qurasyi al-Tamimi. Ahli sejarah meriwayatkan bahawa nama asal Abu Bakar ialah Abdullah dan dikenali dengan panggilan ‘Atiq, dalam kalangan penduduk Makkah, sebelum dan selepas memeluk Islam. Adapun panggilan Abu Bakar iti ialah kuniah (nama sanjungan) beliau yang bermakna awal, nama yang diambil kerana beliau orang terawal masuk Islam.

 

Abu Bakar RA juga salah seorang pemimpin Makkah yang dihormati kerana berakhlak mulia sejak awak sebelum menganut Islam. Malahan tidak terpengarauh dengan amalan jahililah seperti menyembah berhala dan melakukan maksiat seperti meminum arak dan sebagainya.

 

Abu Bakar RA dilahirkan dua tahun beberapa bulan selepas kelahiran Rasulullah SAW. Kemudian menjadi sahabat Baginda yang akrab sebelum Baginda SAW dilantik menjadi Rasul lagi. Sehingga bersama Baginda ketika musafir ke Negeri Syam dengan Abu Talib (bapa saudara Rasulullah SAW)

 

Ketika itu beliau sendiri peristiwa pertemuan dengan paderi yang sedang beruzlah. Paderi itu menyaksikan tanda kenabian akhir zaman yang telah dijanjikan terletak pada diri Rasulullah SAW ketika masih kanak-kanak dan remaja.

 

Abu Bakar RA menjadi lelaki pertama menganut Islam daripada kalangan bukan ahli rumah Rasulullah SAW. Sebelumnya Khadijah RA menjadi orang pertama yang menganut Islam. Manakala Ali bin Abi Talib KWH merupakan kanak-kanak pertama yang menhanut Islam.

 

Hal yang demikian kepada Siadina Ali KWH dipelihara oleh Rasulullah SAW di rumahnya (menjadi anak angkat) bagi membantu bebenan bapa saudaranya Abu Talib. Termasuklah membantu Zaid bin Harithah RA dalam kalangan bekas hamba kerana dia juga menjadi anak angkat Rasulullah SAW.

 

Abu Bakar RA menrupakan sahabat yang paling akrab dan disayangi, terlibat membantu perjuangan di Makkah pada permulaan awal Islam. Bersama-sama Baginda SAW menghadpi kesusahan akibat daripada penindasan dan kezaliman orang-orang jahililah.

 

Selain itu, beliau juga menyatakan kebenaran dalam semua perkara yang dikatakan oleh Rasulullah SAW khusunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang tidak mampu di capai oleh akal fikiran manusia, sifat yang dimiliki oleh Abu Bakar RA itu memberikan gelaran al-Siddiq. Bahkan beliau juga mendahului orang lain dalam membenarkan semua perkara yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

 

Terdapat satu hadis yang menjelaskan bahawa Rasulullah SAW mengalami tekanan serangan musuh di medan peperangan Uhud, ketika berundur mengambil tempatnya di atas bukit itu bagi meneruskan serangan balas ke atas musuh tiba-tiba Bukit Uhud bergoncang. Pada waktu itu Rasulullah SAW ditemani oleh Abu Bkar RA, Umar RA dan Uthman RA. Rasulullah bersabda:

 

“Diamlah wahai Uhud Berada di atasmu seorang nabi, seorang siddiq dan dua orang syahid”. Riwayat al-Bukhari 3675


Jumpa esok lagi..


~ Akhir kalam...


Adat manusia mengisi siang dan malam dengan amalan maksiat, sama ada maksiat kepada Allah dan RasulNya -  meninggalkan perintah Allah ataupun melakukan larangan Allah. 


Seseorang Mukmin yang benar benar beriman pasti bersungguh menjauhi maksiat. Pertama kerana tahu Allah murka pada sebarang bentuk maksiat dan kejahatan. Kedua, malu pada Allah kerana beramal dengan apa yang dibenci Nya sedang tahu bahawa Allah Maha Melihat dan  mengawasi setiap saat. Dimana kita? Carilah dan bertaubatlah...


Pelaku maksiat sentiasa resah, dihantui dosa. Sementara akal tidak berfikiran jernih, yang bergelumbang maksiat dibimbangi mati menimbun dosa dan tak sempat pula bertaubat. Maka, seorang Mukmin tidak menganggap remeh suatu dosa atau maksiat yang diperbuat kerana dibimbangi kebaikan dan juga ibadahnya akan terhapus disebab dosanya. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari,

<ncs@SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S