PkpYr2.204]ENDEMIC
*[PkpYr2.204]ENDEMIC?*
#SALAM 12 RAHIUL AWAL
# CUTI BACAAAN FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.
#LAU KANA BAINNAL HABIB
#https://youtu.be/Crze-AaaQJc
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Maulidurasul buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar dan duai, saudara mara, sahabat sahabiah rakan taulan semua.
Hari ini hari Maulidur Rasul sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW marilah kita sama2 ber*selawat*. Juga hari ini hari tibanya Baginda di Madinah dalam peristiwa sirah Hijrah yang menukar takdir Islam dan nasib umat nabi, sama sama juga kita hayati setiap kisah perjuangan baginda dalam menegakkan Islam dibumi Allah. Pada hari ini juga, wafatnya baginda dan sesungguhnya pergi baginda tiada pengganti hilang seri buana ini yang selama ini bagindal umpama penyeri purnama menerangi hidup manusia.
ﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﺑَﻴْﻨَﻨَﺎ ﺍﻟْﺤَﺒِﻴﺐْ
“Kalaulah kekasih Mu masih berada bersama sama kami, Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampir lah dgn haruman baginda, sebelum hilangnya rasa yang meronta ronta untuk berada hampir kekasih Mu. Berada berhampiran baginda, jiwa turut menjadi harum. Dan apapun jua yg kalian doakan pada Allah akan diperkenan kan. Hidayahmu pada alam merata luas,hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah. Hadis hadismu ibarat sungai mengalir jernih. Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah. Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku. Nabi Muhammad yang mulia lagi asing.
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum. Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, Tuhan kepada seluruh Alam. Wahai Kekasihku Wahai Muhammad Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu
Dulu kalau time sekolah dulu, mesti ada aktiviti aktiviti yang berkaitan. Mutaakhir dah tak ada dah nak rasa semua tu. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menyambut maulidur rasul. Apa susah, berselawatlah ke atas Nabi SAW time kita duduk sorang tu. Mudah kan? Semalam di surau Al amin seusai solat diadakan selawat nabi dan terasa jugalah berada di 12 Rabiul awal untuk part kelahiran nabi saw.
Semoga kita semua tidak mengingati Rasulullah SAW untuk hari ini sahaja tapi biarlah tetiap hari kita mengingati, menyayangi dan mengikut ajaran ajaran baginda SAW demi mendapat keredhaan Allah SWT.
Untuk pagi 12 Rabiul Awal yang mulia ini, kita bercuti dari bahan bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa’ Arrasyidin tapi saya nak share satu hadis nabi saw yang memang sedia maklum di ketahui ramai. Semoga kita akan terus termangkin dengan hadis hadis nabi saw..
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naugan Allah Swt pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Nya, (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah (3) Seorang yang hati nya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolak nya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang bersedekah l menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Tak pelik melihat orang orang tua yang dah pencen dan dekat nak pencen rajin beramal ibadah. Ini kerana sudah masanya untuk mereka kembali taat tapi merasa kagumlah dengan PEMUDA yang membuat amal kebaikan dan sentiasa dekat dengan masjid.
Jom abang abang sado dan hensem semua, pakat pakat berbuat kebaikan di masa muda dan gagah ni. Allah nak bagi naungan free di akhirat kelak, tak kan nak tolak? Tak gentleman lah.
Hoping that semoga semua termasuk saya mendapat naungan ini. Mudah mudahan. Sekarang memang tak nak, esok esok kalut pun tak guna dah.
*Akhir kalam..*
Semoga kita semua dalam rahmat dan redha Allah dan bakal bertemu dan dipermudahkan urusan ketika di akhirat saat mencari syafaat Nabi Muhammad saw.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى اَلِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Al-Habib, Rasulullah Nabi Muhammad SAW..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Ikhlas dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment