PkpYr2.203]ENDEMIC
*[PkpYr2.203]ENDEMIC?*
#Terimakasih Allah, getaran sedikit ini,
#KHALIFAH ABU BAKAR FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN : TGHA.
###PENTADBIRAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah rakan dan taulan semua. Di Pagi Isnin yang serba indah ini, moga ada permulaan yang baik dgn mendapat keberkatan dari Nya sehingga semua dipermudahkan segala urusan, diberi perlindungan olehNya, diberi keampunan atas segala dosa dikurniakan kebahagiaan tika di Dunia dan Akhirat. Muhasabahlah diri. Dekat ke atau jauhkah kita dengan Nya? Terima kasih.
Alhamdulillah. Walaupun terpaksa keluar awal dari Majlis Ilmu kuliah subuh Ustaz Abdul Mu’iz kerana tunai kan janji beriadhah di IGC tapi hati puas. 30 minit menadah telinga, cukup menambahkan rasa rindu pada sosok tubuh insan termulia di atas muka bumi ini, Nabi Muhammad saw. Hiba hati, sayu dirasai terkenangkan apa segala pengorbanan nabi saw. Sama sama kita sambut 12 Rabiul Awal dengan tiga perkara keramat - lahir nya insan terhebat ini, peristiwa hijrah Mekah ke Madinah penuh sejarah dan juga wafatnya insan mulia selepas Islam di sempurnakan. Sama sama kita berselawat pada Nabi Besar nabi junjungan sempena hadirnya 12 Rabiul Awal esok..
Hasil dari ilmu yang terdidik dari kuliah kuliah inj, maka, hadir kesedaran yang besar bilamana seusai golf, azan zohor berkumandang. Di datangkan dalam jiwa rasa bersalah jika tak mendahului solat berjemaah di surau Impian Gemilang yang hanya sepelaung dari rumah kelab. Terima kasih Allah, hadirkan getaran sedikit ini, moga perkongsian catatan ini bukan tanda riya’ tapi jadi catalyst untuk semua agar mengimbangi dunia dan ukhrawi.
Malamnya pula, Allah swt hadirkan pula peluang untuk bersimpuh duduk didepan ustaz Yusuf Embong, kali ini siap di bawa bersama ahli ahli keiuarga termasuk yang berusia 9 tahun. Kata kata Pengisian ustaz YE cukup untuk membuat diri mencari jalan untuk mencuci hati - BELAJAR, Jalan Ke Syurga.
Akhirnya malam ditutup dgn bacaan al mulk usia solat isya’ berjemaah dan dinner bersama di Royale Chicken. Alhamdulillah ya Allah atas QUALITY TIME sempena WEEKEND menyambut mauiid nabi saw kali ini.
Seperti biasa untuk pagi ini, jom kita teruskan telaah isi buku Fiqh Siasah Khulafa’ ArRasyidin.
#PENTADBIRAN
Keluasan negara Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar RA hanya merangkumi Semenanjung Tanah Arab, keseluruhannya dikuasai oleh Kerajaan Islam. Khalifah Abu Bakar RA membahagi kannya kepada beberapa wilayah setiap wilayah dilantik seorang ketua pentadbiran yang dinamakan Amir.
Selain itu, Amir berperanan sebagai seorang imam solat, hakim, pengurus kewangan, penjaga keamanan (polis) dan pemerintah tentera. Para Amir dibantu oleh orang orang yang mahir dalam bidang masing-masing.
1) Madinah
Kota Madinah menjadi pusat pentadbiran kerajaan, Khalifah Abu Bakar RA mentadbir secara langsung dengan menugaskan beberapa orang sahabat yang lain membantunya sebagaimana berikut:-
• Umar bin al-Khattab RA dalam urusan kehakiman
• Abu Ubaidah RA menjaga urusan kewangan
• Zaid bin Thabit RA pula menjaga urusan kesetiausahaan
• Secara umum khalifah dibantu oleh Uthman bin ‘Affan RA, Ali bin Abi Talib KWH, dan lain-lain
2) Makkah
Amir Makkah ialah ‘Attab bin Usaid RA yang telah dilantik oleh Rasulullah SAW dan disambung oleh Khalifat Abu Bakar RA sebagai Khalifah
3) Thaif
Amir Tahif ialah Uthman bin Abu al-‘As, juga dilantik oleh Rasulullah SAW dan kemudian disambung oleh Khalifah Abu Bakar RA
4) Sana’a
Amir Sana’a ialah al-Muhajir bin Abi Umayyah, yang telah bertanggungjawab membebaskan kawasan tersebut daripada kumpulan murtad dan Khalifah terus melantiknya menjadi Amir
5) Hadhramaut
Amir bagi Hadhramaut ialah Ziyad bin Lubaid RA
6) Khawlan
Amir bagi Khawlan ialah Ya’la bin Umayyah
7) Zubaid dan Zam’ah
Amir ialah Abu Musa al-Ary’ari
8) Janad
Amir ialh Mu’az bin Jabal
9) Najran
Amir ilah Jarir bin Abdullah
10) Jarasy
Amir ialah Abudllah bin Thur
11) Bahrain
Amir ialah al-‘Ala’ bin al-Hadhrami
12) Daumah al-Jandal
Amir ialah Iyadh bin Ghunm
13) Pemerintah Tentera
Wilayah Iraq dan Syam pula ditugaskan kepada para panglima yang Berjaya menguasainya.
• Iraq: Amir ialah al-Muthanna bin Harithah al-Syaibani RA
• Syam: Amir ialah Khalid bin al-Walid RA
Jumpa esok pula ye..
*Akhir kalam,*
Menutup pengisian pagi ini, suka saya share kata kata dari ustaz Abdul Muizz :
“Teori kehidupan manusia dalam islam di tunjukkan oleh satu batang tubuh sahaja - Nabi Muhammad saw. Kita perlu jelas akan keistimewaan pada nabi adalah baginda di wahyukan Allah swt ”
Selamat menyambut hari maulidurasul dan ingatlah tiga perkara pada tarikh ini: LAHIR, HIJRAH & WAFAT.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Suntingan oleh,
*<ncs@seriminang>*
Comments
Post a Comment