PkpYr2.202]ENDEMIC
*[PkpYr2.202]ENDEMIC?*
#Seperti si demam yang kebah - KEMARUK.
#KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
##SISTEM PEMERINTAHAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.. mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan semua.
Seawal pqgi Ahad, alam sentiasa mesra buat kita yang seawal pagi sudah memulakan kehidupan yang hanya berserah kepadaNya bersama tulang empat kerat dan otak yang dibekalkan Nya. Selebihnya, menerima saja.
Oleh itu, ya Allah mohon ajarkan kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara pada Mu dan manusia, bertenang ketika gundah, diam di ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Walaupun kami mungkin tidak mampu jadi orang yang selembut ABU BAKAR AS SIDDIK dan Sebijak UMAR AL KHATTAB, Sedermawan OThMAN BIN AFFAN, Sepintar ALI BIN ABI THOLIB, sesederhana BILAL, setegar KHALID BIN WALID. RA, tapi berikanlah kadar bayangan mereka pun memadai lah dalam kami berdepan akhir zaman ini.
Alhamdulillah. Fasa Empat berdepan dengan covid19 sudah di mulakan. Berpusu pusu manusia selepas sekian lama. Umpama si demam baru kebah, kemaruk semuanya.
Semalam, Solat maghrib di masjid Negara, Alhamdulillah manusia juga mengerumuni rumah Allah Negara Malaysia bersama sama anak anak dan keluarga lagi. Patuh pada SOP memang ketat di jalankan para petugas masjid tapi mereka penuh ramah menyambut rakyat bertamu berjemaah di situ. Syukurlah, pendemic menyekolahkan kota sedar kehebatan Allah. Ketike endemic pula, kita kekal bersyukur dan terus mengingatiNya.
Seusai solat di Masjid Negara, kami pasang niat untuk makan malam di kawasan Kampung Baru. Subhanallah. Manusia di sana rupanya lagi hebat, traffic jem teruk. Warung warung majoriti nya kena beratur panjang kalau lah berhajat untuk dine in. Dan kami tersumbat dalam kesempitan kg Baru di keramaian manusia meraikan fasa 4 covid19, azan isya berkumandang. Walaupun bergetar rasa untuk join solat berjemaah di masjid Kg Baru tapi kami sedar, keadaan yang ada, silap silap ketika berpusing pusing mencari parking, imam sudah bagi salam. Maka, solat isya’ ditaakhirkan dengan berniat ditunai berjemaah di rumah saja.
Akhirnya, terlepas dari kepungan jerat kemaruk manusia di kg Baru, kami makan malam di Restoran Haslam. Alhamdulillah. Restorannya masih sepeti dulu, makananya masih ala ala kampung. Moga pemilik nya pun masih Datuk Yusuf Haslam. Alhamdulillah.
Moleknya pagi gini kita isikan munda dengan ilmu. In shaa Allah, pagi ini kita sambung bacaan buku FIqH Siasah Khulafa’ Ar rasyidin.
#SISTEM PEMERINTAHAN
Walaupun ketua negeri yang dinamakan Khalifah itu dipilih menjadi pemimpin, namun mereka tetap beramal dengan konsep syura (musyawarah). Suatu konsep yang diperintahkan melalui al-quran dan diajarkan Rasulullah SAW. Jika diamati dalam sistem pemerintahan moden, para Menteri kabinet dilantik bagi membantu ketua negara. Mereka menjadi sebahagian daripada ahli mesyuaraat penting dan mengetuai tugas-tugas melaksanakan urusan kerajaan.
Konsep syura secara jamaie (kolektif) diamalkan oleh Rasulullah SAW abila Baginda membariskan para sahabat yang mempunyai ketokohan, ilmu dan pengaruh yang besar. Walaupun ketika itu perkataan wazir atau menteri belum disebutkan.
Sepuluh orang daripada kalangan para sahabat yang terkenal termasuk Abu Bakar RA adalah tokoh yang menjalankan peranan tersebut. Amalan ini diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar RA dan khalifah selepasnya. Sahabat tersebut ialah:
1. Umar bin al-Khattab RA
2. Uthman bin ‘Affan RA
3. Ali bin Abi Talib KWH
4. Abdul Rahman bin ‘Auf RA
5. Abu Ubaidah Amir bin Jarrah RA
6. Saad bin Abu Waqqas RA
7. Al-Zubair bin al-‘Awwam RA
8. Talhah bin Ubaidillah RA
9. Said bin Zaid RA
Kesemua mereka adalah laksana para Menteri yang membantu Khalifah Abu Bakar RA. Walaupun dalam keadaan yang tidak sistematik seperti yang diamalkan sekarang, Mereka diajak bermesyuarat dalam perkara-perkara besar dan kadangkala diberi tugasan melaksanakan beberapa perkara penting. Termasuk berfungsi menggantikan tugas Khalifah ketika ketiadaanya.
Esok.. pentadbiran..Pula.
*Akhir kalam*
Sama sama kita teruskan kehidipan bersama suasana yang baru, jangan lupa ujian tidak akan berhenti disini. Jika kita lalai dan lagha, Allah akan hadirkan lagi ujian untuk bawa kita balik ke jalanNya. Itu fitrah manusia.
Ini semua kerana Allah sayang kita. Cuma kita saja yang lupa, bahwa Allah swt adalah sebaik2 pelindung dan penolong.
Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba Nya.
See u tomorrow.. in shaa Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Coretan,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment