GENGHIZ KHAN : IKTIBAR KEPADA UMAT ISLAM
GENGHIZ KHAN :
IKTIBAR KEPADA UMAT ISLAM
~~~~~~~~~~~~~~~
edit #HayamArirang
30 Oktober 2019
[Pengajaran bagi sesiapa yang berlaku #KHIANAT dan #BELOT kepada bangsa, negara dan ugamanya sendiri]
Ketika umat Islam diserang tentera Tartar, hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah. Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Monggol.
Pada mulanya di Khurasan, Tartar tidak berdaya menembusi pertahanan umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam,
“Barangsiapa yang menyerahkan
senjata dan berada di sisi tentera
Tartar, akan dijamin keselamatan
nya.Tetapi barang siapa yang
enggan, kami akan pastikan
bahawa mereka menyesal”.
Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah menjadi dua kelompok. Kelompok yang pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata,
“Seandainya mereka mampu
memerangi kita, tidak mungkin
mereka membuat tawaran seperti
ini. Ini menandakan peluang kita
cerah. Teruskan perjuangan, pasti
kita akan beroleh salah satu di
antara dua kebaikan; menang atau
SYAHID penuh bahagia!"
Namun kelompok kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berpendapat,
“Menghadapi Tartar sama seperti
ibarat bunuh diri. Tidakkah kalian
lihat jumlah mereka dan juga
kelengkapan senjata mereka?”
Genghis Khan terus memantau dan mengambil peluang dari pertembungan pendapat di kem umat Islam. Dia seterusnya telah mengirim surat khusus kepada kelompok kedua yang dilihatnya sebagai sasaran berpotensi.
Dalam surat tersebut, Genghis Khan berjanji akan memberikan tampuk pemerintahan Bukhara kepada kelompok kedua ini dengan syarat, mereka menghapuskan kelompok pertama yang dicopnya sebagai ekstrim, radikal dan fanatik.
Tawaran itu menyebabkan kelompok kedua ini mula kelabu mata. Mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah sedikit pun dan bersedia untuk memerangi saudara sendiri bagi pihak Tartar!
Kemudian tercetuslah pertempuran sesama umat Muslim. Mereka saling berbunuhan sesama sendiri. Akhirnya, kelompok yang teguh berjihad demi mempertahankan tanah air itu di takdirkan tumpas di tangan saudara-saudaranya sendiri yang menjual Islam demi dunia.
Seterusnya, apakah yang terjadi?
Ia adalah satu khabar yang amat menyedihkan.
Pihak yang menerima tawaran
Tartar itu telah diperdaya. Mereka
langsung tidak diberi ganjaran
yang dijanjikan. Bahkan, senjata
mereka dirampas, mereka
ditangkap dan disembelih tanpa
seorang pun yang terselamat.
Genghis Khan memberikan ucapan dan sambutan yang sangat masyhur tatkala tenteranya melakukan penyembelihan ke atas umat Islam yang mengkhianati saudara saudaranya.
“Mereka sanggup memerangi
saudara-saudara sendiri demi kita,
padahal kita orang asing bagi
mereka! Orang-orang semacam ini
mustahil akan kita beri
kepercayaan".
PENGKHIANAT DAN PEMBELOT
TIDAK PERNAH DISIMPAN OLEH
MANA-MANA PIHAK YANG
BERSENGKETA ...
MEREKA LAZIMNYA DIBUNUH
DAN DIHINAKAN OLEH PIHAK
YANG MENAKLUK DENGAN SE
HINA-HINA HUKUMAN ...
Credit :
Ziefenz Zee ll
~~~~~~~~~~~~~~~
Firasat (Prophecies) Orangtua-tua
Dahulu :
~ Mungkinkah akan berlaku
peperangan antara Melayu
dengan Melayu kerana berlainan
ideologi politik, tetapi masing-
masing mendakwa kononnya,
kerana menegakkan ugama
Islam ?
~ Mungkinkah akan muncul 1
kelompok Melayu yang akan
mendamaikan kedua puak Melayu
yang berperang kerana politik
"DEMOKRASI" Acuan Penjajahan ?
~ Mungkinkah Melayu akan bangkit
bersatu sesudahnya mereka
hancur lebur menjadi debu ?
~ Mungkinkah di Akhir Zaman ini
ada Ahli Ugama yang berlaku
Khianat demi kepentingan nama,
perut sendiri dan anak isteri ?
اللهم صلی علی محمد وعلی ال محمد
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
...
Comments
Post a Comment