PkpYr2.201]ENDEMIC
*[PkpYr2.201]ENDEMIC?*
#KALAM MUSAFIR: Perihal “Rukshah”.
#Fiqh Khulafa’ Arrasyidin - cuti membacanya hari ini.
#U.Zulkifli Salleh: Musyrikin menolak Nabi saw kerana kedhaifan? SURAH HUD
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan walau dimana berada.
Seawal pagi ini, sama sama kita pakat pakat perbetulkan fikrah islami kita, moga kita tergolong dalam puak yang sentiasa berserah kepada Allah swt.
Salah satu al asma’ al husna, nama terbaik Allah adalah As Salam, yakni Maha Pemberi Kesejahteraan. Dan setiap Mukmin harus meyakini yang sumber segala kedamaian, keselamatan, kesejahteraan adalah dari Allah, As Salam. Mengimani Allah sebagai sumber As Salam adalah part of tauhid.
Alhamdulillah. Berpatah balik penuh damai, selamat dan sejahtera dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Bermula jam 12, tiba jam 2 tapi saya tidak terus balik ke mukim BTHO. Seketika lewat senja pula, saya masih di IGC yang berada di dalam mukim Saujana Impian, Daerah Kajang, bersama rakan rakan sekelab menikmati rojak buah dan nescafe “kosong”, saya di tegur salah seorang sahabat kenapa saya tidak tergesa gesa untuk solat maghrib. Kata saya saya di berikan hadiah atas status saya sebagai yang masih bermusafir. Jumhur ulamak cenderung mengatakan, mukim bersamaan dengan satu kampung, bagi kawasan di luar bandar atau taman perumahan bagi bandar.
Terima kasih atas “Rukhsah solat” kurniaan Mu ya Allah. Dipergunakan sehingga ke isya’ dan maghrib, bila tiba di KL jam 2 petang tapi belum masuk ke mukim BTHO.
“Sesungguhnya Allah swt suka ketika rukhsah dari Nya diambil, sebagaimana DIA membenci tatkala maksiat kepada Nya dilakukan” - Dari Riwayat Ahmad (5832)
Menurut ulamak dalam satu bacaan kitab, hadis ini, jadi dalil, meninggalkan rukhsah bererti juga meninggalkan sesuatu perkara ketaatan, dan diumpamakan seperti melakukan maksiat. (Rujuk Nail al-Autar 3/244)
Inilah Islam, ianya mudah tapi jangan permudahkan.
Pagi ini, kita berehat seketika dari bacaan Fiqh Khulafa Arrasyidin. Memberi laluan kepada satu nota yang di ambil dari Ustaz Zulkifli Salleh yang berkuliah di Surau Al Amin malam Rabu lalu.
*#Ustaz Zulkifli Salleh*
#Musyrikin menolak nabi kerana kedhaifan? Tafsir Surah Hud 11:12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
“Jangan jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama sama dengannya malaikat (menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguh nya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir menguruskan tiap tiap sesuatu (maka berserah lah diri kepadaNya)”
Sabar atas kesenangan, syukur pada Allah. Sabar mampu berdepan ujian Allah samaada ketika senang atau susah.
Nabi Muhammad hampir2 hendak tinggal sebahagian wahyu dan dada baginda menjadi sempit kerana orang musyrikin menilai pada harta yang ada padanya, seperti kaum terdahulu, mereka bertanya kenapa nabi saw tidak dikurniakan harta yang banyak atau tidak dibantu bersama malaikat.
Allah menghiburkan nabi saw dengan menyuruh nabi tidak pedulikan kata kata musyrikin kerana Allah lah yang akan membantu.
Musyrikin nak tengok harta ada pada nabi saw, hingga nabi merasa seperti hendak berhenti berdakwah. Perkara ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Bila kita melihat orang susah kita melihat seperti Allah tak peduli pada mereka, malah kalau hendak buat ikut perintah Allah kena tunggu sampai senang dulu.
Allah telah mengajar perkara ini pada nabi saw dengan kehidupan nabi saw yang penuh kesederhanaan dan juga qanaah.
Manusia menilai agama dari sudut kekayaan, sedangkan nabi saw telah pun ditawar kan bukit uhud menjadi bukit emas. Tapi, Islam berjaya bukan sebab kerana kekayaan umatnya tapi ia akan berjaya kerana Allah swt.
Bukanlah kita hendak kena tinggalkan dunia tapi islam bukan meletakkan kekayaan sebagai ukuran atau nilaian. Jangan mencabar bala dan musibah dari Allah..
Semoga bermanafaat...
*Akhir kalam..*
AlBaqarah ayat 185, “ Allah berkehendak untuk kamu kemudahan dan Allah tidak suka kepada hal hal yang menyusahkan.”
Kita melihat Islam itu sangat mudah. Segala yang ada di dalam agama itu adalah perkara yang mudah. Tetapi hal yang sudah mudah itu, jangan dimudah mudahkan pula lagi.
Akhirnya, semoga Allah mengurniakan kita sifat bersederhana melaksanakan setiap perkara dan dalam menjauhkan kita dari sifat melampau dan bermudah mudah di dalam agama. Amin.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Di tulis oleh,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment