PkpYr2.Day186

 *[PkpYr2.Day186]*

#SALAM Jumaat

#KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA. 

##PENGENALAN SAIDINA ABU BAKAR RA ( Part 2) 

 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di hari jumaat serba mulia ini wahai Makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanaksaudara dan jua sahabat sahabiah rakan taulan yang dikasihi Allah sekalian, marilah kalahkan kejahatan dengan Kasih Sayang, lawan fitnah dengan Doa dan lawan dendam dengan kemaafan. Kekalkan SOP dan berdoa untuk keselamatan diri kerana perang lawan Covid masih belum selesai. 


Semalam, menyambut tibanya jumaat dengan berjemaah Maghrib di surau Ar Rahmah Taman Impain Gemilang bersebelahan IGC. Rasanya tidak lengkap hidup jika tidak berbuat demikian selepas sehari nikmat dari Allah seolah ikut kehendak diri.  Dari situ terus ke surau AlAmin untuk kuliah maghrib bersama Ustaz Hasnol. 


Dan inilah yang dapat dari kuliah ustaz Hasnol, walau pun kita tidak mampu buat tapi biar kita tahu : beliau saran kan kita tunggu di rumah Allah untuk berdoa di sana pada petang jumaat esok sebelum masuknya waktu maghrib kerana ada satu waktu yang makbul doanya. Berapa ramai boleh buat ? Pasangkan cita cita dulu, ianya tidak mustahil...


Jom sambung bacaan...


*#PENGENALAN SAIDINA ABU BAKAR RA ( Part 2)*


Abu Bakar RA ialah seorang peniaga yang Berjaya sebelum beliau memeluk Islam lagi, bahkan beliau sanggup mengorbankan harta dan jiwa raga di Makah. Harta milik beliau dihabiskan untuk membebaskan hamba-hamba yang menganut Islam stetalh diseksa oleh pemilik-pemiluk mereka. Sehingga perkara tersebut talh menjajskan perniagaannya.

 

Masa dihabiskan untuk mempertahankan Rasulullah SAW dengan sepenuh jiwa raganya. Skalipun terpaksa menempah maut bagi membela Baginda ketika diancam musuh. Akhirnya tiada masa yang mencukupi untuk meneruskan perniagaannya.

 

Pengorbanannya itu menyebabkan beliau dipilih menemani Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah. Peranannya disebutkan oleh Allh SWT dalam kitab suci al-Quran:

 

“Kalau kami tidak menolong nya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlinding di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya “janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita,” Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepadanya (Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kami tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lahi Maha Bijaksna.”

Surah al-Taubah; 40

 

Kesimpulan menunjukakan bahwa Abu Bakar memenuhi ciri-ciri dan syarat-syarat penting bagi melaykakan dirinya menjadi Khalifah selepas rasulullah SAW wafat Syeikh Abu Hasan Ali al-Nadawi menegaskan bahawa Abu Bakar RA memenuhi perkara tersebut, iaitu:

 

1. Sepanjang hayatnya bersama Islam, beliau telah mendapat kepercayaan Rasulullah SAW dnegan menugaskannya memimpin perkara yang menjadi rukun kepada agama Islam seperti sembahyang dan haji.

 

Selain itu, menemani Baginda ketika menghadapi keadaan yang paling mencabar dan bahaya, seperti keadaan yang paling mencabar dan bahaya, seperti ketika perjalanan Hijrah, peperangan Badar, Uhud dan Hunain. Perkara-perkara tersebut mestilah diberikan kepada orang paling dipercayai dan mempunyai harapan yang tinggi dapat melaksanakanya.

 

*#Akhir kalam*


“Jagalah Allah nescaya kamu akan dapati Allah berada di hadapan kamu, ok Kenalilah Allah dlm keadaan senang, nescaya Allah mengenali kamu dalam keadaan sudah nanti” Muhasabahlah diri kita.. 


Makrifatullah kenali Allah, amat senang bila kita susah, hadis diatas adalah formula untuk memudahkan Allah kenali kita dalam susah, namun tidak bermakna Allah tidak mendengar ketika kita susah kerana Dia adalah bersifat maha mendengar. Kita akan lebih hebat bila kita susah jika kita kenali Dia ketika kita senang...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*<ncs@SeriMinang>*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S